August 24, 2021

# #rishbeauty #crystalskin #beauty #supplemenkecantikan #localproduk

CRYSTAL SKIN by RISH BEAUTY | Supplemen Kecantikan Tempatan Menggunakan Tomato Kristal dengan Kolagen & Habbatus Sauda

 

Crystal Skin by Rish Beauty Atasi Masalah Kulit | Pejam celik, pejam celik rupanya dah empat bulan kita hadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berterusan waktu pandemik Covid19 ni kan? Boleh tak keruan duduk dalam rumah je. Kulit muka pun sampai tak terjaga. Ehh, siapa kata duduk rumah kulit tak ada masalah? Boleh jadi stress tau duduk rumah je. Kulit pun mudah rosak kalau tak jaga dengan betul.

 

Sepanjang duduk rumah, WA mudah sangat alami masalah kulit berminyak, kadangkala kering sehingga kulit nampak agak kusam tak bermaya. Selalu sangat skip penjagaan muka sebab duduk rumah fikir bukan keluar mana pun. Ternyata WA silap. Tambahan pula, WA sejenis yang bukan hari-hari nak makan sayur atau buah-buahan. So, kandungan nutrien dalam badan tu kurang. 


Tanpa berlengah, WA nak share dengan korang satu produk tempatan yang boleh membantu mengatasi masalah kulit samada kulit kering, tona tidak sekata dan kusam, kulit berjerawat dan bermacam lagi. WA tertarik nak mencuba dengan produk Crystal Skin ini pun kerana kawan rekemenkan sebab kulit dia nampak licin dan glowing je lately ni. So WA pun rasa nak mencuba juga mana tahu kulit kembali pulih seperti biasa. Apa yang menariknya adalah dengan kandungan bahan yang digunakan iaitu Tomato Kristal. Haa? Nak tahu apa dia kenalah baca sampai habis okeh?


Apa Itu Tomato Kristal?

Tomato Kristal adalah sejenis tomato yang tidak berwarna seperti tomato biasa. Ia mengandungi karotenoid jernih yang dinamakan "Tomato Kristal". Fungsi Tomato Kristal sebagai anti-aging dan memberi perlindungan semulajadi dari sinaran UV dan membantu mencerahkan kulit.


Crystal Skin adalah minuman botani berasaskan Tomato Kristal dengan Kolagen dan Habbatus Sauda merupakan produk tempatan bumiputera Muslim. Anda tak perlu khuatir kerana kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA dari bahan semulajadi dan kilang berstatus Halal. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kelulusan akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.



Produk Crystal Skin yang didaftarkan dibawah nama syarikat Rish Beauty ini diasaskan oleh Encik Airiey Sayuti. Berdasarkan kisah silam beliau sendiri, dimana beliau pernah mengalami tona kulit yang gelap dan berjerawat sehingga beliau rasa malu dan segan untuk berhadapan dengan orang lain. Dah pelbagai jenama produk kulit tempatan dan luar yang popular beliau mencuba, tapi resultnya sangat kecewa. Akhirnya, beliau nekad dan terinspirasi untuk menghasilkan produk yang berfungsi dengan berkesan dan selamat. Maka terhasillah Crystal Skin ini.



Crystal Skin Menggunakan Bahan Semulajadi

Crystal Skin merupakan supplemen makanan tambahan yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang penuh dengan khasiat agar anda tampak lebih menawan dan membuat kulit anda lebih sihat dari luar dan dalam. 

Bahan Utama Crystal Skin 

1. Tomato Kristal : 
- Anti oksidan terkuat, kurang jeragat dan melindungi kulit dari sinaran matahari.

2. Habbatus Sauda :
- Anti radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman.

3. Vitamin C :
- Melindungi sel dan menjaga kulit agar sihat.

4. Collagen :
-  Menambah keanjalan kulit dan cegah kedutan.

5. Ekstrak Biji Anggur :
- Anti oksidan, membunuh kuman dan membantu pemyembuhan luka.

6. Jus Blackcurrant :
- Anti oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



Kelebihan Crystal Skin 

Setiap produk mesti ada kelebihan jika anda mengambilnya. Begitu juga dengan Crystal Skin ini. Terdapat beberapa kelebihan yang ada pada Crystal Skin iaitu :

  • Mengatasi masalah kulit
  • Mengurangkan jerawat
  • Mengurangkan parut
  • Mengecilkan pori
  • Memutihkan kulit
  • Mengurangkan kulit berminyak
  • Kulit kurang kusam dan glowing
  • Kulit lebih lembap


Cara Pengambilan Crystal Skin

Sangat mudah! Minum satu sachet Crystal Skin yang dicampur dengan 150ml air sebelum sarapan. Kalau boleh air sejuk atau air putih sahaja. Kalau WA sendiri suka dengan air sejuk.

Untuk kesan yang lebih baik, elakkan daripada mengambil minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat. Yang penting jangan lupa minum air tau. minum 2-3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin. Bukan itu sahaja, anda juga disarankan supaya mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, jaga pemakanan harian, kurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan sentiasa bersenam.



Feedback WA Selepas Dapat Mencuba Crystal Skin

Actually, baru seminggu WA mencuba Crystal Skin ini. Jadi mungkin keberkesanan tu tak berapa nampak 100% okay. Tapi yang bestnya masalah kulit kering  dan berminyak dah berkurangan dan kulit pun rasa lebih lembap dari sebelum ini. Kena selalu konsisten supaya masalah kulit tona tak sekata kembali pulih. 

Mempunyai rasa yang sangat sedap seperti rasa air ribena tau. Tapi taklah semasam ribena. Memang sedap sangat. Dan yang WA perasan bila selepas minum, akan kerap sendawa dan boleh rasa puas sangat macam angin keluar. Hihi. Mungkin disebabkan ada bahan Habbatus Sauda. 



Berapa Harga Crystal Skin?

Untuk pengetahuan anda, sekarang Crystal Skin membuat tawaran bagi sesiapa yang ingin membelinya sehingga diberitahu kelak. Jadi jika anda sudah membaca dan ingin membeli, anda boleh dapatkan harga tawaran dibawah :

1 kotak OFFER RM69  ~~~ Harga Biasa RM89 (off discount 23%)
2 kotak OFFER RM132  ~~~ Harga Biasa RM178 (off discount 26%)
3 kotak OFFER RM187  ~~~ Harga Biasa RM267 (off discount 30%)
4 kotak OFFER RM230  ~~~ Harga Biasa RM356 (off discount 35%)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli di online paltform mereka samada di Lazada (TEKAN SINI) atau di Shopee (TEKAN SINI).



Sebarang pertanyaan mengenai Crystal Skin, anda boleh direct berhubung dengan mereka di laman social media dan website Rish Beauty seperti berikut :-

Phone Number : +6011 6200 0032

11 comments:

  1. cantiknya packaging dia.. nmpak clean je

    ReplyDelete
  2. Wah baru 1st dengar bahan utama dia. Macam best je wa

    ReplyDelete
  3. Wahhh nak kulit mcm tomato jugak licin gebu dan glowing hihi menarik ni

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap plak tengok air tu. Nak consume pun senang. Bancuh2 dah boleh minum.

    ReplyDelete
  5. Menariklah Crystal Skin untuk mencerahkan kulit, lelaki pun boleh minum tak nak suggest pd suami... hehehe

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun tengah consume juga Crystal Skin nie. Suka sebab bahan dari sumber semulajadi, rasa pun sedap..

    ReplyDelete
  7. Mst ramai yg mencari supplement mcm nie utk kulit.. bagus la tambah2 pula ada khasiat tomato kristal

    ReplyDelete
  8. This botanical drink is good for our skin health

    ReplyDelete
  9. Banyak manfaatnya.. Nad baru tau berkenaan tomato kristal. Ni nak konisten selalu

    ReplyDelete
  10. Lama tak minum produk macam ni. Rasa macam nk consume balik. Tp tunggu lepas stop breastfeeding la.

    ReplyDelete
  11. jeles syu tengok kulit wawa flawless je. Ni mesti dah byk kotak consume ni

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)