June 9, 2021

# ORYN Skincare # vitamin C

ORYN Skincare | Produk Kecantikan Wajah Berasaskan Vitamin C

 

Review ORYN Skincare | Tahukah anda bahawa Vitamin C sangat bagus untuk kecantikan dalaman dan juga luaran? Kali ini WA nak kongsi dengan korang satu produk kecantikan wajah yang berasaskan Vitamin C. Kebetulan WA memang tengah cari produk sebegini.


ORYN Skincare 

Pemilik produk ORYN Skincare ini merupakan seorang Bumiputera iaitu Puan Sharifah Sarah. Bahan utama produk ini berasal dari France kerana ia merupakan bahan yang kuat dalam meningkatkan keberkesan pada kulit.

Untuk review kali ini, WA nak memperkenalkan Flawless Set ORYN Skincare yang WA miliki dimana ia merangkumi 3 jenis iaitu :

  1. ORYN HydraBright Gentle Cleanser
  2. ORYN HydraBright Clear Gel (for Acne, Blackhead & Whitehead)
  3. ORYN HydraBright Moisturizer
Kenapa ia dipanggil Flawless Set? Ini kerana ia membantu dalam mencerah, menyamakan tona kulit dan memudarkan kesan pigmentasi pada kulit jika dengan penggunaan yang consistantly. Jom kita lihat penerangan untuk setiap jenis produk ini.


1. ORYN HydraBright Gentle Cleanser 

Ia dihasilkan untuk membantu membersih, menghidrat dan mencerahkan kulit anda. Tekstur cleanser ini diformulasikan secara Mild-Foam bagi membantu menenangkan kulit supaya kulit tidak berasa ketat dan mencegah kulit dari terlalu kering. Oleh sebab itu, cleanser yang tinggi buihnya boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dalam jangka masa panjang.

Bahan-Bahan :

  • Multi-Action Vitamin C : Ia membantu kemunculan muka dari berjerawat, menyamakan tona kulit dan mencerahkan kulit.
  • Niacinamide : Membantu mengecilkan liang pori yang membesar, mengurangkan masalah kulit jerawat dan membantu merawat kulit yang rosak.
  • Hyluronic Acid + Penthanol : Membantu melembapkan kulit agar kulit tidak terlalu kering.
  • Honey : Mengandungi kesan anti-penuaan bagi membantu melambatkan tanda-tanda kedutan dan menjadikan kulit nampak sentiasa muda.
  • Pentavitin : Meningkatkan penghidratan kulit dan menguatkan fungsi penghalang kulit.

Recomendation 

Gunakan ORYN HydraBright Moisturizer selepas ORYN HydraBright Gentle Cleanser kerana gabungan kedua-duanya ini memberikan penghidratan yang lebih kuat dan membuatkan kulit terasa lembut.

Untuk kulit kering dan sensitif, jangan terlalu exfoliate wajah anda. Manakala untuk kulit berminyak, anda digalakkan untuk melakukan double cleansing sebagai rutin harian anda.


2. ORYN HydraBright Clear Gel (for Acne, Blackhead & Whitehead)

Ia dirumus khas dengan menstabilkan  ketinggian kandungan Multi-Action Vitamin C bagi membantu menghilangkan jerawat dan cela. Gel yang bertekstur jernih dan ringan ini membantu mengekalkan tahap pH dalam mengurangkan pembentukan jerawat.

Bahan-Bahan :

  • Multi-Action Vitamin C : Membantu dalam menghilangkan jerawat, bintik hitam dan binti putih.
  • Aloe Vera : Membantu menenangkan kegatalan dan keradangan pada kulit sensitif.
  • Extract Zinc : Membantu mengawal pengeluaran sebum dan meminimumkan penampilan liang.
  • Salicylic Acid : Membantu menghilangkan jerawat dan mengurangkan kemerahan pada kulit.
  • Niacinamide : Sejenis Vitamin B3 yang membantu mengecilkan pori,mengurangkan sebum berlebihan yang menyebabkan jerawat dan membantu menyamakan tona kulit.


3. ORYN HydraBright Moisturizer

Merupakan pelembap premium dengan yang dikuasakan dengan Multi-Action Vitamin C baharu bagui membantu mencerahkan kulit dan memberi penghidratan yang kuat.

Bahan-Bahan :

  • Multi-Action Vitamin C : Antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengurangkan penampilan penuaan atau bintik gelap dan juga membantu mencerahkan kulit dan menyamakan tona kulit.
  • Glutathione Alpha-Abutine : Membantu memutihkan kulit dan menghalang radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan sinaran UV.
  • Natural Phyto : Gabungan dari ekstrak tumbuhan seperti Centella Asiatica Extract, Aloe Vera Extract dan Chamomile untuk bantu mengurangkan kegatalan pada kulit dna mempercepatkan pembaharuan sel.
  • Hyaluronic Acid + Pentavitin : Membantu melembapkan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mengurangkan penampilan pori di muka.
  • Niacinamide : Sebagai Vitamin B3 yang membantu mencegah kerosakan UV pada kulit seperti pigmentasi. 

Pendapat WA  Mengenai ORYN Skincare?



Secara jujurnya, WA baru sahaja menggunakan ORYN Skincare ini, jadi belum ada nampak perubahan yang ketara. Tapi, apa yang menariknya minggu lepas muka WA terkena percikan minyak panas di muka bahagian pipi kanan. Dah bermacam-macam ubat luka untuk keringkan luka letak tapi tak kering-kering juga. WA fikir mungkin sebab muka kan kawasan selalu dibasuh. Jadi mungkin lambat untuk luka itu kering. 


Tapi selepas WA start mencuba skincare ini, dalam 2 hari luka minyak panas ini dah kering! Macam tak percaya pula bila luka ini kering dengan cepat. Tapi serius rasa pedih yang amat bila pakai skincare yang berasaskan Vitamin C ni. Tak semua orang serasi dalam menggunakannya. Alhamdulillah, WA serasi menggunakannya dan kini WA masih dalam proses meneruskan penggunaan kerana ORYN  Skincare ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dalam membantu memudarkan bekas parut luka ini.


Cara Penggunaan :

Sangat mudah cara penggunaan Flawless set dari ORYN Skincare ini. Hanya memerlukan 3 steps sahaja dah boleh dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

1. Basahkan muka, picit 1-2 ORYN HydraBright Gentle Cleanser ke muka, urut secara perlahan dan bilas dengan air suam atau air biasa. 

Selepas bilas muka, kulit akan rasa kurang berminyak dan lebih segar.

2. Lap muka dengan kain kering. kemudian titiskan beberapa ORYN HydraBright Clear Gel pada hujung jari dan lalukan dikawasan yang dikehendaki dan dap - dap ke muka sehingga ia meresap.

Selepas sapu Clear Gel ini, kemerahan pada muka akan mulai pudar dan jerawat pun akan kurang kelihatan.

3. Last step, apply ORYN HydraBright Moisturizer dengan beberapa sapuan pada muka dan urut perlahan sehingga meresap pada kulit.

Best sangat pakai moisturizer ini tau, WA suka sebab ia bersifat ringan dan tidak berminyak mahupun melekit. Kulit pun akan mudah terhidrasi dan mengembalikan kelembapan kulit.



ORYN Skincare Flawless set ini merupakan permintaan yang sangat tinggi dan best seller tau, jadi ianya sentiasa sold out dengan cepat. Tapi jangan risau kerana ia akan sentiasa di restock dari semasa ke semasa. Bagi anda yang berminat ingin tahu lebih lanjut mengenai produk ini, bolehlah layari link-link berikut :


Facebook : ORYN Skincare 

Instagram : @orynskincare

16 comments:

  1. Menariknya produk berasaskan vitamin C ni. Lagi2 vitamin c Memang elok utk kecantikan kulit muka kita kan. Nak ushar gak lah.

    ReplyDelete
  2. cantik packaging produk ni, and ingredients ada vitamin c, wow, memang sangat bagus la untuk kulit

    ReplyDelete
  3. Wahhh makin banyak produk kecantikan dan penjagaan kulit untuk wanita sekarang ni yang ni pun boleh tahan jenama bagus ada vitamin C lak ok lah kalau lelaki boleh cuba tak..

    ReplyDelete
  4. Produk ni kalau kulit oran lelaku macam kita ni boleh tak sebab kita punya kulit ni keras dan berminyak hehehehe nak juga kulit mulus mcam orang perempuan...

    ReplyDelete
  5. Kita nak juga skin lembut dan mulus hehehehe orang laki boleh guna sebab kita ada masalah kulit berminyak...

    ReplyDelete
  6. Menarik juga ya bersaskan Vitamn C. memang badan kita perlu vit c sebab tak boleh produce sendiri oleh badan. Kena cuba dulu tengok serasi atau tak.

    ReplyDelete
  7. Akak perhatikan semua ingredient dalam produk ni bagus untuk kita yang terdedah dengan cuaca panas lembab sepanjang tahun. Whitehead blackhead tumbuh pun kerap. Kulit berminyak dan kering pun sesuai dengan set flawless ORYN ni. Bleh la akak cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Lengkap jugak ya set Oryn skincare ni. Nak kulit muka maintain kena rajin . Jangan biarkan kulit muka dengan makeup terlalu lama. Sebab tu adanya skincare kan .. untuk kita pulihkan kembali kulit muka. Kalau tak jaga hurm...jangan marah cik J datang . Hehehe. Ada rezeki nanti nak try la Oryn.

    ReplyDelete
  9. Menarik pula ye moisturizer dan clear gel dia tu, buat Rawlins cam nak try pula hehe. Almaklum, nak kekal helok kan

    ReplyDelete
  10. Ada sorang kawan Sis selalu masuk IGs dia, dia guna Oryn ni, tapi tak pernah laa tanya, ni baca Wawa tulis, oo baru tau, bagus yaaa.. nanti nak cubalah...

    ReplyDelete
  11. Menarik.. Nak try juga la set flawless ni. Siap ada vit c lagi. Dah lama idamkan kulit flawless. So, takyah la nak buh bedak tebal-tebal bila nak keluar.

    ReplyDelete
  12. So far tak pernah try lagi skincare products with Vitamin C bah! Sure good kan!

    ReplyDelete
  13. Satu set lengkap kalau konsisten isnyallah mesti muka bertambah elok. Lagi produk berasaskan vitamin c. Banyak kelebihan setiap produk ni

    ReplyDelete
  14. Nampak muka Wawa serasi dengan produk ni, flawless je nampak wajah u sis. Tak rugi pun kalau kita nak cuba produk Vit C macam ni kan? Untung2 serasi dapat kulit cantik berseri. Aaagitchu..

    ReplyDelete
  15. first time akak dengar tentang produk ORYN skincare nie.. menarik ada vitamin C and Hyaluronic Acid . Akak suka produk yang ada Hyaluronic Acid sebab skin akak kering..ada Hyaluronic Acid skin jadi lembab

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)