Halal Lipstick Matte | Wanita dengan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Apatah lagi apabila mengenai menghiasi diri sendiri untuk tampak lebih konfiden. Bercakap mengenai keyakinan diri, WA nak share dengan korang satu produk kecantikan yang sememangnya digilai oleh para wanita.


Pernah tak korang yakin keluar dengan keadaan wajah yang pucat dan kusam ditempat yang ramai orang? Maksud WA keluar dalam keadaan muka yang pucat lesi seperti 'mayat hidup'? Dahulu, WA pernah tahu digelar 'mayat hidup' sebab yelah kulit pun taklah cerah mana, bibir pula jenis ada lingkaran gelap jadi memang akan nampak pucat sangatlah.Ohh nooo noo, bukan merokok ye tapi memang dari kecil macam tu. 


Jadi, WA cubalah pelbagai lipstick yang ada dari oversea Korea, dugstore hatta local produk sampai dah penuh koleksi lipstick WA tapi WA still tak jumpa lipstick kegemaran WA. Nak tahu tak apa ciri-ciri lipstick @ lipmatte WA? Jom baca sampai habis tau...

Puas mencari manalah yang bersesuaian dengan citarasa WA, akhirnya WA jumpa juga lipstick idaman yang memenuhi citarasa WA yang sangat cerewet bab pemakaian tona warna untuk bibir. Apa lagi kalau bukan lipstick dari Orkid Cosmetics! Mula-mula WA memang was-was nak beli tapi WA nampak something tau kat iklan lalu-lalang kt Instagram, ianya adalah merupakan salah satu dari produk Halal Cosmetics berkualiti tinggi untuk produk kecantikan tempatan tau! Setelah belek-belek maklumat, terus WA order dan dapatlah suprise box dari Orkid Cosmetics ni.

Pembelian box ini disertakan sekali dengan hand sanitizer spray. Yelah, zaman pandemik sekarang ini kan memang patut pun kena ada hand sanitizer sekali. Menariknya , Orkid Cosmetics menghasilkan produk dengan menggunakan bahan asas dari tumbuh-tumbuhan atau dikenali Halal Vegan, mempunyai kelulusan JAKIM dan selamat digunakan. Ini kerana ianya adalah cruelty-free, tidak melakukan apa-apa eksperimen ke atas haiwan. 


Orkid Sanitizer Spray merupakan sanitizer yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dimana ia berkesan membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Diuji dengan hipoalergenik dan dermatologi, formula semburan cepat kering ini dibuat dengan gabungan gliserin dan mawar untuk membantu kulit berasa lembap dan lembut tanpa rasa sisa melekit. WA suka sanitizer ini kerana ianya berbau harum mawar dan cepat meresap ke dalam kulit.


MATTE SUEDE LIQUID LIPSTICK

Orkid Cosmetics telah mengeluarkan 4 warna lipstick yang sangat cantik. Sesuaikan bagi sesiapa yang suka dengan warna nude. Keluaran kali ini ada 3 warna nude dan satu lagi terang. Tapi kalau dicombinekan atau dimixkan dua color memang boleh dapat warna ombre.

Packaging dia seperti packaging lipstick yang lain dan ianya mesra pengguna dan tidak mudah tumpah. Yang penting bau dia tidak terlalu kuat dan tidak terlalu 'kosong'. Sedaplah juga huding nak menghidu. Hehehe.. 

PILIHAN WARNA, TEKSTUR DAN  KELEBIHAN MATTE SUEDE LIQUID LIPSTICK

WA suka dengan koleksi ini kerana 3 daripada warna yang ada adalah warna pilihan WA, tapi lagi satu warna tu pun tetap jadi favourite sebab ia boleh mix dengan warna yang lain. Terdapat 4 pilihan warna iaitu :

Code : Blush (Natural Pink)

Code : Vibes (Milk Chocolate)

Code : Dime (Warm Pink)

Code : Slay (Red with Blue undertone)


Kenapa WA Suka dengan Tekstur Lipstick ini?

Ini kerana ianya mempunyai tekstur yang sangat ringan, cepat meresap dan tidak mengeringkan bibir kerana ia mengandungi bahan Vitamin E untuk melembapkan bibir. Semestinya ia tidak merasa melekit sewaktu memakainya. 

Bukan itu sahaja, WA suka dengan sifat long-lasting lipstick ini tahan sepanjang hari. Melainkan korang nak solat tu kenalah tanggalkannya. Lagipun, ianya mesra wudhuk tau. Walaupun agak susah sedikit nak bersihkan, tapi tak perlu risau sebab hanya perlu hilangkan dahulu sisa makeup dengan tisu basah dan bilas wajah dengan bersih untuk mengambil wudhuk.

Bagi WA, kalau nak pergi ke mana-mana barulah WA akan pakai lipstick ini supaya ia tahan lama apabila berada diluar samada ketika makan. Kadang bila makan tu, cepat sangat gincu hilang. Lagi bila makan makanan yang berminyak. Sekarang dah ada Matte Suede Liquid Lipstick by Orkid Cosmetics dah tak perlu nak touch up sentiasa bibir tu. Hihihihi~


Kelebihan Orkid Matte Suede Liquid Lipstick 

  • Mempunyai Vitamin E untuk melembapkan bibir
  • Tidak mencomotkan
  • Tidak melekit
  • Mudah untuk di apply pada bibir
  • Tidak melekap pada mana-mana permukaan lain
  • Tekstur yang ringan pada bibir
  • Pigmented dan tahan lama
  • Tidak beracun dan selamat untuk kulit
  • Tiada bau haruman
  • Diperbuat kualiti halal dan bahan asas tumbuhan diimport dari Jepun dan Eropah.

Dan ianya juga bebas dari enam formula iaitu tiada paraben, tiada mineral, DBP, triclosan, sodium lauryl sulfate atau gluten.


Di antara 4 kod warna ini, yang mana satukah pilihan WA? Sejujurnya WA akan pilih warna yang lembut dan sesuai dengan diri sendiri, So, WA pilih warna Vibes dan Dime kerana kedua-duanya mempunyai warna malap seperti dusty dan juga juga coklat.


Harga untuk sebatang best halal lipstick ini hanya RM49 sahaja dan sangat berpatutan untuk mendapatkannya. Oh yaa, untuk my followers dan my readers, ada kod diskaun khas untuk korang tau. Gunakan kod : WAWARM5 (sah untuk pembelian pertama sahaja) sementara kod ini masih valid. 

Untuk pembelian RM100 ke atas, korang boleh menikmati penghantaran percuma seluruh Malaysia. Malah, mereka juga ada membuat penghantaran luar negara menggunakan DHL Ekspress. Sebarang tempahan korang boleh layari www.orkidcosmetics.com ataupun hubungi mereka melalui Whatsapp di talian +01111637200.

Facebook : Orkid Cosmetics

Instagram : @orkidcosmetics