June 17, 2021

5 Tips Penjagaan Muka Glowing & Lembap

Tips Penjagaan Muka Glowing & Lembap | Ramai yang menginginkan kulit muka yang glowing dan lembap persis orang Korea terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berjeragat. Tapi tak ramai yang boleh buat penjagaan muka dengan cara yang betul. 


Rasa kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain kadang-kadang boleh melemahkan semangat orang itu untuk menjaga penampilan muka. WA sendiri dahulu seorang yang sangat penyegan dengan orang ramai. Rasa tak yakin tu sampai boleh down bila kulit muka tak seperti orang lain. Tapi selepas WA amalkan tips mudah penjagaan muka ini, barulah keyakinan diri itu datang dengan sendiri.


Di sini WA nak kongsikan bersama dengan anda terutama yang mempunyai masalah kulit muka untuk dapatkan kulit muka yang lebih glowing dan lembap dengan mudah. Baca sampai habis tau! 


Sebelum itu, kenalpasti terlebih dahulu masalah kulit muka anda dalam kategori apa supaya mudah dalam menguruskan penjagaan muka. Ini kerana tak semestinya kulit muka berjerawat itu berminyak dan tak semestinya kulit normal itu tiada masalah lain.

Ini adalah di antara tips-tips mudah untuk mendapatkan kulit muka glowing dan lembap sepanjang hari.

5 Tips Penjagaan Muka Glowing & Lembap

1. Perbanyakkan minum air masak

Seperti sedia maklum, bahawa air masak sangat penting untuk tubuh badan kita kerana ia dapat mengeluarkan toksin dalam badan kita dengan kuantiti air yang betul. Setidak-tidaknya mesti mengambil 3 liter sehari.

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan

Ini kerana buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrisi yang diperlukan pada kulit. Anda bolehlah mengambil buah-buahan yang kaya dengan serat dan vitamin C seperti Oren, Lemon, Jambu Batu, Betik, Nenas, Strawberry, Mango dan Kiwi.

Boleh juga mengambil buah-buahan yang lain kerana setiap buah-buahan mempunyai khasiat yang tersendiri.

3. Kurangkan pengambilan makanan yang berminyak

Ini adalah pantang larang jika ingin sihat tubuh badan termasuklah area muka. Ia akan menghasilkan toksin dalam badan terkumpul dan boleh menyebabkan berlakunya gangguan sistem pencernaan, gangguan hormon juga punca timbulnya jerawat di kawasan muka. 

4. Pakai Moisturizer

Untuk mendapatkan kulit yang lembap, wajib pakai moisturizer setiap pagi dan malam. Untuk dalaman, minum air masak sahaja tidak lengkap. Oleh itu, wajib pakai pelembap untuk luaran kulit muka supaya lebih terjaga kerana kulit kita akan mengeluarkan sebum mengikut keadaan kulit masing-masing.

5. Pakai Sunscreen Protection UV

Apply sunscreen yang ada protection UV. Atau boleh menggunakan cream muka yang ada sun protection UV bagi menampakkan kulit lebih glowing sepanjang hari.

Apabila gaya pemakanan untuk dalam kita dah terjaga, untuk luaran mestilah kena jaga juga kan? Sebab tu WA amalkan penjagaan muka secara luaran dengan menggunakan tips No. 4 dan juga No. 5! Nak tahu tak kenapa WA menggunakan 2 produk tersebut? Ha, jangan scroll laju-laju. Kali ini WA nak kongsi pengalaman bagaimana ia membantu dalam aktiviti harian WA.


2 Produk Hansaegee Nature Sebagai Penjagaan Muka Harian

Kebanyakan orang Malaysia tidak suka bermakeup dengan tebal untuk harian mereka dan suka mengamalkan daily skincare yang lebih mudah dan senang, asalkan kulit sentiasa nampak lebih natural. Begitu juga dengan WA, yang suka makeup yang lebih minimalis atau natural sahaja. Lagilah bila dengan cuaca panas, penat buat kerja seharian memang tak ada masa nak jaga muka dengan betul.

Tapi kini tidak lagi kerana WA dah ada peneman setia untuk daily skincare WA iaitu dengan menggunakan  gabungan antara Aqua Whitening Cream dan juga Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Actually, CC cream ini menggunakan penggunaan kali ke-3 dan Aqua Whitening Cream merupakan kali pertama jadi WA tertarik untuk mencubanya kerana ia membantu melembapkan kulit muka.

Bermulanya kisah WA menggunakan 2 produk Hansaegee Nature ini sewaktu hendak keluar pergi topup barang keperluan sebelum start lockdown tempoh hari. WA sapukan Aqua Whitening Cream dan juga CC Cream untuk kesan yang lebih baik.

Bayangkan, dah waktu tengah hari pun, kulit muka still tak berminyak sangat macam yang dulu. Bila kurang berminyak ni rasa lega sangat tak perlu risau muka macam orang minyak. Hehe~ Kalau rasa nak re-apply CC Cream lagi pun boleh, sun protection UV ni bukanlah stay 24 hours ye. So touch up jelah CC Cream ni kat dalam kereta pun no hal. Asalkan kulit terlindung dari sinaran UV matahari supaya kulit tidak mudah rosak dan cepat berkedut.

Selesai sahaja urusan beli barang keperluan, balik rumah pun kulit masih nampak cantik elok dan yang penting selesa sangat! Nampak macam makeup tebal je kan padahal guna 2 bahan itu sahaja.



Apa Itu Aqua Whitening Cream?

Ia merupakan pelembap. Dimana ia dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit kerana sunburn dan kemerahan dengan baik dan memberi kelembapan kulit yang sanagt dalam dengan titisan air. Dan ia membantu mengawal lebihan minyak dan sebum pada kulit.

Ia mengandungi Camellia Japonica Seed Oil bagi membantu memberi kelembapan yang dalam sehingga ke lapisan bawah, memperbaiki kulit kering dan sunburn pada kulit serta tidak menyekat pori kulit dan tidak mengalakkan penumbuhan jerawat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kandungan Niacinamide dimana ia dapat mencerahkan kulit dan mengawal pengeluaran minyak.

Untuk mendapatkan kulit yang cantik, glowing serta cerah dengan semulajadi dan tidak berminyak, bolehlah cuba menggunakan kedua-dua produk ini setiap hari. Ia memudahkan untuk membuat kerja dengan cepat dan lebih konfiden kerana masih kelihatan cantik


Fungsi Aqua Whitening Cream 
  • Boleh digunakan sebagai pelembap untuk menjadi kulit sentiasa lembap sepanjang hari
  • Menyerap dengan pantas ke dalam kulit
  • Kulit terasa lebih segar
  • Mengawal kulit dari berminyak
  • Membaikpulih kulit yang rosak seperti kemerahan dan kesan terbakar
  • Mengurangkan penampilan liang pori besar
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata


Fungsi Gold Nano CC Cream 
  • Dijadikan sebagai krim harian dan sun protection kerana mengandungi SPF50+ PA+++
  • Mengimbangi warna tona kulit
  • Mengurangkan pori-pori dimuka
  • Kulit lebih glow dan tidak berminyak

Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream

1. Sapukan krim pelembap Aqua Whitening Cream di muka. 
2. Blend rata supaya ia meresap penuh pada kulit muka
3. Kemudian, apply CC Cream 2 jari dan blend rata menggunakan jari sahaja
4. Siap!


Waktu Yang Sesuai Untuk Digunakan?

Pagi : Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream
Tengahari : Gold Nano CC Cream (touch up guna jari je)
Malam : Aqua Whitening Cream ( as moisturizer)

Apa yang menariknya dengan Aqua Whitening Cream, ianya merupakan krim pelembap yang menghasilkan kewujudan 'waterdrop'. Yang mulanya bertekstur seperti krim biasa, apabila diurutkan jelmaan titisan air tersebut timbul di permukaan kulit dalam beberapa saat dan kemudiannya cepat meresap ke dalam kulit.

Ia rasa sungguh segar dan yang bestnya ia tidak meninggalkan kesan melekit seperti mositurizer lain dan ianya sesuai sangat dengan cuaca panas terik.

Percubaan ke atas muka WA sendiri, WA apply sedikit krim pelembap Aqua Whitening Cream pada muka dan kemudian WA gosok secara urutan dan akhirnya ia timbul bentuk titisan air. Kemudian sapu rata sehingga ia meresap terus ke dalam kulit. Memang best tau sebab dia cepat meresap dan WA suka sangat dengan teksturnya yang menarik dan tidak melekit!


Ini adalah gambar sebelum dan selepas menggunakan Aqua Whitening Cream. Kulit rasa berminyak dan nampak kusam sebelum memakainya. Tapi selepas pakai kulit rasa lebih fresh dan moist je. Yang penting kulit nampak lebih glowing dan tidak berminyak.


Perfect Combination Skincare 
Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream !

Setiap hari WA tak pernah miss guna dua produk ini kerana ianya memang sesuai diguna pakai untuk aktiviti harian WA. Yang pastinya ia makin membuatkan kulit WA rasa lebih fresh dan moist je walaupun berpanasan dalam melakukan sesuatu perkara sebagai seorang suri rumah.

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dan seorang blogger sambilan, ada beberapa aktiviti harian yang WA lakukan. Jika aktiviti harian kebiasaan di rumah sebagai suri rumah, macam biasalah mengemas rumah, siram pokok, memasak, basuh baju, beli barang harian dan lain-lain. Zoom meeting pula ketika bertemu klien mahupun reunion kecil bersama sahabat secara maya pun perlu menjaga penampilan. Senang calit je 2 produk ini dah setel.


Penat dan berpanasan macam mana sekalipun dalam melakukan aktiviti harian, WA rasa puas hati kerana 2 produk ini berjaya maintainkan kulit nampak masih cantik natural dan yang paling best sangat selesa! Dari pagi ke petang buat kerja pun tak ada masalah.



Untuk makluman lanjut mengenai 2 produk ini, bolehlah layari link berikut :





19 comments:

  1. Muka ni nak kena jaga sebab kita nak berkomunikasi dengan orang. Kalau muka tak dijaga senang ajer jerawat tu naik. Guna rangkaian penjagaan muka yang sesuai dengan kulit kita.

    ReplyDelete
  2. Good knowledge sharing, sis. All ladies will love this. But I would like to add one point ya. Do apply ampoule or serum to your face. This is what the Koreans to get a supply, shiny, and moisture face. XoXo!

    ReplyDelete
  3. kite smpai skrng guna cc cream dia, senang pkai n tak tebal..

    ReplyDelete
  4. tips yang berguna untuk semua, even duduk dalam rumah je, skin routine masih perlu jaga, hansangae tu macam best sebab dia ada spf

    ReplyDelete
  5. 1st impression = muka. maka, kena jaga and pilih trusted skincare, kan. kena tahu ingredients nya.
    tips 1 tu penting utk kesihatan, kecantikan dan awet muda kan. tanpa air yg cukup, badan kita tak dpt berfungsi dgn baik.

    ReplyDelete
  6. Lebih pengambilan buah tu betul. Saya jns suka makan buah mmg nampak tipsntu berkesan. Btw produk ni mmg best...pernah gina

    ReplyDelete
  7. No3 tu selalu terlupa terbabas hahahaha.. tapi bagus tau produk ni, memang rata-rata siapa yang amalkannya akan nampak muka glowing...

    ReplyDelete
  8. mmg best produk ni.. busyra pernah try..

    ReplyDelete
  9. Wah thanks for sharing the tips, i read many good review about this Aqua Whitening Cream too.

    ReplyDelete
  10. Nice sharing... Aqua tu nmpak best.. nk kene cuba jugak ke ni..

    ReplyDelete
  11. Selain minum air, pemilihan produk pun mmg penting utk jaga kelembapan kulit.. Fiza pun byk baca yg hansaegee nie bagus utk kulit

    ReplyDelete
  12. Good sharing Wawa.. Kak Sue pun kulit selalu kering, kena minum air lebih lagi nie. Apapun bagus produk nie kan.. nampak ramai orang share..

    ReplyDelete
  13. Cc Cream tu pling best. Cepat dan memudahkan kerja sangat.

    ReplyDelete
  14. Penggunaan pelembap dan cc cream pun penting untuk kulit. Ramai yang terlepas pandang bab ni kan.

    ReplyDelete
  15. Akak tengah cuba Aqua Whitening dia ni...nampak moist la kulit akak dari biasa

    ReplyDelete
  16. Ramai kawan yang pakai this CC Cream and moisturizer pun feedback bagus.

    ReplyDelete
  17. Perfect combination untuk everyday use. Suka cc cream dia so much.

    ReplyDelete
  18. Betul3x. Kak Nina pun suka pakai AQUA Dan CC CREAM Hansaegee. Great combination

    ReplyDelete
  19. teringin nak cuba produk ni. nanti nak beli la sbb feedback smua kata best

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)