CC Cream Terbaik Untuk Daily Makeup | Hi semua! Lama betul tak WA tak update entry blog kan? Tapi kali ini WA nak berkongsi dengan korang satu produk yang WA dah try almost 3 years dan ini merupakan tube yang ke-3 WA guna tau. Kalau korang nak tahu cerita sebelum ini, korang bolehlah baca story-story WA yang lepas mengenai Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dan kali ini WA nak kongsi kelebihan CC Cream Hansaegee Nature ini. Sebelum WA share, WA nak perkenalkan secara ringkas mengenai CC Cream Hansaegee Nature ini bagi yang belum tahu. 


Info Hansaegee Nature
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu mengenai Hansaegee Nature (HN), ia merupakan produk skincare yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 lagi dan semestinya produk-produkya made originally from Korea. Antara produk HN yang WA pakai sehingga sekarang adalah Gold Nano CC Cream.

Fungsi CC Cream
CC Cream adalah singkatan dari Color Correction Cream iaitu berfungsi menyamakan tona kulit muka yang kusam dan tidak bermaya menjadi lebih sekata. Ianya sesuai dipakai bila-bila masa sahaja dan membuatkan kulit nampak lebih natural dan glowing sepanjang hari.

Kelebihan CC Cream Hansaegee Nature

1. Sun Protection SPF50+ PA+++
CC Cream Hansaegee Nature mempunyai sun protection tau. WA suka sangat menggunakan CC Cream ini kerana ianya  tidak seperti CC Cream atau sunscreen yang lain yang meninggalkan kesan putih pelik malah ia CC Cream ini membuatkan kulit nampak lebih natural.

Dengan adanya SPF50+ ia membantu melindungi kulit kita dari sinaran UV matahari supaya kulit tidak mudah berkedut dan nampak lebih muda. So, ini contoh gambar yang WA pakai semasa hendak beriadah waktu pagi. Apabila pakai CC Cream ini, kulit pun nampak lebih natural dan glowing walaupun di bawah cahaya matahari.

2. Tekstur Krim Melembapkan Kulit
WA suka sangat dengan tekstur CC Cream ini kerana ia mempunyai sifat tidak berminyak dan juga melekit semasa memakainya. Disini WA nak share dengan korang WA pakai face mask seharian pun kulit masih cantik lagi.


So, bila WA pakai sehingga ke tengahari, kulit berpeluh dan berminyak tetap nampak maintain malah tidak bercapuk pun, kulit pun nampak lebih natural. Kalau nak tambah balik  CC Cream pada kulit berminyak untuk touch up semula pun tetap akan nampak lebih natural dan glowing.

3. Menyamakan tona kulit secara semulajadi
Ia membantu menyamakan tona kulit kita yang tidak sekata (seperti gambar di atas). Selepas pakai CC Cream, ia akan mengikut tona kulit kita dan disebabkan itulah ia tidak meninggalkan kesan putih mahupun bercapuk. Ini kerana sifat teksturnya yang berwarna putih pada asalnya akan berubah mengikut warna kulit kita.

4. Teksturnya ringan, mudah untuk dicuci dan re-apply
Bukan itu sahaja, malah ia berasa sangat ringan apabila kita pakai berbanding menggunakan foundation mahupun BB Cream atau sunscreen yang lain. CC Cream ini juga tidak menyekat liang kulit dimana ia boleh mewujudkan ketumbuhan jerawat berlaku.

Oleh itu, ianya sangat mudah untuk dicuci sebelum solat atau sewaktu nak tanggalkan sisa makeup harian walaupun makeup tipis. Hanya cuci dengan cleanser atau boleh sahaja terus guna tisu basah untuk buang sisa kotoran makeup, kulit bersih dan tidak meninggalkan kesan. Nak touch semula selepas itu pun tak ada masalah sangat mudah just re-apply sahaja.

5. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja
CC Cream ini mempunyai 50ml dan bersaiz kecil. Jadi ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Boleh muat dalam semua beg so tak pening kalau terlewat nak bermakeup, boleh touch up guna CC Cream ini sahaja di dalam kereta. Mudah sangat tau.

6. Packaging Twist-Lock Cover
Yang pastinya bila mudah dibawa ke mana-mana, mesti kita akan risau takut tertumpah ke apa kan? Tapi WA suka sangat dengan packaging CC Cream ini kerana ia menggunakan 'Twist-Lock Cover' jadi tak risau ia tumpah selepas masukkan ke dalam beg.

Cara Penggunaan CC Cream Hansaegee Nature

Sebenarnya sangat mudah untuk menggunakan CC Cream ini. Hanya menggunakan 2 hujung jari sudah memadai dan blend bagi rata ke seluruh wajah guna jari tak perlu guna any makeup tools like brush. Mudah dan cepat! 

Lihatlah betapa mudahnya nak apply CC Cream ni jika berada diluar rumah even dalam kereta pun tak ada masalah. Tak perlu guna brush, touch up guna jari pun dah cukup. Lagi-lagi bila kita rushing nak cepat, memang haru-biru jadinya. Mujur ada CC Cream menjadi penyelamat ketika itu.


Nampak memudahkan kerja untuk daily routine kita kan? Jika korang mencari lightweight cream day or night yang boleh memberi hasil yang natural dan glowing, korang bolehlah cuba Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini. Dahlah ada sun protection dengan SPF50+ PA+++ , kulit pun terlindung dari sinaran UV matahari dari mudah berkedut. Seharian pakai pun tetap rasa fresh, tak bercapuk muka dan glow natural walaupun kulit berpeluh dan berminyak. Memang sesuai sangat dengan semua jenis kulit tau!

Untuk maklumat lanjut mengenai Hansaegee Nature, korang bolehlah klik link dibawah ini.

Website : 

Facebook : 

Instagram :