Kitsui Vita C+Shine | Adakah anda seorang yang kurang bersenam dan kurang makan buah-buahan? Jika ya, anda wajib baca artikel ini sehingga habis kerana WA ingin berkongsikan kepada anda satu produk daripada Kitsui. Untuk makluman, Kitsui telah mengeluarkan beberapa makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan yang lain sebelum ini juga.

INTRO KITSUI VITA C+ SHINE

Kitsui Vita C+ Shine merupakan makanan tambahan yang diperbuat menggunakan buah yang sebenar iaitu campuran minuman botani yang telah dirumus khas dengan 6 jenis buah-buahan penting yang kaya dengan Vitamin C (1000mh) semulajadi seperti Ascorbic Acid (100mg), Oren (100mg), Lemon(150mg), Mangga (150mg), Nenas (150mg), Kiwi (150mg) dan buah Delima (200mg) dengan gabungan Vitamin A, B, D, Calsium dan Zinc.

Vitamin C yang terkandung dalam Vita C+Shine ini menggunakan formulasi terkini dari Korea dengan teknologi dan buah dari Itali. Dalam kaedah pembentukan serbuk yang dihasilkan, ianya menggunakan teknik pembekuan berpekatan tinggi serta menggunakan mesin vakum tanpa menggunakan vakum alkohol bagi memastikan penghasilan serbuk berjaya.


Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C

Tahukah anda, dengan kurangnya makan buah-buahan dan kurang bersenama akan membuatkan badan anda kekurangan Vitamin C? Apakah tanda-tanda jika anda kekurangan Vitamin C?

  • Masalah kulit berkedut, kering, kasar dan berjerawat
  • Kulit menjadi lebih kusam dan tak bermaya
  • Sakit gusi dan gigi (berdarah/bengkak)
  • Sakit sendi
  • Masalah penglihatan
  • Cepat letih
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah kekurangan Vitamin C tersebut? Jangan risau, dengan adanya Kitsui Vita C+ Shine ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah-masalah itu.


FUNGSI-FUNGSI KITSUI VITA C+ SHINE
  • Kulit menjadi lebih cantik dan glowing
  • Mencergaskan tubuh badan
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Penglihatan menjadi lebih baik
  • Bertindak sebagai antioksidan yang tinggi melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB.
  • Sesuai untuk seisi keluarga
BAHAN-BAHAN UTAMA VITAMIN C DALAM KITSUI VITA C+ SHINE

Oleh sebab itu, anda memerlukan buahan-buahan yang kaya dengan Vitamin C ini. Mari kita kenali apakah fungsi utama setiap buah yang ada dalam Kitsui Vita C+ Shine ini.

1. Buah Oren (Kaya dengan Vitamin C)
Ia membantu sistem imun badan yang lebih kuat

2. Lemon (Kaya dengan Vitamin B dan C)
Menjaga kesihatan mulut, gigi dan gusi

3. Mangga (Kaya dengan Vitamin A, C dan K)
Baik untuk kesihatan mata dan melindungi kulit dari sinaran matahari

4. Nenas (Kaya dengan Vitamin E, C dan K)
Mencegah kerosakan akibat radikal bebas

5. Kiwi (Kaya dengan Vitamin A, B dan C)
Melindungi kulit dan melawan radikal bebas

6. Buah Delima (Kaya dengan Vitamin C dan D)
Mengurangkan tanda-tanda penuaan

ADA SIJIL HALAL KE PRODUK KITSUI??


Anda yang pertama kali mendengar jenama Kitsui, mungkin anda tertanya-tanya selamatkah jika mengambilnya? Produk ada kelulusan halal ke tak? Kenapa WA memilih produk Kitsui? Banyak pula persoalan yang timbul. Hehehehe~


Halal dan Selamat Digunakan
Jangan risau kerana produk Kitsui telahpun disahkan Halal dari JAKIM, lulus ujian makmal yang menariknya jenama Kitsui telah berada lebih 20 tahun di pasaran! Bukan itu sahaja, malah Kitsui telah memenangi pelbagai Anugerah Antarabangsa seperti Asia Pacific Super Health Brand Excellence, SME and ENTREPRENEURS Business Awards 2019 dan ASIA Halal Brand Awards 2019.

Bebas Bahan-Bahan Yang Merbahaya
Yang pastinya, dalam produk-produk Kitsui ini juga bebas dari mengunakan bahan-bahan yang merbahaya seperti :
  • Tanpa hormon
  • Tanpa pengawet
  • Bebas Gluten
  • Tanpa Antibiotik
  • Tanpa GMO
  • Bebas Bahan kimia
CARA PENGGUNAAN KITSUI VITA C+ SHINE


Cara penggunaan sangat senang dan mudah untuk disediakan lagi-lagi yang tak sempat nak makan buah atau bersenam ataupun rushing bersiap pergi kerja. Boleh bancuh dan minum di rumah, dalam kereta mahupun di pejabat. Mudah kan?


Cara bancuhan :
1. Sediakan shaker (untuk shake)
2. Tuangkan 150ml air suam atau air sejuk ke dalam shaker
3. Masukkan 1 sachet Kitsui Vita C+ Shine
4. Shake, shake and shake sehingga serbuk larut dalam air
5. Kemudian siap untuk diminum. Sedaaappp!

Video Mengenai Kitsui Vita C+ Shinee 



Bagi anda yang ingin mencuba Kitsui Vita C+ Shine ini bolehlah dapatkan di seluruh Watsons dan farmasi terpilih di Malaysia atau anda boleh membuat pembelian di website mereka - www.kitsui.com.my.

Instagram : 

Facebook :

Tiktok :

Shopee :

Website :