September 26, 2020

# breakfast # chicken tortilla wrap

Resepi Chicken Blackpaper Tortilla Wrap

 

Chicken Blackpaper Tortilla Wrap | Sebenarnya lama dah teringin makan tortilla wrap tapi selama ini malas buat. Kali ini kena rajin sebab terpaksa buat. Dan kalau baca sampai habis, menu aku ini nampak macam menu diet, tapi actually menu pantang. Sebab aku masih tengah on pantang makan disebabkan gastrik yang teruk sebulan yang lalu. Pasal sakit tu mungkin akan ada entry baru (kalau rajin). 

Terdetik nak buat sebab masa belanja barang dapur kebetulan nampak wrapping ni, so trylah ambil yang wholemeal punya. Sebab gastrik tak boleh makan yang full gandum (yang biasa @ classic). Dalam kepala dah fikir aduhh! Timun, tomato, sayur kobis purple, sos cili, mayonis, ayam goreng tak boleh untuk gastrik (boleh je kalau nak sakit berterusan, aku nak sihat perut dulu tu aku pantang makan betul-betul). 

Last-last dapat idea buat versi makanan pantang gastrik. Aku dah boleh makan blackpaper dan sos tiram, so why not buat chicken blackpaper kan? Hehehe... So jom layan resepi aku buat untuk semua boleh makan. Untuk yang gastrik korang kurangkanlah apa yang tak boleh tu ye.

RESEPI CHICKEN BLACKPAPER TORTILLA WRAP

Bahan-bahan yang diperlukan :
(untuk 5-6 orang makan)
  • Roti wrap (anything boleh) - 5 keping 1 peket
  • Salad
  • Telur rebus - 4 biji
  • Timun
  • Tomato
  • Kobis merah ungu (optional)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Isi ayam 
  • Lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
Bahan Masak Ayam Blackpaper :
  • Isi ayam
  • Lada hitam - tumbuk halus biji lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris
  • Bawang putih 1 ulas - hiris
  • Bawang besar 1/2 ulas - hiris
Cara Masak Ayam Blackpaper :
1. Tuang olive oil sedikit untuk tumis bawang, halia hingga naik bau. 
2. Masukkan isi ayam beserta lada hitam yang dah ditumbuk 
3. Kemudian, masukkan carrot dan sos tiram beserta sedikit garam. Boleh tuang air sedikit sahaja bagi mengelakkan ianya terlampau kering. 
4. Siap dan ketepikan dahulu.


Cara membungkus :
1. Mula sekali bakar roti wrap atas api sekejap. Tak perlu minyak ke apa. Just rotinya sahaja. Sebab roti wrap itu layurkan atas api seperti capati. Jangan lama nanti hangus.
2. Kemudian letaklah bahan-bahan yang ada. Letak salad, isi ayam blackpaper, telur rebus yang sudah dihancurkan, timun, tomato kemudian sos dan mayonis.
3. Last sekali lipat dua dan wrap bagi tak terkeluar isinya. Siap untuk dihidang dan makan!


Kalau aku biasa potong 2 sahaja, tapi kalau ramai potong 3 pun okay. Kenyang pon kenyang. Lagi-lagi roti wholemeal. Bukan susah pun nak buat ni. Cuma nak sedia bahan je banyak sikit. Boleh bawak bekal anak-anak pergi sekolah, ke pejabat dan ke mana-mana.

Kalau tak ada roti wrap, korang guna roti yang petak pun boleh jangan risau. Cuma kalau buat camni aku lebih prefer yang jenis wrap sebab dia lebih padat rotinya. Kalau roti petak ni, lebih kepada sandwich la senang kata. Tapi bahan tetap sama. Ada orang suka roti petak, ada orang suka wrap. Depends diri sendiri lah kan. Hehehe..

Selamat mencuba guyss!

26 comments:

  1. Wah menarik ni! boleh try nnt. TQ for sharing this recipe. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html

    ReplyDelete
  2. Wrap tu apa jenama saja boleh guna kan? Sebab LH biasa guna yang wrap jenama apa tah tu. Yang ada warna biru kuning tu semua.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap ni. Boleh la buat bekal pegi kerja ataupun picnic2 kat taman. Hehe

    ReplyDelete
  4. Nie juadah kegemaran anak saudara Rawlins nie. Boleh la share dengan mak diorang, biar dia cuba kan. Thanks

    ReplyDelete
  5. Bila buat sendiri ni sangat puas taw.. We boleh makan sepuas2nya kan... Nak try buat guna your resipi juga la. Hehe...

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak buat tortilla wrap ni. Nanti nak buatlah. Nak nak sekarang akak tengah control makan. So bleh cuba reaipi wa ni cuma dari segi bahan boleh olah or tukar

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Tetiba teringin dah nak makan tortila wrap... Kita suka makan ni kalau nak diet2 gitu

    ReplyDelete
  8. Pernah lah masak capati. Jadi keras. Maybe salah teknik dia. Haha. Terus tak masak dah capati. Boleh cuba juga follow resepi ni. Thanks !

    ReplyDelete
  9. Sedapnya... Tortila buat gaya mcm ni bukan sahaja sedap bahkan senang juga sediakan..

    ReplyDelete
  10. Wow looks absolutely delicious and mouth-watering. Thanks for sharing the recipe with us. I would love to try to make my very own black pepper chicken tortilla as well.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya nampak resipi tortilla wrap wawa ni. Boleh kak ana cuba nanti. Tp akak xleh letak black pepper sebab lagi teruk perut dibuatnya nanti.

    ReplyDelete
  12. Padat dan mantap tengok Tortilla ni dan memang puas hati makan hehehehehe.. Kita nak cuba lah resipi mudah dan juga cepat ni lebih sihat dan kenyang...

    ReplyDelete
  13. wahhh anpak sedap and menyelerakan betul Chicken Blackpaper Tortilla Wrap ni. Selalu akak beli je tortilla..boleh la cube nty

    ReplyDelete
  14. oo menarik juga. wrap mmg ada ni, bolehlah saya cuba resepi ni

    ReplyDelete
  15. Tq sharing resepi nti blhlah buat sbb npk sedap, bhn2 pun mudah dicari

    ReplyDelete
  16. wawa gulung dengan plastik gak ke? kalau ammi buat mesti terbukak gulungan dia masa potong

    ReplyDelete
  17. nampak sedapp!!

    singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  18. Wrap ni kalau letak inti apa pun mmg favourite Sally... Sayur kena banyak, sos kena banyak... Hehehehe

    ReplyDelete
  19. Hari tu zira pun ada buat juga, bahan simple tp sedap sangat. Nak. Gulung pun susah sebab penuh sangat. Ada bahan yg tertinggal pula tu

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lagi cuba mknn gini..nanti bila2 free boleh la try buat..tgk pun mudah je

    ReplyDelete
  21. Sedap sangat tengoknya.. Pernh buat wrap mcamni.. Memng kenyang.. Lagi bahan banyak kita letak. Hehehe

    ReplyDelete
  22. Menarik menu ni, sbnrnya menu ni fav akk. Tapi, malas ya rabbi nak buat. Kalau rasa teringin tu, sanggup lah pi beli huhu

    ReplyDelete
  23. Bestnye bolehlah try reaepi ni nanti

    ReplyDelete
  24. I also like to make tortilla wrap at home, sometime i just add eggs and vegetable.

    ReplyDelete
  25. senang je nak buat kan. selalu jugak buat kalau bosan makan nasi. tq share cara buat :)

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)