August 10, 2020

# #AyamBersamaMu # #ayambrand

Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

Kempen #AyamBersamaMu | Sedia maklum, seluruh negara termasuklah Malaysia menghadapi krisis negara kerana penularan wabak penyakit berjangkit Covid-19 dan telah memberi kesan ke atas ekonomi negara. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor awam, swasta mahupun persendirian terkesan dengan pandemik ini, malah Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak Covid-19 ini.

Oleh itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) kini bekerjasama dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Johor.


Menurut perkembangan terkini, pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berada di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan bagi membantu mereka yang memerlukan dan disokong oleh sumbangan antara produk yang terlibat seperti Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero.

Kempen kebajikan komuniti tersebut yang telah diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Kangkar Senanga dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan penggunaan bagi 22 buah keluarga Orang Asli.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk penyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.

"Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli dan mengingatkan bahawa mereka tidak keseorangan. Terdapat organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami ucapkan buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium." - Prof Dr Juli Edo


Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, pihak JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Lim Bin Ab Rahman dan orang-orang tua dikampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan dalam pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

"Komuniti-komuniti ini amat terjejas dari segi ekonomi, makan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyaj organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan kebajikan sendiri," tambah beliau.


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.


Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Bran telah diedarkan setakat ini.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling telah berkata :

"Produk merela sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Jadi, kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini."


Seorang penduduk kampung menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Kangkar Senanga. 

"Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami mempunyai stok untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini," kata penduduk kampung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my

1 comment:

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)