Kulit Jadi Lembap dan Sihat | Sejak bermulanya MCO kerana Covid19 ni, aku jarang jaga muka aku. Hampir aku terlupa nak buat rutin harian skincare aku. Cuma menggunakan pencuci muka sahaja. Yelah, bila dah duduk rumah rasa malas makin membuak-buak. Ingatkan duduk rumah je kulit makin flawless makin cantik gitu. Rupanya tekaan aku meleset sama sekali. Kulit aku jadi kering dan nampak tak bermaya je.

Dan kebetulan masa itu aku mengalami masalah kesihatan dan stress yang melampau sehingga membuatkan kulit aku macam mayat hidup. Ahhh, korang bayangkan jelah. Kulit muka kusam dan kering semacam. Padahal aku selalu je minum air masak untuk hidratkan kulit wajah aku ni. Rupanya aku ada skip satu rutin skincare yang selalu aku buat sebelum ini. Alaa, yang macam ala-ala orang Korea buat tepek kat muka tu. Ishh, takkan korang tak tahu? Pakai face mask lahh.. Korang tahu tak fungsi face mask ini adalah untuk menghidratkan kulit supaya lebih lembap sentiasa tau. Sebab tu kalau korang lihat muka orang Korea mulus-mulus je. Kunci penjagaan wajah mereka adalah Hydration! Yesssss, sangat penting untuk kulit wajah! Biar kulit kita jadi lembap, kurang berminyak dan nampak segar sentiasa.

Actually, sebelum ini aku sangat rajin memanjakan kulit wajah aku masa melakukan rutin skincare selepas memakai serum atau essence, tapi sejak MCO ini aku jadi malas sangat. Bila dah start merajuk kulit ni, kenalah konsisten gunakan face mask semula. So, cari punya cari akhirnya aku dah jumpa face mask yang sesuai dengan skin aku sekarang.
NUViT ini merupakan jenama produk untuk penjagaan kulit wajah yang semakin mendapat nama di Malaysia. Antaranya seperti set skincare kulit berjerawat, kering dan mencerahkan kulit, sunblock dan lain-lain lagi. Sebelum ini aku sendiri pernah mencuba set Skincare MoistLoc Series, dan selepas mendapat tahu mereka mengeluarkan mask yang berkualiti aku terus ingin mencuba kerana ianya sesuai dengan keadaan kulit aku.

Apa Bestnya NUViT Bio-Cellulose Mask ini?

In fact, topeng muka (face mask) ini menggunakan 100% bahan semulajadi yang telah diformulasi dan direka khas dengan menggunakan jenis bakteria yang unik. Bio-Cellulose yang mempunyai struktur rangkaian gentian yang sangat halus dan tulen ini di mana setiap seratnya lebih tipis 20000x daripada sehelai rambut pada jarak 20-50nm. 

Bukan itu sahaja, Bio-Cellulose juga mempunyai sifat unik seperti pertalian, daya serap dan kadar penembusan yang lebih tinggi berbanding bahan topeng muka lain yang boleh didapati secara komersial seperti topeng kain sehingga membolehkan nutrisi menembusi 8-15 kali lebih ke dalam kulit.
10 'FREE' of Clean Beauty Using NUViT Bio-Cellulose :
  • Paraben Free
  • Alcohol Free
  • Fragrance Free
  • Sulfate Free
  • Triclosan Free
  • Phthalets Free
  • EU Allergen Free
  • Silicone Free
  • Toxic Free
  • Cruelty Free
So, korang tak perlu risau nak guna face mask ini kerana ianya bebas dari mengandungi bahan kimia dan ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif, kulit selepas melakukan rawatan laser (healing process sakit woo) dan ibu mengandung juga boleh menggunakannya.

Cara Menggunakan NUViT Bio-Cellulose Mask

Ia ada 2 step untuk pakai NUViT Bio-Cellulose Mask tau. First of all, of course lah pakai Quintuple Hyaluronic Acid Serum dan last step adalah NUViT Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask.

Quintuple Hyaluronic Acid Serum berfungsi untuk :
  • Menggunakan kombinasi 5 molekul asid hyaluronik yang berbeza untuk penyerapan nutrien yang hebat ke dalam kulit
  • Melembabkan secara mendalam
  • Menenangkan kulit
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Kunci kelembapan untuk mengelakkan kehilangan air transepidermal

Walaupun packagingnya sangat kecil, sampai terfikir rasa macam tak ada isi kat dalam tapi silap tekaan aku. Sebab isian serum ini cukup untuk di sapukan pada seluruh wajah tau! Don't play play haaa..
~ gel cecair yang tidak melekit ~

Nampak macam melekit, tapi once korang dah apply pada wajah, memang best sangat sebab dia cepat meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Serius tak tipu! Intipati walau sedikit, ia cukup untuk disapukan pada keseluruhan wajah aku. Luv it!
Sejenis serum yang mudah meresap bagi membantu menenangkan kulit yang kering dan letih supaya kulit menjadi lebih sihat dan berseri.

My Rating : 10/10

NUViT Instant Restoring And Hydrating Bio-Cellulose Mask ini berfungsi untuk meghidrat, menenangkan dan memulihkan kulit serta mencerahkan kulit supaya kulit wajah semakin lembap. 
Ia mengandungi bahan utama seperti berikut :

1. Ekstrak Palmaria Palmata
  • Melindungi kulit
  • Mereda @ menyembuhkan
  • Mencerahkan
  • Melembapkan
  • Anti Oksidan
2. Ekstrak Kernel Avena Sativa
  • Menenangkan 
  • Melembapkan
  • Anti Oksidan
  • Anti Radang

Kelebihan NUViT Bio-Cellulose Mask

Apa yang aku dapat simpulkan disini, kelebihan menggunakan Bio-Cellulose Mask adalah :

1. Eco Friendly Sheet : 
  • Kesemua kepingan bebas toksin semulajadi yang diperbuat dari strain bakteria unik
  • Ekstra lembut dan lembut pada kulit
2. Super Hydrating :
  • Menahan cecair 100 kali ganda beratnya ketika kering
  • 100 kali lebih hidrat daripada lembaran topeng kain yang biasa digunakan
  • Memberi penghidratan serta-merta ke kulit
3. Exceptional Adhesion :
  • Kunci kelembapan dengan berkesan dan membiarkan nutrien diserap oleh kulit
  • NUViT Bio-Cellulose Mask terbukti memberi 90% bahan aktif ke dalam kulit dalam masa 10 minit

Pengalaman Aku Menggunakan NUViT Bio-Cellulose Mask

Sepanjang aku mencuba NUViT Bio-Cellulose Mask ini, aku tak boleh nak kata apa sangat sebab aku suka gila! Wey, sumpah aku jatuh hati dengan mask yang menggunakan formulasi Bio-Cellulose ini. Kenapa aku cakap macam ini? Sebabnya adalah, mask ini tidak mempunyai lebihan air serum setiap kali nak apply kat muka. Dia memang totally fits well dengan kulit aku.

Mudah nak apply kat skin, kemudian rasa kulit tu always lembap je walaupun masknya tiada air serum seperti mask yang lain. Kualiti dia memang tip top lah. Masa korang nak remove mask tu pun, kulit rasa refreshing sangat. Seolah-olah macam baru je letak serum lebihan kat muka padahal tak ada pun. Tengoklah gambar di atas, aku remove kulit aku jadi flawless dan fresh pula.

My Rating : 10/10

~Aku buka dan tarik keluar memang tiada air serum meleleh ye, memang nampak macam kering tapi kalau korang pakai moisturizekan skin~

Menariknya kalau guna Bio-Cellulose Mask ini, memang safety lah sebab depan belakang sheet ini mempunyai jaringan untuk melindungi sheet ini daripada rosak semasa hendak membukanya dan kualiti juga nampak lebih terjamin. Cara pakai senang sahaja, hanya lembarkan kepingan ini dan kemudian tarik satu jaring dan tekapkan ke wajah, kemudian, cabut jaring dibahagian luar pula.

Last but not least, aku suka dengan packaging NUViT Bio-Cellulose Mask ini kerana nampak lebih eksklusif dan mewah gitu. Gambaran air pada packaging berwarna biru tersebut seperti pearl di lautan yang mengandungi banyak kelebihan padanya. That's why Hydration is a key! 

Aku suggestkan pada korang yang mengalami masalah kulit kering atau sensitif bolehlah try face mask for sensitive and dry skin ini sebab ia membantu melembap dan menyihatkan kulit supaya lebih cantik berseri!

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari laman berikut :

Website :

Facebook :

Instagram :