PG Mall Online Marketplace | Cakap mengenai shopping online, siapa yang tak suka shopping online? Mustahil kalau tak ada kan? Lagi-lagi musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Korang tak nak ngaku sudah. Hihi~ Aku memang kaki shopping online sebab kawasan rumah aku jauh dari bandar. Malas nak keluar, order je online.

Aku sebenarnya nak share dengan korang satu platform yang lately ni aku kerap juga shopping sini. Korang nak tahu tak platform online shopping apa?
Kalau korang nak tahu, inilah dia! PG Mall merupakan platform E-Commerce (platform membeli-belah tempatan  secara talian) No. 1 di Malaysia, yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2017 lagi. 

Bukan itu sahaja, selain membeli-belah barangan di PG Mall, korang juga boleh memulakan perniagaan produk atau bisnes korang disini. Ini kerana matlamat PG Mall adalah untuk mewujudkan sebuah platform perniagaan yang dipercayai untuk para peniaga supaya ianya dapat bantu mempelbagaikan jenis perniagaan mereka dari perspektif global. 

Apa Yang Menariknya PG Mall Ini?
Untuk pengetahuan anda, setakat ini pelanggan PG Mall telah mencapai jumlah seramai 1,000,000 orang di seluruh Asia Tenggara dan pastinya jumlah pelanggan mereka akan meningkat dari semasa ke semasa. Agaknya aku merupakan pelanggan yang ke berapa ya? Hehe....

Apa yang menariknya lagi mengenai PG Mall ini, ia turut mengamalkan konsep "ConsuMerchant" dan sedikit berbeza dengan platform perniagaan online yang lain. Di mana ia bermaksud perniagaan yang menjana keuntungan kepada pengguna mahupun pembeli dalam proses menjual dan juga membeli serta melebarkan sayap perniagaan menjadi tetap di PG Mall.
Contohnya :
Pembeli membeli akan mendapat keuntungan dengan cash back (sehingga 3.5%) dari PG Mall, kita bagi referral link dekat orang, orang itu membeli dan kita akan mendapat ganjaran juga. Kiranya kalau kita atau kenalan menjual di PG Mall (jika ada produk yang hendak dijual) pun akan dapat ganjaran. Bukan setakat jual kosong sahaja.
PG Mall Merchant Recruitment Incentive
Merchant Recruitment Incentive atau lebih mudah lagi ganjaran kemasukan peniaga ke PG Mall ini sangat berbaloi tanpa perlu mengeluarkan apa-apa modal! 

Sebab apa aku kata begitu? Andai kata korang ada kenalan atau kawan-kawan yang menjual produk yang berkualiti, atau ada juga dikalangan kawan korang itu berkawan dengan pemilik jenama itu sendiri dan aku nak korang menjual di PG Mall, bolehlah aku bawa korang semua berniaga menjual produk-produk korang di sini.

Bukan senang nak dapat insentif selepas kita memperkenalkan platform beli-belah itu pada orang lain. Tak semua offer tawaran sebegini yang ada pada platform membeli-belah yang lain tau. Merchant Recruitment Incentive ini ialah insentif khas kepada kita sebagai tanda usaha kita berjaya memperkenal atau merekrut mereka ke PG Mall (refer gambar rajah di atas untuk keterangan lanjut).

Bagaimana Cara Menyertai PG Mall?
Senang sahaja cara untuk merekrut atau memperkenalkan platform e-dagang PG Mall ini kepada mereka yang berminat. Korang hanya perlu mengisi maklumat pedagang yang  direkrut dalam borang di pautan ini (https://bit.ly/RecruitMerchant) tertakhluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pertanyaan atau info lebih lanjut boleh hubungi Ketua E-Dagang PG Mall (Bok 011-5509 7916).

Dalam website PG Mall ini mempunyai pelbagai jenis produk yang kita boleh pilih antaranya seperti Kesihatan dan Kecantikan, Kanak-Kanak dan Bayi, Wanita dan Fesyen dan lain-lain. Korang tinggal pilih je nak shopping apa atau korang nak jual barang apa, hanya perlu masuk daftar kat PG Mall. Bukan setakat customer sahaja dapat, intensif pun dapat juga. Memang berbaloi join PG Mall.

Berdasarkan gambar di atas, Iprice Insights untuk "Mapping Malaysia's Leading E-Commerce Players", PG Mall kini menduduki tangga ke-3 platform e-dagang utama pilihan rakyat Malaysia. Dan PG Mall merupakan platform e-dagang  No. 1 keluaran Malaysia. No wonderlah PG Mall antara platform yang terkenal dikalangan pengguna mahupun pembeli online.

"The Map of E-Commerce in Malaysia" telah menunjukkan Iprice Insights PG Mall dalam beberapa tahun ini berdasarkan trafik suku tahunan. Selain itu, korang boleh juga layari https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ untuk mengetahui info lebih lanjut mengenai Iprice Insights top 50 E-Commerce in Malaysia. 

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh je layari info dibawah ini :

Website :

Facebook :

Instagram :

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant #iPrice #2020Q1report