SeraiMas Kurma Hidayah Plus | Sebenarnya aku dah lama mengenali SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini kerana arwah abah pernah beli produk ini beberapa kali. Arwah abah pernah menyatakan bahawa pengambilan makanan tambahan sunnah sangat bagus untuk meningkatkan imun tubuh badan kita selain bergantung kepada pil organik, suplemen tambahan untuk tenaga ataupun vitamin C. 

Jadi, bila teringat aku terus nak mencuba produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus, kebetulan pula aku merupakan penggemar buah kurma. Kadang bila ada kurma, aku akan makan sampai 7 biji sehari. Tapi larat juga nak makan setiap hari macam tu kan. Lagilah nak membeli tu kadang tak jumpa kurma yang aku suka (sebab stok kadang-kadang habis). So tanpa buang masa, aku pun beli SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini kerana ianya mengandungi gabungan makanan-makanan sunnah. Tak perlu nak beli satu persatu selepas ini. Semuanya all-in-one.
Apa Itu SeraiMas Kurma Hidayah Plus?

Sebelum aku bercerita lanjut kenapa aku memilih SeraiMas Kurma Hidayah Plus, jom kita mengenali produk ini. SeraiMas Kurma Hidayah sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan 6 formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tiin, Kismis, Goji dan Delima. Formulasi terbaik ini terhasil bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan.
Tambahan pula, bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini bebas daripada gula sintetik. Teksturnya tidak terlalu pekat dan senang ditelan, malah rasanya pula bukanlah rasa manis gula, tetapi rasa jus ini adalah dari manisan semulajadi dan sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia.

Kelebihan SeraiMas Kurma Hidayah Plus
  • Menggunakan bahan semulajadi
  • Selamat dengan sijil Halal dan JAKIM
  • Bebas gula - Pemanis semulajadi
  • Meningkatkan tenaga
  • Bebas kolestrol
  • Melindungi bakteria baik
  • Penyelenggaraan kesihatan keseluruhan untuk organ anda
  • Mudah diambil dan larut dalam bentuk cecair
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk

Siapakah yang boleh mengamalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus?
  • Ibu mengandung
  • Kanak-kanak seawal usia 2 tahun
  • Lelaki dan wanita
SeraiMas Kurma Hidayah Plus Merupakan Nutrisi Lengkap
  • Tiada gula sintetik
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahan-bahan yang terlarang
  • Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan produk yang mesra pengguna (pada kotak)
SeraiMas Kurma Hidayah Plus Telah Mendapat Pengiktirafan 

Untuk pengetahuan korang, SeraiMas Kurma Hidayah Plus telahpun diiktiraf dan mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan dan keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana amalan perkilangan yang baik. Bukan itu sahaja, malah mendapat anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020 dengan no sijil pendaftaran MAL18076086TC.

Jadi, korang dah tak perlu risau dah dengan kewujudan produk ini kerana ianya dijamin selamat digunakan kerana hampir semua bahan-bahannya menggunakan makanan-makanan sunnah.
Cara Pengambilan SeraiMas Kurma Hidayah Plus

1. Diambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong
2. Dewasa : 
- 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam
3. Kanak-kanak :
- 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
- Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari
- Sebelum makan malam
4. Goncang dahulu sebelum minum
5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius
6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam
7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan minum 8 gelas air masak sehari

Kenapa Aku Pilih SeraiMas Kurma Hidayah Plus?
Selain untuk meningkatkan tenaga, ianya juga dapat membantu atasi masalah gastrik. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada  bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut.

Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Oleh itu, penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.

Gastrik ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor :-
  • Tidak menjaga waktu makan dnegan betul atau skip meal
  • Tekanan 
  • Pengambilan ubat penahan sakit seperti ponstan dan voltaren dalam jangka panjang
  • Disebabkan sejenis kuman Helicobacter Pylorii
  • Merokok
  • Makanan pedas dan masam
  • Makanan berminyak
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
Baru-baru ini, aku mengalami gastrik disebabkan faktor pemakanan yang tidak tepat pada waktunya terutama sekali dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Aku mudah jadi panik secara tiba-tiba sehinggakan membuatkan perut aku mudah masuk angin yang melampau. Sangat sakit bila perut masuk angin dalam keadaan panik kemudian lama-lama ia naik ke bahagian tengah bahagian ulu hati. Pedihnya hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

Mujurlah ada SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini, so aku amalkan minum setiap hari sebelum sarapan dan alhamdulillah ia membantu melegakan gastrik aku ini dengan dalam terkawal. Malah aku lebih rasa bertenaga dari sebelum-sebelum ini.
Solusi SeraiMas Kurma Hidayah Plus Membantu Atasi Masalah Gastrik :
  • Madu : Mempunyai prebiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan junlah bakteria yang sihat di dalam badan.
  • Kurma : Kandungan nikotin di dalam kurma sememangnya membantu menyelesaikan pelbagai masalah usus. Dengan pengambilan kurma secara konsisten, ia dapat membantu melegakan masalah makanan yang tidak hadam dan masalah pencernaan.
  • Buah Tiin : Mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Ini kerana buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan kolestrol tetapi mengandungi lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Buah tiin digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubat penyakit seperti gastritis (ketidakhadaman, hilang selera makan dan cirit-birit).
  • Delima : Kandungan antioksidan jus delima adalah lebih tinggi berbanding buah-buahan yang lain. Ia juga 3 kali ganda melebihi kandungan antioksidan  di dalam teh hijau. Antioksidan ini bertindak membuang radikal bebas, melindungi sel daripada rosak dan mengurangkan keradangan.
  • Goji : Kaya antioksidan. Salah satu fungsi utamanya ialah menguatkan sistem imun tubuh agar tidak mudah diserang penyakit. Selain itu, antioksidan dapat menghapuskan radikal bebas dan mengelakkan tubuh kita dari serangan kuman dan bakteria. Goji berry mempunyai 4 kali lebih besar kandungan antioksidan berbanding buah Blueberry.

Persediaan Bulan Ramadhan Bersama SeraiMas Kurma Hidayah Plus
Memandangkan bulan Ramadhan hampir tiba beberapa hari lagi, aku dah bersedia awal dengan membuat persiapan Ramadhan aku dengan menyediakan SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini untuk diminum setiap hari sebelum sahur supaya aku lebih bertenaga dan yang paling penting aku bebas dari terkena gastrik seperti tahun sebelum ini. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kita cuba usaha, istiqomah guna secara konsisten dan tawakkal. InshaaAllah dengan izinNya. 

Senang sahaja cuma letak di atas peti ais, mudah nampak dan senang nak minum Kurma Hidayah Plus ni! Moga puasa bulan Ramadhan ini bersama Kurmah Hidayah Plus ini dapat lebih banyak tenaga untuk beribadah setiap hari.
Bagi yang ingin memilikinya, anda boleh dapatkan produk SeraiMas Kurma Hidayah Plus di Caring dan toko-toko jamu berdekatan anda. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi SeraiMas di talian +60137825282 (whatsapp).

Untuk maklumat lanjut :



#kurmahidayahPLUS #kebaikankurmautkseisikeluarga #rajasegalaherba