April 19, 2020

# foodie # makan-makan

Resepi Sup Dumpling


Resepi Sup Dumpling | Korang pernah tak makan dumpling? Kalau makan kat kedai tak puas sangat sebab kadang-kadang dumplingnya dapat sikit tapi harga dia fuhhh! So kali ini WA nak share dengan korang semua resepi sup dumpling versi WA. 

Teringat dulu makan dumpling dekat kedai Mee Tarik sedapnya Ya Allah! Tapi tak puas sebab sikit sangat. Barulah sekarang WA buat sebab baru jumpa kulit dumpling. Maklumlah nak buat sendiri malas sebab kena lenyek-lenyek. Beli yang dah siap je senang.

Sebenarnya dumpling, dimsum, mandu, gyoza ni adik-beradik tapi nama je lain-lain. Dimsum selalu orang Melayu panggil, Dumpling orang China (ke terbalik antara panggilan dari Melayu & Cina), dimsum lebih pada kukus yg colorful kulitya tu, Mandu orang Korea dan Gyoza orang Jepun. Tapi WA lebih suka panggil dumpling. Sebab macam bubblingggggg~ Ehhhh! Hahahhaa...

Nak buat sup dumpling ni senang je, yang susahnya nak sediakan bahan-bahan dia je sebab kena halus-halus isinya. Macam WA mula-mula buat je rajin bagi halus. Buat lagi sekali semuanya potong kasar @ cincang kasar je. Hihi~

RESEPI SUP DUMPLING
Bahan-Bahan Isi Dumpling (Bahan A) :
  • Dada ayam (kalau takde boleh je guna ayam kisar sahaja) *cincang halus
  • Daging Ayam Kisar Ramly (kalau takde ni, guna je isi ayam dicincang halus)
  • Bawang besar * cincang halus/potong dadu
  • Carrot *cincang halus/potong dadu
  • Kobis bulat *cincang halus
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Kulit dumpling Japanese Gyoza Pastry (1 pack ada 26 keping)
  • Garam (sikit buat rasa)
  • Lada hitam serbuk (buat rasa pedas lada hitam sikit)

**cincang halus = korang boleh guna chopper yang untuk bagi halus tu

Bahan- Bahan Sup (Bahan B) :
  • Bawang putih *mayang halus
  • 1 1/2 kiub pati ayam
  • Garam dan ajinamoto (secukup rasa)
  • Daun bawang 
  • Minyak bijan (pewangi sup)
Cara- Cara Buat Isi Dumpling :

1. Setelah setel cincang halus ke semua bahan A (seperti gambar diatas), gaulkan dalam satu bekas sehingga rata. Jangan letak garam banyak, letak sedikit buat ada rasa pada isi yang digaul sahaja nanti.
2. Kemudian, sesi bungkus dalam kulit dumpling yang tersedia ada. Dan kelim keliling dumpling dengan sedikit air. Tapi jangan kelim dumpling macam serupa nak buat karipap pula. Nk buat bunjut ke nak buat kelim tepi sahaja ke terpulang ikut kreativiti korang. Pastikan kelim rapat-rapat supaya masa nak reneh kat sup isi tak terkeluar. WA tak pandai kelim dumpling so jadilah rupa seperti dibawah ini.
3. Siap kelim, biarkan dumpling seketika supaya kulitnya kering tidak basah. Atau nak lagi cepat masukkan dalam peti beku atas untuk 5-10 minit sahaja. Anda juga boleh frozenkan dumpling dan makan waktu bila perlu. Masak dumpling ikut jumlah yang nak dimakan sahaja. Kalau rasa nak tambah, boleh masukkan lagi untuk elak kulit dumpling hancur setiap kali dipanaskan. 

Cara-Cara Buat Sup Dumpling :

1. Tumiskan bawang putih beserta kiub ayam sehingga naik bau (jangan hangus). Kemudian letak air setengah periuk sahaja sehingga hampir didih, baru masukkan dumpling (ikut banyak mana nak makan mula-mula). Jangan lupa tabur sedikit garam & ajinamoto.

**Minyak masak tak perlu banyak sebab hanya perlu tumiskan bawang putih beserta kiub ayam sahaja.
2. Kemudian dah didih dumpling, baru masukkan daun bawang dan letak minyak bijan sedikit sahaja bagi naik bau. Tapi dalam gambar ini WA tak letak minyak bijan sebab tak ada stok.

**Macam dalam gambar WA campurkan terus dengan daun sup yang saki baki tadi, sayang pula nak buang kan. Hehehe~
4. Sedia untuk dihidang!

Nak masak sup dumpling sangat senang. Tapi rasanya syiokkkkk!~ Macam WA suka buat isi dumpling banyak-banyak terus, then buat frozen senang nak makan terus buat supnya sahaja.
Nak makan bersama nasi sedap, dengan mee tarik/me udon/bihun pun sedap tau. Rugi korang tak try. Sekarang dah boleh buat sendiri (dulu pemalas nak cari bahan), so boleh buat sendiri je lepas ni kan. Jangan tengok je, jom buat Sup Dumpling gaiss! 

Selamat mencuba korang ! :)

19 comments:

  1. Sedapnya dumpling, mmg fav Qeela jugak ni. Dimsum pon sukaa hehe. Nak buat sendiri malas so selalu order jee hehe. Nice sharing recipe ni thanks yea Wawa.

    ReplyDelete
  2. Suka makan dimsum. Tak taj pulak boleh buat sup. Biasanya orang kukus kan

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dumpling. Suka yang kukus punya. Dengan sup pun sedap jugak. Terima kasih tau share resepi yang mudah ni

    ReplyDelete
  4. aida dah buat dumpling ni ari tu. tak pandai kelim ha ha ah ha...
    jadik tempek aje ala-ala karipap. lekat aje, janji isi tak terkeluar.
    then buat sup. puas makan, wawa.
    tak up kan kat blog. ha ha ha sebab tak brape jadik rupa parasnya :)
    nanti nak buat sekali lagi. mcm wawa tu hah. baru boleh up kat blog, kan.

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa paling suka gyoza, sebab dia grill hehe. haritu dah order kulitnya online, sold out pulak. nanti nak try lah

    ReplyDelete
  6. oh wow.. dumpling buat sendiri.. boleh ke saya buat ni.. risau pulak jadi nya nanti. tp tengok macam senang je. tq resipi for my fav food ni

    ReplyDelete
  7. I like dumpling soup. Thank you for the recipe. Shall try it soon.

    ReplyDelete
  8. Oklah pernag buat dumpling daging, yang wawa buat ni ayam nampak sedap bolehlah buat juga tu Cik Fatin nanti

    ReplyDelete
  9. Sedapnya. Siap bagi resipi lagi. Minat sangat makan sup. Tak kira sup apa. Apa pun nanti bolehlah cuba resipi ini.

    ReplyDelete
  10. This is nice! I love to make these too! We call them Sui Gow (Cantonese) mandarin is sui jiao 水饺 or jiao Zi 饺子

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi makn sup dumpling. Memasak memang senang. Nak sedia bahan, potong tu yang kena kesabaran. Hihi

    ReplyDelete
  12. Mee sup wantan sama kan dgn ni? Kalau ye , ok za dah buat juga ..haha mmg teringin sgt time pkp. Slmt menjadi

    ReplyDelete
  13. Uittt sdap tengok, sis memang suka makan dumpling ni. Tapi tak pernah buat sendiri, beli je selalu. Nnati blehlah cuba cara wawa ni

    ReplyDelete
  14. Semalam dah nampak Wawa masuk dalam FB, duk tengok kecur, nanti nak cuba gak laa buat..anak Sis suka ni...

    ReplyDelete
  15. Kelim camtu memang mudah. Akak dulu kelim yang twist tu asyik terkoyak dan dan semasa membuat sup dia terbuka. Dah la dumpling udang akak buat. Hahaha. Habis sup ke tak cun. Tapi habis dimakan alhamdulillah. Hehhe

    ReplyDelete
  16. Soup dumpling or wantan ni memang sedap, I pernah masak kat rumah. Biasa I buat dumpling banyak banyak and simpan boleh buat soup or goreng.

    ReplyDelete
  17. Oh nampak senang je nak sediakan rupanya. Nampak sedap dan menyelerakan. Isi dia pulak nampak banyak, tak macam kat kedai.. hehe

    ReplyDelete
  18. Menarik sungguh kejadiannya... comel-comel je... bila tengok bahan-bahan dan baca langkah-langkahnya, insyaAllah boleh cuba buat ni... balik KL nanti nak buatlah... thanks for the info sis...

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)