Tabung Not RM5 | Hi semua, pejam celik pejam celik, sekejap sahaja tahun 2019 melabuhkan tirai kan? Sekarang dah masuk tahun 2020, kena fikir apa yang patut aku buat tahun ini sebagai suri rumah sepenuh masa. Maklumlah bila tak bekerja tetap ni, otak berfikir ligat apa perlu aku buat tahun ini. Adakah duduk diam goyang kaki pula. Ehhh! No.. No... Nooooooo.....~

Sebenarnya aku nak share dengan korang. Actually, ini pengalaman pertama aku try kumpul duit menabung ikut nilai keping not ringgit tu. Sebab sebelum ini, aku kalau menabung, campurkan je dalam satu tabung. Tapi bila tengok masa tahun lepas viral pasal menabung ikut nilai not ringgit nampak menarik sebab ikut warna not ringgit tersebut. Jakun... Ini bukan jakun derrrr... Baguslah cara macam ini menarik minat orang untuk menabung lagi kan?

Aku memilih not RM5 kali ini kerana tarikan duit itu berwarna hijau sebab agak menarik. Padahal sama je hijau dulu dengan sekarang bezanya dulu hijau kusam sikit. Hihi... So aku start menabung not RM5 ini pada bulan 4 tahun 2019. Aku tak ada target setiap mingu berapa keping atau setiap hari masukkan duit, sebabnya first aku bukan jenis bekerja tetap. Aku hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Jadi, aku hanya masukkan duit not RM5 ini apabila ada kat tangan sahaja.

Aku menabung menggunakan tabung seperti ini yang tiada penutup sebab iman aku jenis tak kuat kalau tengok tabung yang ada penutup. Hahaha! Ada je nanti buka pi tukar duit besar terus. Tabung camni ada je jual dekat mana-mana kedai RM2 atau Eco atau MR Diy dan juga tempat lain. Beli hat murah je wei sebab nanti korang akan buka dan buang tabung ni selepas pecah tabung.

Actually, agak susah sebenarnya aku nak kumpul not RM5 ini sebab kalau beli barang, jaranglah dapat duit balik ada not RM5. Pula tu aku jenis bukan keluar sangat dan suri rumah, jadi memang harapan nak dapat not RM5 tu agak tipis. Tapi aku nekad nak menabung juga sebab aku suka tengok color hijau ni. Hahaha! Aku tak kisah nilainya berapa aku dapat akhir tahun nanti asalkan aku berjaya kumpul not RM5 yang agak susah bagi aku untuk aku kumpulkan.

Malam tadi aku suruh husband aku bukakan sebab aku tak reti buka tabung tak ada penutup ni. Last-last laki aku bukak guna penutup tin/botol ni. Ingatkan tak lut, rupanya berjaya dibuka oleh laki aku. Senang rupanya nak bukak tabung jenis macam ini. Kekekekeke~

Nampak tak berapa rapinya laki aku bukakan tabung ini macam bukak tin. Aku tengok gambar orang lain buka semuanya punah ada yang cungkil sampai rabakk.. Hihihi.. Nampak tak tu??? Nilai not RM5 yang aku berjaya kumpulkan hampir 8 bulan untuk tahun 2019. Sebabkan memang nak collect akhir tahun 2019, so buka jelah. Untuk tahun 2020, mulakan yang baru pula. Hihi~

Tadaaaa~~~ Inilah hasilnya aku menabung dalam tempoh 8 bulan yang bermula dari bulan 4 tahun 2019 hinggalah akhir tahun 2019. Dah cakap dah tak berapa banyak hasilnya, tapi aku berpuas hati sebab berjaya kumpul not RM5 berwarna hijau. Total semuanya aku berjaya kumpul RM255 untuk tahun 2019. 

Aku ada menabung not RM1 dan duit syiling juga. Tapi not RM1 aku tak guna tabung tanpa penutup, jadinya nilai makin sikit sebab kebetulan masa raya bulan 6 perlukan duit RM1 bagi duit raya. Not RM1 aku kumpul dari bulan 1 2019 hingga bulan 6 2019 dan berjaya kumpul RM100 lebih, tapi sebabkan dah guna separuh, tinggal dalam RM40 masa tu. Sekarang pun tak kira lagi sebab asyik keluar masuk keluar masuk sebab kadang guna masa nak pi mendobi. Haha!

Duit syiling lak dalam masa setahun aku berjaya 3 kali tukar duit syiling kepada duit kertas, setiap kali tukar dapatlah jumlah dalam RM50. So total dalam RM150 untuk 3 kali pertukaran wang kertas. Duit syiling aku senang kumpul sebab setiap kali dapat aku masuk tabung, kadang time membeli, saja bagi duit besar supaya dapat duit syiling. Hahha!

Okay, next tabung 2020 aku nak target kumpul not RM10 sebab senang dapat. RM50 pun senang, tapi sebabkan aku tak bekerja, mampuihh aku setiap kali ada RM50 aku simpan je. Hahah!~ Cuma tahun ni aku nak try kumpul not RM10 pula sebab berwarna merah. Hihi.. Tapi not RM5 dan RM1 aku tetap simpan juga macam biasa.

Menabung macam ini menarik semangat orang untuk menabung dengan keadaan ekonomi sekarang ni. Setiap orang beza cara menabung, ada yang tabung thru bank je, ada tabung cara sendiri. Depends pada individu nak try menabung macam mana. Aku ada simpanan dalam bank, tapi aku tertarik nak cuba menabung gaya camni. Hehehe~


Okay, see u last year 2020 nanti :D