Nak Dapatkan Kulit Flawless? | Penjagaan muka sebenarnya sangat penting untuk semua orang lagi-lagi kaum wanita. Pelbagai kewujudan skincare yang ada sekarang tinggal pilih sahaja mana yang sesuai. Tak terkecuali aku juga, mesti nak mencari skincare yang sesuai dengan skin type dan juga skin concern kita apa. Silap pilih, kadang kulit jadi teruk.
Baru-baru ini, aku teringin nak cuba satu local skincare ini. Sebabnya sebelum ini aku memerhati je segala feedback customer Ephyra dan kawan aku pun ada mencuba skincare tu, And finally, aku sudah memilikinya iaitu Ephyra Skincare Series. Sebelum aku nak story pengalaman aku cuba produk tersebut, apa kata kita kenali serba sedikit mengenai Ephyra ini?
Apa Itu Ephyra?
Ephyra merupakan satu jenama produk kesihatan dan kecantikan yang telah menerajui pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura sejak dari tahun 2012 lagi dimana ia meletakkan Kualiti Produk, Keselamatan dan Kepuasan Pelanggan sebagai top 3 dalam perniagaan mereka.
Kini Ephyra telah mengeluarkan pelbagai produk seperti Ephyra Plus, Ephyra Skin Bar, Ephyra Skin Nano, Ephyra Skin Snow, Ephyra Lipmatte dan juga Ephyra Matte Glow Foundation. Dan aku memilih untuk menceritakan pengalaman aku menggunakan Ephyra Skincare Series kali ini kepada anda semua.
Ephyra Skincare Series mengandungi 3 items iaitu Ephyra Skin Bar (sabun muka), Ephyra Skin Nano (serum) dan Ephyra Skin Snow (moisturizer) bagi melengkapkan step skincare paling mudah buat anda semua.
Untuk pengetahuan anda semua, Ephyra Skincare Series telahpun menjalani ujian makmal SGS yang merupakan makmal tambahan dan sokongan bertaraf antarabangsa bagi menguji setiap sampel produk tersebut secara rawak samada mengandungi bahan merbahaya seperti Merkuri, Hydroquinone, Paraben dan lain-lain. Dan ianya terbukti selamat dan bebas untuk digunakan serta mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bukan itu sahaja, Ephyra juga telah mendapat Anugerah Super Health Brand untuk tahun 2016-2017 dan 2018-2019. Anugerah Super Health Brand ini merupakan anugerah dari The Asian Pacific Excellent Top Brand Recognition dan ia diukur berdasarkan kualiti produk, maklum balas dari pada pengguna serta berdasarkan reputasi baik produk di pasaran.
EPHYRA SKINCARE SERIES
1. Ephyra Skin Bar (sabun cuci muka) - NOT190903359K
Ianya diformulasikan dari 100% bahan semulajadi serta tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya, selamat dan sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit kusam, kulit berminyak, kulit berjerawat dan sensitif. Cecair buih yang terhasil dapat membantu membuang segala lebihan minyak yang memerangkap pelbagai kotoran dan bakteria yang boleh terjadinya pertumbuhan jerawat pada kulit wajah.
Di dalam Ephyra Skin Bar ini mengandungi bahan-bahan seperti berikut :
- Bearberry Alpha Arbutin : Ekstrak buah beri yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk membantu mencerahkan kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata serta bersih dari bintik-bintik hitam.
- Rice Bran Oil : Bahan semulajadi dengan kandungan nutrient dan agen antioksida yang mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan serta menyihatkan kulit dari dalam dan memperbaiki permukaannya.
- Carrot Extract : Sifat anti keradangannya membantu mengaktifkan semula sel kulit dan menjadikan tona kulit sekata, bersinar dan membantu memperbaiki tisu kulit muka dari sinaran matahari.
- Rumpai Laut : Salah satu agen anti keradangan kepada jerawat, menjadikan kulit lebih anjal, serta menjadikan kulit lebih tegang dan halus.
- Banana Enzyme : Bertindak sebagai agen anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan tona kulit bagi menjadikan kulit lebih licin, halus dan berseri.
- Glyserin : Berguna bagi membantu merawat kulit eczema dan mengurangkan jangkitan bakteria pada kulit serta memberi kelembapan pada wajah.
- Kolagen : Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan sel kulit serta mempercepatkan pembaharuan sel dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
- Glutathione : Membantu mencerahkan kulit serta mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
Kebaikan Ephyra Skin Bar
- Melembapkan kulit wajah
- Menanggalkan kotoran minyak dan kulit mati
- Memudarkan parut jerawat & jeragat
- Melicinkan kulit muka
- Menghilangkan 'blackhead' di muka
- Kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
Cara Penggunaan : Basahkan sabun ini hingga ia keluarkan buih sabun. Kemudian buat sapuan pada muka dalam 5-10 saat dan kemudian bilas hingga bersih.
My Experience :
Aku suka dengan Epyhra Skin Bar ini kerana aku bukanlah penggemar sabun buku sebab takut mudah habis. Ternyata ianya tidak sama sekali. Sangat jimat menggunakan sabun ini walaupun dah beberapa kali terkena air, ia tidak mudah larut yang boleh membuatkan rasa membazir. Love sangat! Bukan itu sahaja, selepas membersihkan muka dengan skin bar ini anda akan dapati kulit anda lebih bersih, rasa ringan kat muka dan lebih rasa refreshing gitu.
Harga : RM39
2. Ephyra Skin Nano (serum) - NOT190807960K
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini merupakan serum berteknologi Nano yang dihasilkan di Switzerland. Dengan kuasa teknologi Nano, serum ini bersifat tidak mudah melekit dan mudah meresap ke dalam kulit dengan gabungan formulasi beberapa bahan antioksida, ia membantu mencerah dan mengekalkan keanjalan kulit.
Serum ini dapat membantu mengecutkan jerawat dan melembapkan kulit kerana ia akan meresap ke dalam kulit serta memperbaiki strukstur lapisan kulit yang telah rosak akibat faktor umur, pencemaran dan cahaya matahari.
Bahan-bahan yang ada di Ephyra Skin Nano adalah :
- Silanol + Hyaluronic Acid : Berfungsi untuk melembapkan kulit, mengurangkan garis halus, memperbaiki tekstur kulit yang rosak dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit baru yang sihat.
- Arbutin Semulajadi (ekstrak buah beri) : Ia diekstrak dari buah beri dan bertindak sebagai agen pencerahan yang paling berkesan. Membantu melindungi kulit dari masalah pigmentasi dan menghilangkan bintik hitam pada kulit.
- Vitamin C : Mengandungi asid askorbik yang berfungsi untuk membunuh bakteria pada kulit, mencerahkan kulit dengan selamat, melindunginya dari radikal bebas dan menghalang kulit kusam serta tompok hitam. Ia juga membantu mengecilkan liang pori yang terbuka dan memulihkan struktur kulit akibat jerawat dan jeragat.
- Vitamin E : Memudarkan parut jeragat dengan pantas, mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan garis halus dan kedutan pada kulit, melegakan kulit terbakar (sunburn) dan membuang sel-sel kulit mati akibat jeragat.
- Glutathione : Membuat kulit rasa lebih muda, segar dan bersih, menghalang penghasilan Tyrosinase yang menyebabkan terhasilnya bintik hitam, melambatkan proses penuaan kulit wajah dan berfungsi sebagai agen antioksida pada kulit dengan memperbaharui sel kulit yang baru.
Ephyra Skin Nano juga mempunyai kebaikan yang tersendiri iaitu :
- Memudarkan parut jeragat dan bintik-bintik hitam
- Mengecilkan pori-pori terbuka
- Menganjal dan menegangkan kulit wajah
- Mencerahkan kulit kusam
- Memperbaiki tona kulit tidak sekata
- Melegakan kulit terbakar (sunburn)
- Membuat kulit tampak glowing
Cara Penggunaan : Selepas cuci muka, keringkan muka. Semasa kulit masih lembap, dap-dap segera serum pada seluruh muka kecuali mata terutama di tempat yang berjerawat boleh banyakkan sedikit serum tersebut. Tak pedih pun, jangan risau!
My Experience :
Masa mula-mula nak guna serum ini, aku rasa macam was-was sebabnya bila serum agak pekat sedikit, mesti akan membuat kulit kita rasa melekit kan? Tapi, bila guna serum ini, tak rasa melekit pun tau. First sapuan tu memang rasa basah-basah lembap, tapi tak berapa lama kemudian dalam 1 minit gitu kita akan rasa ehh, aku dah pakai serum ke belum ni?
Ini sebabnya Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini bersifat tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Memang best sangat. Malah kulit rasa lebih sejuk je selepas apply serum ni. Bukan itu sahaja, kulit rasa lebih gebu halus gitu. Hihi~
So far, aku pakai serum ini memang terbaiklah. Kulit makin rasa lebih lembap dan segar sentiasa.
Harga : RM68
3. Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (moisturizer) - NOT190807961K
Ia merupakan pelembap wajah dengan berteknologi Geno-White bagi mengekalkan kelembapan pada kulit wajah untuk jangka masa yang panjang. Penggunaan ini mengambil masa dalam seawal 9-14 hari penggunaan dan ianya sesuai dengan semua jenis kulit.
Moisturizer ini tidak sama seperti moisturizer yang lain kerana ianya bersifat water based dimana ia boleh membantu melembapkan kulit sehingga 12 jam. Dengan menggunakan teknologi Geno-White, ia berjaya mengawal penghasilan melanin dalam kulit dan mengelakkan pertumbuhan jeragat serta bintik hitam dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
Maka, dengan penggunaan yang konsisten, anda akan dapat hasil yang memberangsangkan kerana memiliki kulit yang cantik, sihat dan glowing.
Ianya diperbuat daripada bahan-bahan seperti berikut :
- Arbutin Semulajadi : Melembut dan mencerahkan wajah supaya kulit menjadi segar dan tona kulit lebih sekata.
- Vitamin C : Membantu mencerahkan kulit dan mengandungi asid askorbik yang membantu membunuh bakteria pada kulit.
- Vitamin E : Berfungsi mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit tidak kering dan menghalang kulit daripada pigmentasi dan jeragat.
Kebaikan Ephyra Skin Snow Advanced White Repair juga boleh tahan hebatnya. Antaranya :
- Menambah & mengekalkan kelembapan kulit wajah
- Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
- Menghindarkan kulit dari jeragat dan pigmentasi
- Melindungi kulit dari sinaran UV matahari
- Menyamakan tona kulit supaya lebih sekata
- Menganjalkan kulit wajah agar rasa segar dan muda
- Mengurangkan tanda penuaan wajah
- Membuat kulit lebih berseri untuk tampak kekal muda dan bersih
Cara Penggunaan : Selepas memakai serum, ambil moisturizer ini ikut jumlah yang kita kehendaki. Kemudian, sapu rata pada kulit wajah dengan sempurna. Siap sudah step mudah bersama Ephyra Skincare Series ini.
My Experience :
Tak tahu nak describe macam mana. Tapi aku memang suka sangat dengan moisturizer ini. Bila aku lihat tekstur dia, rasa macam pekat je cream moisturizer ni. Risau akan rasa melekit je. Tapi bila dah apply kat kulit wajah, rasa macam baru buat facial spa mahal. Rasa sejuk, kulit lebih lembap dan yang penting, kulit tak rasa melekit. Memang syok sangat kalau pakai moisturizer ni.
Harga : RM48
Ada Perubahan Tak Guna Ephyra Skincare Series After 2 Weeks?
Aku baru sahaja guna Ephyra Skincare Series ini dalam lebih kurang 2 minggu. Ikutkan pemakaian set ini 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Tapi sebabkan aku banyak skip pakai waktu malam (sebab asyik terlupa), so ini jelah hasilnya. Tumpuan utama aku adalah untuk kembalikan tona kulit yang lebih sekata dan memudarkan parut jeragat, walaupun aku tahu harapan parut jeragat pudar tu amatlah tipis.
Lihat dari segi perbezaan sebelum dan selepas 2 minggu menggunakan Ephyra Skincare Series, tak adalah banyak perubahannya. Tapi aku tak expect parut jeragat aku seakan pudar sedikit dibahagian bawah dagu, tepi pipi dan dahi. Dan apa yang pasti kulit aku nampak lebih bersih dari sebelum ini dan nampak sedikit cerah (kurang nampak). Cuma kali ini aku lebih yakin untuk keluar tanpa perlu makeup.
Tapi setakat ini aku sangat puas hati menggunakan Ephyra Skincare Series kerana ia membuatkan kulit aku nampak lebih flawless tanpa jerawat dan jeragat. Kulit pun lebih rasa selesa dengan skincare ini dan aku akan berterusan guna selepas ini untuk dapatkan hasil yang mengagumkan.
Jaminan Produk Ephyra Selamat?
Di atas faktor keselamatan dan jaminan kualiti produk, Ephyra telahpun menggunakan 3 ciri keselamatan seperti berikut :
1. Hologram "Genuine"
Hologram 2D dengan perkataan "Genuine" telah dilekatkan pada setiap kotak. Jika anda sengetkan pada sudut 15 darjah, anda akan nampak perkataan "Genuine" tersebut.
2. Imbasan QR Code
Cara yang begitu mudah dan pantas. Install applikasi 'scanner'/'QR Code' pada telefon pintar, imbas code yang terletak di bahagian bawah hologram, kemudian paparan laman web akan muncul dan menyatakan ketulenan produk tersebut.
3. No. Pendaftaran Produk
Produk dan pengedar yang berdaftar dalam sistem. Selain daripada paparan tersebut - melalui hasil imbasan juga, pihak HQ boleh menyemak senarai pendaftaran produk dengan kod tersendiri.
Untuk dapatkan produk EPHYRA ini, anda bolehlah hubungi mereka di :
Website :
Facebook :
Instagram :
30 Comments
Serum ephyra mmg ok sangat..sbb zaza pun ada pengalaman sendiri pakai ni.. Bahan2 pun ok serasi sgt bila guna..mmg rekomen pd yg ada masalah kulit
ReplyDeleteDia punya skin snow je emi tak pernah cuba. Yg skin bar tu serious best, dulu byk kali jugak la repeat.
ReplyDeleteSkon snow tu tak pernh cuba lagi.. Yang lain memmg best.. Nanti nak cuba la skin snow tu
ReplyDeleteSkin bar dia paling kita suka. Memang bersih sebersihnya muka lepas cuci tu. Bau pum wangi.
ReplyDeleteNampak menarik set Ephyra yang nie.. Kak Sue pernah cuba juga Ephyra Skin Bar tu dulu, best juga..
ReplyDeleteDulu ada jugak pakai Elphyra ni, tapi dah lama tak pakai sebab banyak dapat produk untuk dihabiskan..hehehe. Nanti boleh le cuba pakai balik Elphyra ni
ReplyDeleteBagus bahan2 dalam produk ephyra. Mmg mbntu merawat kulit kita. Nampak ade prubahn pd kulit wawa tu.
ReplyDeleteNti nk usha2 dlu
Memang ada banyak perubahan juga, the serum is good
ReplyDeleteEphyra memang produk yang bagus. Nanti akka nak try jugak lah
ReplyDeleteMemang ada perubahan selepas mengguna product ini
ReplyDeleteGeram tengok sabun muka yang transparent macam tu. Ephyra ni dulu ambassador Norman Kakim dan Memey Suhaiza ni. Serum tu nampak best je.
ReplyDeleteMenarik produk Ephyra nie - dah semakin mendapat nama di kalangan Malaysian. Rawlins terpikat nak guna sabun tu. Thanks sebab sharing.
ReplyDeleteSuka pulak tengok buih sabun Ephyra SkinBar tu... Tapi tak pernah cuba dan tahu pun tentang produk ni. Nampak best... InsyaAllah nak cubalah nanti
ReplyDeleteWow Sis pakai sabun dia aje, tu pun dah habis lama, memang nampak berkesan, apatah lagi kalau pakai one set..glowing gile muka Wawa..
ReplyDeleteset Ephyra ni duta dia Memey dengan Norman Hakim tu kan? Nampak bersih muka awak lepas pakai sabun buku dia. Dah la cantik, tahan lama pulak tu. Berbaloi beli
ReplyDeleteCantik nyer bar soap dia. Well, this product looks good. Thank you for sharing.
ReplyDeleteTahu pasal Ephyra ni sebab dah lama produk ni ada dipasaran. Tapi tak pernah try guna lagi cuma tahu kewujudan produk ni
ReplyDeletedulu kita pernah juga cuba Ephyra skin bar ni. tapi tulah mngkin tak sesuai dengan kulit saya. terus stop dan guna produk lain.
ReplyDeleteSis dulu guna serum tapi lama dah stop, bukan tak bagus tapi byk dpt produk kan..so sayang pulak kalau x pakai..hehehe. ingat nk start balik guna serum dia
ReplyDeleteWah dah lama rupanya ephyra ni hehe. Maklumlah saya tak berapa nk ambil tahu pasal skincare ni :)
ReplyDeleteWah nampak menarik.
ReplyDeleteTak pernah lagi cuba skincare ephyra. Macam menarik je skincare dia. Serum dia cam best
ReplyDeleteSet Ephyra memang bagus untuk sebab kandungannya selamat kan. Memnag nampak lah perubahan pada muka Wawa masa guna skincare Ephyra ni
ReplyDeleteSaya pernah pakai sabun dengan serum dia. Yang sabun tu saya potong 4 sebab nak jimat. Tapi serius memang tahan lama pun.
ReplyDeleteDulu pernah guna sabun dia. Best!
ReplyDeleteNanti nak try laaa set dia. Nampak berkesan ngan Wawa
Ok... Packaging ephyra ni akak suka esp dia punya serum tu.. Mcm dior plak... Mmg mngancam hbis.. Not bad kesan dia kat kulit awak ya
ReplyDeleteUik lama tak dengar pasal produk Ephyra ini hurmmm makin banyak dan juga packaging makin cantik best lah tengok menarik sangat. Kita pernah cuba yang pencuci tu jer heehehe..
ReplyDeletethanks for sharing, menarik produk ni. nampak juga perbezaan tu selepas 2 minggu
ReplyDeletewow nampak perubahan nye in 2 weeks ya..
ReplyDeletekena amalkan rutin jaga kulit yang sesuai kalo nak kulit cantik =)
Kita pernah pakai sabun ephyra tu. Bestnyaa.. Teringat2 bau dia tu. Kalau skincare lain x pernah try lg.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)