Biolife Pynocare | Ramai orang beranggapan bahawa dengan pengambilan skincare sahaja, kita boleh dapat mengembalikan kulit muka yang lebih sihat, cantik dan berseri. Tahukah anda, itu adalah tidak tepat sekali? Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri, kenalah jaga luar dan dalam juga.

Anda boleh mengambil supplemen kecantikan yang berdaftar seperti Vitamin C atau pun supplemen kecantikan yang sesuai untuk kulit muka anda. Akan tetapi, jika anda ingin mengambil supplemen kecantikan yang berasaskan kolagen, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu jika anda menghidap penyakit wanita seperti Pcos, Cyst dan beberapa penyakit kronik yang berkaitan.
Memandangkan kulit WA ini agak kelihatan kusam serta tona kulit tidak sekata, maka, WA pun terasa mahu mencuba buat pertama kalinya supplemen Biolife Pynocare ini. 

Apa Itu Pynocare ?
Pynocare merupakan supplemen keluaran Biolife yang telah dikilangkan oleh Mega Lifesciences (Australia) Sdn Bhd dengan number berdaftar MAL20032459X dan telah dikaji secara klinikal. Ianya merupakan kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi dimana ia membantu melindungi kulit daripada penuaan pra-matang serta tona kulit yang tidak sekata.

Bagaimana Melanin Boleh Terhasil?
Mesti anda tertanya-tanya apa itu Melanin dan bagaimana ianya boleh terhasil? Sebenarnya melanin merupakan pigmen yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.
Punca-Punca Masalah Kulit
Tahukah anda, bagaimana terjadinya pelbagai masalah kulit kita? Buat pengetahuan anda semua, dengan pendedahan kepada cahaya matahari adalah faktor utama kulit kita bermasalah. Bukan itu sahaja, perubahan hormon juga boleh menjadi punca seperti kehamilan atau pengambilan pil kontraseptif. Masalah endokrin seperti tiroid dan ovari. Kosmetik yang bertoksin pada cahaya seperti bahan merkuri dan acid salisilik. Malah mungkin menjadi punca dengan pengambilan ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya seperti antibiotik dan ubat anti-keradangan.

Dari situ, kita dapat melihat kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata  disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu.
Pynocare Esen untuk Tona Kulit yang Sekata Bagaikan Kristal
Ia didatangkan dengan formulasi yang luar biasa iaitu MSCC Complex Actisome bagi meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik. Antaranya ialah :-

1. Pertahanan dari Radikal Bebas : 
Membekalkan antioksidan yang kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca utama tona kulit tidak sekata.

2. Sebagai Pelindung UV :
Bertindak bagi meningkatkan pertahanan terhadap kulit yang disebabkan oleh cahaya UV matahari.
Bahan-Bahan dalam Pynocare Serta Kelebihannya

1) Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis 
  • Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dab bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas
  • Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E
2) Vitamin C
  • Merupakan antioksidan semulajadi
  • Melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat
  • Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin
  • Bekerjasama dengan vitamin E
3) Ekstrak D.Salina
  • Membekalkan sumber semukajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena
  • Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV
4) Vitamin E
  • Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas
  • Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan penuaan
Produk Pynocare ini telahpun mendapat sijil Halal dan kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah bebas dari bahan kimia dan selamat untuk diamalkan.

Dalam satu kotak ini mengandungi 5 x 10 softgel capsule dan untuk pengambilan pula anda disarankan mengambil sebanyak 2 kapsul sehari selepas makan sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda bolehlah klik pautan berikut :

Lazada :


CARiNG :

Watsons :