Kita Beauties Putih | Wanita dengan kecantikan tidak pernah berpisah. Kadang-kadang kita terlalu memikir bahawa kecantikan kulit hanya perlu dijaga secara luaran seperti memakai skincare. Tahukah anda, bahawa tanpa jaga dalaman juga, tak guna juga kan? Untuk dalaman, anda boleh memilih untuk mengambil supplemen seperti Vitamin C atau minuman tambahan yang dibenarkan dan berdaftar yang boleh didapati di mana-mana farmasi terpilih dengan dos yang ditetapkan.

WA selalu sangat skip makan buah-buahan sebab terlupa. Maklumlah, sebab dengan kesibukan diri setiap hari, semuanya lupa. Makan nasi confirm tak lupa. Hehehe. Tapi baru-baru ini, WA ada consume satu produk kecantikan ini, sebab tengok ramai yang suggest dan bila research balik, eh macam best je sebab ia bukanlah supplemen-supplemen yang berasaskan collagen 100% semata-mata.
Kita Beauties yang menggunakan 100% teknologi dan formulasi dari Korea ini merupakan 'superfood' yang merangkumi campuran minuman botani seperti Oren, Camu-Camu, Alpha Lipoic Acid dan biji Anggur. Ianya bukanlah ubat kesihatan mahupun supplemen kolagen, tetapi 'superfood' yang dikelaskan dalam kategori 'makanan' iaitu makanan tambahan bagi membekal dan menstabilkan nutrisi dalam badan kita.

Kita beauties mempunyai pelbagai perisa dengan fungsi yang berbeza. Kali ini WA nak mencuba Kita Beauties Putih berperisa Oren dimana ianya sesuai bagi anda yang mengalami masalah kulit muka berjerawat, kulit berminyak atau pori-pori besar dimuka.
Kebaikan & Kelebihan Kita Beauties Putih

Banyak kelebihan dan kebaikan yang terdapat dalam Kita Beauties Putih ini. Antaranya :

1. Membantu mencegah pertumbuhan jerawat
2. Mencerah dan melicinkan kulit
3. Mengurangkan minyak dimuka
4. Melembapkan kulit
5. Mengembalikan tona kulit yang lebih sekata
6. Mengecilkan pori-pori muka (mengurangkan sementara)

Senang sahaja cara consume Kita Beauties Putih ini. Hanya perlu bancuh dengan air sejuk/masak (bukan air panas) sebanyak 100ml. Amalkan satu kali sehari selepas sarapan atau sebelum tidur untuk dapatkan kulit yang lebih sihat, licin, cerah dan cantik. Kenapa boleh membantu mencerahkan kulit? Ini kerana bahan dalam Kita Beauties ini kaya dangan kandungan Vitamin C oleh buah-buahan yang terkandung didalamnya.

Diingatkan sekali lagi, produk ini bukan supplemen pemutihan consume sehari dua dah putih, ianya hanya makanan tambahan untuk dalaman kulit badan. Akan tetapi, dengan bahan yang kaya dengan vitamin C ini membantu mencerahkan kulit jika kita consume secara konsisten. Jika anda tak lalu makan buah atau tak sempat nak makan, anda boleh je dengan mengamalkan minum minuman Kita Beauties ini kerana senang untuk disediakan.

Apa Pendapat WA Selepas Consume Kita Beauties Putih?
Seperti yang WA dah katakan di atas, tujuan WA consume produk ini bukanlah fokus untuk memutihkan kulit semata-mata, tetapi lebih kepada untuk menstabilkan nutrisi dalam badan kita, barulah boleh mendapatkan kulit yang lebih sihat dan tona kulit lebih nampak sekata dari dahulu. Alhamdulillah, dengan pengambilan yang konsisten secara 10 hari dengan 10 sachets, WA dapati kulit muka lebih rasa ringan, lembut dan yang pastinya jerawat pun segan silu nak muncul secara mendadak.

Produk Kita Beauties selamat digunakan kerana ianya telah mendapat kelulusan Halal dan dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP. Malah ia juga telah memenangi award Asia Pasific Super Health Brand. Satu kotak ini berharga RM28.80 sahaja dan ia mengandungi 10 sachets. 

Jika anda ingin mencubanya, anda dapatkan produk-produk Kita Beauties ini di Guardian seluruh Malaysia sekarang!