Nurish Organic 24K Gold Skincare Anti Penuaan | Semakin bertambah usia kita, semakin timbul kedutan di muka. Tapi tahukah anda bahawa ada bahan yang boleh melambatkan proses penuaan? Sebenarnya WA nak share dengan korang bahawa WA mendapati bahawa terdapat satu penjagaan wajah dapat melewat dan mengurangkan masalah penuaan iaitu Nurish Organic 24K Gold! Ha, kalau korang nak tahu jangan lupa baca sampai habis tau.

Nurish Organic 24K Gold merupakan jenama Halal No. 1 yang menggunakan 100% bahan natural dan organik (buah Delima) dengan teknologi anti penuaan semulajadi dalam memberikan 5x aksi keanjalan dengan berkesan supaya kulit kelihatan lebih muda, tegang dan berseri.

Adakah Ia Mempunyai Bahan Yang Merbahaya?
Apa yang menariknya pada produk Nurish ini, ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya iaitu :
  • Tanpa paraben
  • Tanpa Sulfat
  • Tanpa Lanolin
  • Tanpa SD-Alkohol
  • Tanpa Komedogenik
  • Tanpa Minyak Mineral
  • Tanpa Pewarna Tiruan

Malah, produk Nurish Organic 24K Gold ini telah diuji secara dermatologi serta selamat digunakan dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. *Kesannya bergantung pada kulit seseorang

Kenali Produk Nurish Organic 24K Gold

Pastinya anda ingin mengetahui apakah senarai produk Nurish tersebut. Nurish Organic 24K Gold skincare ini terdiri daripada :

1. Deep Cleansing Milk 100g
2. Foamy Cleanser 100g
3. Face Toner 100ml
4. Eye Serum 15ml
5. Face Essence 20ml
6. Moisturizing Day Cream SPF 25 40g
7. Moisturixing Night Cream 40g

Deep Cleansing Milk
Foamy Cleanser
Face Toner
Eye Serum
Face Essence
Moisturizing Day Cream
Moisturizing Night Cream

Inilah senarai skincare routine yang perlu anda pakai jika hendak kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Memang perlu ada semuanya tau kalau nak kulit cantik. Jangan malas-malas nak konsisten. Cubit nanti kang. Hehehe~

Kalau ikutkan step susunan WA dan Nurish ada sedikit perbezaan. Selalunya selepas toner, WA akan apply serum atau essence terlebih dahulu barulah eye serum dan terus kepada moisturizer. Cumanya tiada beza dari segi stepnya.

Bukan skincare routine je ada tau. Bahkan Nurish juga telah mengeluar sejenis CC Cream sebagai asas makeup bagi yang suka tampak natural serta light dan juga makeup remover selepas menggunakan skincare Nurish.

Makeup Remover (Oil Control Micellar Cleansing Water)
CC Cream SPF39

WA suka sangat selepas apply skincare, just apply je CC Cream ini dan ia dapat menyamakan tona kulit, mengecilkan liang pori, melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dengan bahan utama seperti Peptida dan Gold Aqua Collagen. CC Cream ini bertekstur ringan dan sangat senang untuk di apply pada muka dan memberi effect glowing tanpa oily.

Look natural dengan Nurish Organic 24K Gold CC Cream 

Sebenarnya sangat penting untuk anda mengamalkan pemakaian atau pemakanan yang berasaskan bahan-bahan organik kerana ianya lebih safety dan terjamin. Seperti yang kita semua tahu, terdapat lambakan skincare tempatan yang mempunyai merkuri dan boleh merosakkan muka kita. Contohnya seperti zaman WA dahulu pada tahun 2014. Dimana kulit WA breakout habis selepas menggunakan produk yang memang WA tak tahu ada merkuri sebab zaman tersebut belum lagi zaman viral seperti sekarang. Memang terasa perit. Dan start dari situlah WA mula kaji skincare yang betul-betul sesuai untuk liang pori dan kulit kita bernafas dengan lancar.

Kebaikan Buah Delima (Pomegranate) Pada Kulit
Nurish Organic 24K Gold menggunakan buah Delima kerana ia merupakan agen anti oksida semula jadi dimana ia bertindak dalam melambatkan proses penuaan dan mengecilkan liang pori supaya kulit kita terasa lebih lembut dan licin.

Selain dari buah Delima, Nurish Organic 24K Gold juga mempunyai bahan-bahan seperti :

1. Aqua Collagen - Mengurangkan garis halus dan kedutan
2. Hexapeptide - Melambatkan proses penuaan kulit 
3. 24K Gold - Meningkatkan keanjalan kulit
4. Multivitamin B, C & E - Mengurangkan bintik-bintik hitam dan pigmentasi

Beauty Awards for Best Local Anti-Aging Serum
Baru-baru ini, Nurish Organic 24K Gold telah memenangi Beauty Awards sebagai Best Local Anti-Aging Serum untuk produk Nurish Organic 24K Gold Face Serum dimana ia merupakan essence muka yang bertekstur ringan dan tidak mudah melekit untuk memastikan nutrien menembusi lebih mendalam ke dalam kulit anda.

Produk Nurish Organic 24K Gold ini sangat bagi yang berumur 25 tahun dan ke atas kerana ianya merupakan produk anti penuaan yang Halal untuk Muslim. Jika anda ingin dapatkan  produk-produk Nurish ini, anda boleh dapatkan di Watsons, Guardian, Aeon Caring dan  beberapa farmasi terpilih di Malaysia. Atau boleh layari laman media social berikut :