Anak Selesa, Ibu Bapa Gembira | Ibubapa mana yang tak gembira jika melihat anak-anak mereka berada di dalam kawasan zon selesa. Lagi-lagi buat yang baru menimang cahaya mata. Segala persediaan dari segi mental dan fizikal kena kuat selepas kehadiran si kecil. Persediaan menghadapi anak-anak yang bakal menangis dan meragam ini sangat mencabar terutamanya ketika gangguan tidur malam akibat selsema dan demam.
Disini, WA nak share dengan korang bahawa WA telah mencuba satu produk yang digunakan pada Aaira Sumayyah, satu tahun 5 bulan. Sebelum ini, Aaira tak berapa sihat kerana demam dan selsema. Sepanjang dia demam, WA risau sangat sebab pernafasannya seperti tersangkut dek kerana selsemanya yang teruk sampaikan hingusnya meleleh.
AFFAN NATURAL BABY BALM & TELON OIL
Produk Keluaran Muslim
Buat pengetahuan anda semua, Affan Natural merupakan salah satu produk keluaran Muslim iaitu Imanni Skinz HQ. Sebelum ini, Imanni telah mengeluarkan produk kecantikan & kosmetik dan yang terkini produk minuman tambahan berperisa.
Kedua-dua Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini merupakan antara set minyak baby terbaik dengan bau yang menyenangkan untuk menghilangkan kembung perut serta ketidakkeselesaan pada si manja seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain. Set Affan Natural ini selamat digunakan tanpa rasa was-was dan diyakini halal kerana Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil berasaskan bahan-bahan semulajadi.
Affan Natural Baby Balm
Affan Natural Baby Balm ini berfungsi untuk merawat kulit seperti ruam lampin, ruam susu dan juga ruam akibat panas. Bukan itu sahaja, ia juga membantu melindungi kulit kering dan sensitif. si manja. Ia diperkaya dengan minyak Almond dan minyak Zaitun untuk melindungi kulit bayi atau kanak-kanak bagi mengekalkan kelembapan kulit.
Berbau seperti campuran minyak yang lembut kerana ia mempunyai essential oil ekstrak minyak dari Bunga Kenanga, Lavendar dan Geranium Rose yang membantu sebagai aromaterapi dan memudahkan anak-anak tidur lena tanpa gangguan dan tidak meragam.
Balm ini tidak rasa panas ketika menggunakannya. Jadi, ianya memang selamat digunakan pada kulit si manja dengan bau haruman minyak essential. Walaupun balm ini cair kerana cuaca yang panas, ianya tetap stay tidak berubah kedudukan atau mengalir keluar tak seperti balm yang lain.
Affan Natural Telon Oil
Dikenali sebagai Minyak Telon untuk membantu merawat kembung perut, perut berangin serta melancarkan pernafasan ketika selsema dan menghangatkan tubuh badan si manja dengan bau haruman yang telah dirumus khas dari Minyak Almond, Halia, Daun Pudina, Habbatus Sauda Organik, Bunga Geranium, Minyak Kayu Putih, Lavendar, Bunga Kenanga (Ylang Ylang Oil dan Vitamin E).
Dengan bauan minyak telon tersebut, ia juga dapat membantu menenangkan emosi bayi meragam dan kuat menangis terutamanya ketika tantrum atau susah tidur malam. Yang menariknya, minyak telon ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia sintetik, steroid, paraben, bahan pewarna dan pewangi tiruan. Akan tetapi, bau-bauan itu sebenarnya adalah dari bahan semulajadi tumbuhan (essential oil).
How The Packaging?
So far, bagi WA packaging Affan sangat baik dengan rekaan botol kaca bewarna hijau dan penutup yang bertemakan kayu sangat sesuai dengan produk ini yang berasaskan bahan semulajadi tumbuhan. Manakala, design pada kotak juga sangat menarik dengan kehadiran warna hijau serta gambar baby with the toys. Dan bentuk love pada tulisan Affan itu menandakan tanda kasih sayang ibubapa kepada anak.
Gambar untuk melihat tekstur setiap produk
Cara Penggunaan :
Penggunaan Baby Balm sangat mudah seperti balm lain, hanya calit sedikit dan sapukan pada badan si manja anda. Untuk Telon Oil sangat mudah digunakan kerana ia direka dalam bentuk pump jadi tidaklah mudah tertumpah. Just picit sahaja dan kemudian sapu pada badan si manja.
Pandangan WA Sepanjang Menggunakan Set Affan Natural Baby Balm & Telon Oil
Alhamdulillah, dengan izin Allah juga demam dan selsema Aaira dah beransur pulih dan kembali ceria. Dan paling gembira apabila pernafasannya dah berjalan lancar tanpa sekat-sekat especially pada waktu malam ketika hendak tidur.
Selalunya kalau balm WA akan pakaikan pada dada belakang atau depan dan juga bahagian-bahagia yang ada ruam. Bukan itu sahaja, balm ini juga boleh digunakan jika si manja terkena gatal-gatal akibat gigitan nyamuk atau serangga kerana ia dapat mengurangkan rasa kegatalan tersebut. Yess, WA sendiri dah cuba pada Aaira dan diri WA juga masa lepak di halaman rumah pada waktu petang ketika itu. Hehehe..
Manakala untuk Affan Natural Telon Oil kebiasaanya selepas mandikan Aira, WA akan sapukan minyak telon Affan ini pada perut Aaira untuk mengelakkan dari kembung perut. Minyak telon ini bagus dan mudah untuk dipakaikan. Dan Aaira pun lebih behave je mybe disebabkan bau haruman essential oil yang ada pada minyak telon ini.
Tak salah WA memilih Affan Natural Baby Balm dan Telon Oil ini kerana ianya membantu merawat kembung perut Aaira. Anda bila lagi? WA dah cuba dan puas hati. Tak cuba tak tahu lagi kan? Dah cuba, pasti jatuh hati dengan set minyak telon Affan yang sangat sesuai dengan bayi dan kanak-kanak ini.
Malah, Baby Balm dan minyak telon Affan ini easy to carry anywhere. Letak je dalam beg baby atau beg tangan setel masalah. Tak perlu nak asing-asingkan dan banyakkan beg yang nak dibawa. Sekarang, Aaira pun rasa selesa dan tidurnya pun lena tanpa ada sebarang gangguan pernafasan dek kerana selsema dan hidung tersumbat.
Testimoni Pengguna Affan Natural Baby Balm & Telon Oil
Tak percaya? Disini WA sertakan lagi beberapa testimoni pengguna yang sudah mencuba set minyak telon Affan dibawah ini :
Harga Affan Natural Baby Balm & Telon Oil
Affan Natural Baby Balm :
Harga Asal : RM45
Harga Promosi : RM39
Affan Natural Telon Oil :
Harga : RM35
So bagi para ibubapa yang ingin mencuba produk Affan ini, sangat digalakkan kerana ia dapat membantu anda menguruskan anak dengan mudah dan memberi keselesaan pada si manja. Apa tunggu lagi, jom dapatkan sekarang sementara promosi masih berjalan! Jom kita beramai-ramai sokong produk Muslim!
Hubungi :
33 Comments
in sha Allah produk ni serasi dengan anak-anak. bau pon menyenangkan.
ReplyDeletetak senang duduk mak kalau bb ni asyik merengek jerr sebab kembang perut kan. nasib baik lah ada minyak telon ni kan.
ReplyDeletecomey nau dah Aira ni ek hehehe. bagus ubat-ubat ni untuk bayi lagi plak dengan packaging yang kecil dan simple mudah untuk di bawa kemana-mana pun kan
ReplyDeletemy boy is using Riley and Declan
ReplyDeleteHey,.......... i like the packaging of the product. Btw, nak tanya product ini ok x utk baby yang empunya ultra sensitive and delicate skin. Anak buah saya kulit dia sensitive sgt dan selalu ekzima teruk. I wonder can this product help. Tq.
ReplyDeleteThank you for sharing mommy, cant wait to purchase this and try for my son since recently hes also been having the flue a lot.
ReplyDeleteBagus kan antara bahan yang digunakan EO.. packaging pun menarik ja..
ReplyDeleteBanyak kegunaan minyak ni ye?. Kalau nak bagi lena tidur sapu minyak ni dulu kemudian urut la. Mesti anak tidur lena. Alaaa kita pun boleh guna juga.
ReplyDeletelea guna jugak affan ni utk anak..
ReplyDeleteBoleh recommend dkt sis in law ni.
ReplyDeletebgus baby balm ni..banyak kegunaan dia..ni la oenyelamat ketika anak perut kembung atau sejuk..pakaikan lepas mandi..memng selesa diaorang..hehee
ReplyDeletesgt bagus. dah bc byk review oil ni.
ReplyDeletebaby ni renyah menjaga nyer. tapi, akan ok if kita da back up yg cukup bagus, spt oil ni.
batuk ke. kembung perut ke. gatal-gatal dek nyamuk ke.
dulu kala aida ada jugak pakai oil gini.
tapi tu la, zaman tu x byk pilihan oil seperti skang ni :)
terbaik la bisnes owner di Malaysia. bumiputra. penghasilan oil gini sgt la bagus.
Anak terutama budak kecil memang kena sentiasa pantau tahap kesihatan dia. Mudah diserang jika kita tak endah je. Baby balm antara produk yang selalu abam guna utk legakan dan tenangkan si manja. Ternyata bantu juga saat di manja selsema
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkongsi produk yang baharu dan review sekali. Lepas ini boleh beli dan hadiahkan kepada anak2 buah Naim. hehe
ReplyDeletebagus ada balm macam ni. mak mak dah tak perlu risau kalau anak dah mula selesema. langkah pertama boleh sapu balm ni dulu untuk keselesaan dia.
ReplyDeleteSemakin byk dah produk muslim. Jom support produk mereka..btw murah gak tu harga balm dan oil mereka
ReplyDeleteSuka tengok packaging dia sangat cantik. Bau
ReplyDeleteMinyak telon memang best. Bagus untuk
Buang angin terutama
Bayi
Kandungan natural memang bagus untuk anak anak kita terutama bayi kan. Nanti nak beli satu lah
ReplyDeleteMmg wajib ada minyak telon dirumah kalau ada anak kecil. Bagus untuk elak anak2 perut kembong. Baru tahu ada minyak telon jenama baru dipasaran. Packaging pun cantik. Nnt boleh la beli jenama Affan ni
ReplyDeleteCantiklah packaging dia comel sangat..
ReplyDeleteDah cuba jugak dah!! best!! tak panas.. bau pun wangi.. paling penting sbb guna produk natural semulajadi... puashati dengan harganya juga,.. recomended
ReplyDeleteWah produk baru! Cantik packaging produknya, dri testimoni dh nampak keberkesanan produk ni. Tak sabar nak ada baby. Bolehlah guna produk ni nnti.
ReplyDeleteComelnya packaging dia. Syira macam tertarik dengan telon oil tu. Boleh cuba nanti untuk medina
ReplyDeleteZira suka bau balm sebab dia macam bau baby sikit. Sedap bau dia
ReplyDeleteBaby balm memang benda penting sangat kena ada bila ada baby, lagi best bila ia berkesan hehe
ReplyDeleteMacam best minyak telon ni
ReplyDeleteyang penting baby pun suka bau dia.. baby pun lega perut kembung guna produk dari affan ni kan
ReplyDeleteBagus ada balm mcm ni utk kanak2 tentu bau sia pun sedap dan packaging dia pun cantik
ReplyDeletemudah la si ibu sapu kat perut anak kecik. senang dorang nak tidur lena, tak ganggu mak nak buat kerja kan. lagi pun packaging mudah nak bawak travel, balik kampung atau berjalan luar rumah. menarik!
ReplyDeleteMudah kerja bila anak sihat. Affan ni banyak juga membantu.
ReplyDeleteMnyak telon memang bagus untuk baby and dewasa also, I also like to use.
ReplyDeleteTenkiu wa review on natural baby balm dan telon baby. Bany saya dah 8 bulan lebih still pakaikan dia minyak telon dan masaj2 badan dia. Natural baby balm tu nampak bagus lah
ReplyDeleteTerima kasih share info ni sis. Memang minyak telon sudah lama terbukti dapat membantu baby kembung perut kan. Even dewasa pun boleh pakai - which my aunty pun gunakan juga bila rasa perut kembung, sebab tkde bahan kimia berat.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)