Resepi Sambal Goreng Jawa | Hi semua! Lama tidak membebel di blog sejak dari awal puasa sampailah dah 2 minggu raya. Maklumlah super busy. Kerja-kerja review pun banyak yang kena tolak sementara waktu. Ini baru nak aktifkan balik blog. Hehehe..

Kali ini WA nak buat resepi senang. Resepi ini adalah menu wajib ada pada setiap pagi raya pertama kat rumah WA. Especially orang Jawa. Haa, siapa sama dengan WA? Angkat jari sikit! Hehehe... Oklah, sebenarnya menu Sambal Goreng Jawa ini ada pelbagai versi. Means ada yang letak bahan banyak, ada yang letak bahan sikit. Depends pada kita nak macam mana. Tapi bagi WA, kalau dah letak sayur tu, tak dipanggil Sambal Goreng Jawa, tapi dipanggil Sayur Goreng. Asas Sambal Goreng ni yang wajib adalah kicap, soo hoon, tempe! 

Jom layan resepi Sambal Goreng Jawa paling ringkas dan mudah dimasak versi family WA! Bahan pun tak payah banyak-banyak dah sedap! Cuma gambar bahan-bahan tak sempat nak snap sebab masak pagi-pagi raya kan. Kelam kabut dibuatnya. Huuhuhu~ *nanti kalau buat lagi, WA masukkan gambar bahan-bahan


Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan Yang Diperlukan (5-6 orang) :
1. Ikan bilis (1 genggam tangan/1 senduk nasi) - ditumbuk *banyak lagi sedap! 
2. Bawang putih (8-10 ulas) - ditumbuk/dimayang
3. Bawang besar (6 ulas) *mayang kasar
4. Cili merah hidup (8 tangkai) *dipotong serong
5. Cili padi (6 tangkai) - dipotong serong *nak pedas tambah lagi 
6. Kentang *ikut nak banyak mana
7. Tempe *ikut nak banyak mana
8. Soo hoon (1 peket sederhana/1 genggam tangan)
9. Tauhu kering/fucuk (1 peket) *potong kecil
10. Gula, garam dan ajinamoto *ikut citarasa
11. Kicap *ikut nak banyak mana

Bahan yang perlu digoreng dahulu :
- Tempe *potong dadu/kecil
- Kentang *potong dadu/kecil

Cara Masak Sambal Goreng Jawa :
1. Tumiskan bawang putih (4 ulas) dan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga warna sedikit kekuningan.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi yang telah dimayang/dipotong dan tumis sehingga naik bau aroma.
3. Masukkan gula, garam dan ajinamoto ikut citarasa anda, WA lebihkan pada manis-manis masin sedikit. Elakkan masin nanti tak sedap. Dia bukan manis macam makan manisan, sebab asalnya dah manis bawang dah.
4. Masukkan fucuk/tauhu kering dan soohoon yang telah direndam air tadi beserta air sedikit bagi kedua-duanya masak dengan betul.
5. Masukkan kicap ikut citarasa anda. Kalau nak gelap letak banyak. Pakai kicap manis ye. Kicap Jalen Manis warna kuning. Tak pakai lemak manis sebab nanti rasa dia lemak-lemak gitu.
6. Lastly, masukkan kentang dan tempe yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul bagi rata. Then, siap dan sedia untuk dihidang!

Dalam resepi ini, WA tidak menggunakan serai sebab arwah mak & makcik kata tak perlu sebab bau aroma tumis tu dah wangi. Ada orang suka letak kan? So depends. Tapi versi family WA tak letak serai. Dan kacang panjang serta tauhu basah tidak digunakan jika hendak tahan lama. Selalu kalau nak masak Sayur Goreng je baru WA letak tauhu basah, kobis dan kacang panjang (tiada kicap). Haa, google jelah rupa sayur goreng.

Jom cuba resepi Sambal Goreng Jawa versi mudah ni. Gerenti sedap!