Natural No Makeup Look | Sebenarnya tak ada benda sangat pun nak share tapi sebagai kenangan kat blog, WA pun nak update jugalah simpan buat kenangan. Entri kali ini actually masa majlis kahwin sedara husband. Kalau kahwin belah husband or belah WA, memang tak boleh miss melainkan ada hal tertentu.

Pendek cerita, si pengantin DM tanya boleh makeupkan tak untuk dia? So bla bla bla, WA ambil jelah untuk touch up pengantin. Datang-datang majlis memanglah meriahkan suasana sebagai sedara kan. So mujurlah nak touch up pada waktu lepas zohor. Dan pengantin pun request natural no makeup look. Memang orang kata sesimple habislah. So WA buatlah sebagai mana yang dikehendaki pengantin ni.

Sorry ambil gambar selfie, gambar before tak sempat snap :D

Pengantin ni kulit dia lawa dah, putih pulak tuh. So, senanglah nak makeup natural kat dia. Tak banyak benda kena cover. Dan pengantin pula minta makeup sesimple yang boleh. Apa lagi, buat dalam 40 minit jugalah plus pengantin berbual-bual dengan kawan. Huhu... Alhamdulillah, pengantin suka dengan look ni. Tak heavy dan yang penting, inilah yg pengantin nak. Gambar yang ada yang ni jelah. Hehehe...

Bersama belah mak mertua & ipar 

Pelamin pengantin lawa giler! So kitaorang pun selfie kat pelamin :D

Ok itu sahaja nak share. Gambar dekat muka pengantin tak ada pula. Anak buah main hp tekan-tekan terdelete gambar. Aishhh, sabar jelah....