Instant Spaghetti by Master Pasto | Selalunya kita hanya mengenali keluaran mee segera atau instand noodles. Anda mungkin tidak tahu bahawa kini kita boleh dapatkan juga instant pasta/spaghetti iaitu spaghetti segera di Malaysia juga.
Just panaskan dalam masa 3 minit sahaja?? Then makan! Woww... Betul-betul instant kali ini. Instant spaghetti ini adalah keluaran Master Pasto yang dibuat oleh Lioco Food Sdn Bhd di Penang sejak tahun 2017. Ia juga merupakan instant spaghetti Makanan Halal Malaysia yang pertama disahkan oleh JAKIM dengan penyediaan yang cukup mudah iaitu hanya 3 minit sahaja untuk dipanaskan dan dihidangkan.
Sesuai sangat bagi yang travel luar Malaysia yang susah nak dapatkan makanan halal, just bawa sahaja instant spaghetti ini. Sekali sekala, ubah selera dari mee segera kepada spaghetti segera kan. Hehehe. Bukan itu sahaja, jika anda tidak kesempatan nak masak di rumah terutama para ibu yang berkerjaya, boleh beli instant spaghetti ini buat stok banyak-banyak kat rumah. Atau buat mereka yang bercuti bersama keluarga atau travel di dalam Malaysia.
Tak nak bebel panjang-panjang, WA nak perkenalkan pada korang ada 3 jenis keluaran instant spaghetti Master Food ini iaitu :
1. Spaghetti Bolognese with Chicken
2. Spaghetti Aglio Olio with Chicken
3. Spaghetti Mushroom Cream Sauce
Macam mana cara penyediaan instant spaghetti Master Pasto ini?
Haa, sebenarnya cara reheat in 3 minutes ini sangat mudah. Ada 2 cara yang boleh kita lakukan.
- Air Panas Mendidih (boiling water) - Didihkan air dalam mana-mana periuk/heater. Kemudian, masukkan 2 pek Master Pasto iaitu mee dan sos ke dalam air mendidih tersebut. Biarkan selama 3 minit kemudian hidangkan untuk dimakan.
- Ketuhar Gelombang Mikro (microwave) - Koyakkan dahulu pack mee dan sos kemudian tuang dalam pinggan. Masukkan dalam microwave untuk 1 hingga 3 minit. Dan sedia untuk dihidang!
Senang kan caranya? Semudah ABC sahaja nak sediakan spageti segera ini. Boleh tonton full video cara WA menyediakan dengan pilihan menggunakan air panas mendidih.
Feedback WA Selepas Cuba Ketiga-tiga Instant Spaghetti Master Pasto
WA dah mencuba ketiga-tiga jenis instant spaghetti ini. Apa yang paling menarik ianya tidak mengandungi bahan perisa MSG dan bahan pengawet didalamnya. Dijamin selamat untuk dimakan tanpa ragu-ragu dan semestinya ianya halal.
Spaghetti Bolognese with Chicken
Spaghetti favourite WA adalah bolognese daging. Tapi keluaran Master Pasto hanya ada ayam. Rasanya sedap lebih kurang macam masakan sendiri dan boleh tahan tak adalah sampai rasa lain. Bagi WA rasanya pun puas hati dengan hirisan daging ayam bersama sos yang menyelerakan. Manakala untuk porsi setiap hidangan memang cukup untuk seorang.
My Rating : 4.5/5
Spaghetti Aglio Olio with Chicken
WA jarang makan spaghetti masak Aglio Olio, tapi selepas rasa dari Master Pasto ini WA terus jatuh hati. Yelah, kalau order kat luar, ia jenis masakan yang kering sedikit. WA kurang gemar kalau spaghetti kering ni. Rasanya kali ini best ada rasa pedas (tengoklah cili tu). Tapi pedas biasa jelah bukan menyengat so don't worry okay. Hehehe..
My Rating : 5/5
My Rating : 4.5/5
Spaghetti Mushroom Cream Sauce
Untuk spaghetti mushroom ini, masakan ia lebih kurang macam spaghetti carbonara. Sedap sebab penuh dengan mushroom dan cream dia. Tapi sebabkan WA bukanlah minat sangat dengan spaghetti masak cream ni, bolehlah ikut tekak sedap juga.
My Rating : 4.5/5
**Setiap hidangan mee dan sos disimpan dalam foil aluminium yang ketat dan berkualiti tinggi demi menjaga tahap ketahanan makanan di dalamnya.
Jika anda tidak biasa dengan keadaan spaghetti yang kurang lembut sepenuhnya, digalakkan dalam cara menggunakan air panas mendidih itu, anda letak air panas sedikit dalam bekas mee tersebut dan kemudian toskan mee itu. Ataupun anda boleh panaskan mee tersebut lebih dari 3 minit dalam 4-5 minit.
Berminat untuk membeli koleksi instant spaghetti Master Pasto? Anda boleh layari terus laman website mereka di www.masterpasto.com atau laman social mereka :
Instagram : www.instagram.com/masterpasto
Facebook : www.facebook.com/masterpastolioco
19 Comments
Airah dah rasa memang sedap spaghetti dia. Rasa semua cukup dan paling best cepat disediakan
ReplyDeletebila tengok2 gambar spaghetti tu lagilah buat terliur. mmg kena try jugak satu hari nnti :)
ReplyDeleteSemua nya ok bagi Bella. Paling suka yang Bolognese. Memang memudahkan urusan dan senang nak bawak pek ni pergi memana. Halal lagi kan. Tapi rasa mcm pricey juga kalao selalu dok beli yg ni. Nak makan bnyk puas memang kena masak sendiri lah kan.
ReplyDeleteGreat way to prepare a meal when we are in a rush, gonna stock up some at home for those rainy days.
ReplyDeleteWahhhh mudahnya nak sediakan pasta master pasto nie. 3 minit je dah siap. Sesuai utk mereka yg busy dan bujang nie hah. Cepat dan mudah utk disediakan. Xperlu pening2
ReplyDeleteRawlins paling suka sebab senang nak masak dan terus makan, sangat berguna especially time overtime ataupun malas nak keluar lunch. Love it.
ReplyDeletewow! 3 minit je ye? cepat betul masak. Memang senanglah nak masak. Kalau malas juga tak tahu nak cakaplah :p
ReplyDeleteMudah gile masak spagetti ni yek.. Cuma perlu 3 minit jerk.. klu yg bz tu wajib ada kat umah..
ReplyDeleteNyumnyumm.. Sedapnya la hai..
ReplyDeleteTerbayang bayang je ni. Ramai pulak yang share dah rasa pasta ni haa..
Bila ada yang mudah macam ni.. dah takdelah orang merungut susah nak masak n makan spagetti dah kan.. hehehe
ReplyDeleteSally beli nak bawak pi travel...sekali habis kat dapur sebelum sempat bawak...hahaha...dah la Sally hantu spageti!
ReplyDeleteNi yang best ni.. Bila ada dijual jenis mudah dimasak dan dihidang. Ni lagi sennag rendam je terus masak... Pergh hebatla.. Bokeh buat stok puasa dan travel kan..
ReplyDeleteAfter seeing so many posting and sharing about this...I bought a set for myself to try. Bolehlah makan dengan comfort kat rumah sendiri.
ReplyDeleteAkak paling suka yang aglio olio tu wa .Pedasnya memang kena dengan tekak
ReplyDeleteOh yes! i m keen to try this coz its so easy to prepare and mudah dibawa.
ReplyDeleteyum... yum... instant spaghetti, senang je. Hmmm...., masa travel blh bawa skali terutamanya masa melancong kat luar negara.
ReplyDeletesis dh try..not bad
ReplyDeleteTak try lagi. Tapi takde ke jual kat kedai2 terdekat..
ReplyDeleteMujur singgah sini dah malam. Perut dah kenyang. Hehe
ReplyDeleteKalau x, nak cari tang tang ni jugak.
Post a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)