Sunday, March 3, 2019

Set Penjagaan Bayi Asmak Baby Care Produk Natural Sesuai Untuk Anak Anda


Asmak Baby Care | Ibubapa perlu mementingkan keselesaan anak-anak supaya mereka sentiasa aktif, cergas dan tidak mudah mendapat penyakit. Oleh itu, amat digalakkan untuk ibubapa mencari set penjagaan bayi yang selamat digunakan tanpa mempunyai bahan-bahan kimia untuk anak anda. Baru-baru ini WA mencari set penjagaan bayi yang natural dan selamat untuk baby Aaira, Akhirnya WA telah jumpa satu produk ini.

Inilah dia produk set penjagaan bayi Asmak Baby Care yang WA katakan  tadi. Set penjagaan bayi ini sesuai juga digunakan oleh kanak-kanak kerana ia menggunakan bahan-bahan semulajadi sahaja tanpa barang kimia seperti Paraben, Sulfate, Synthetic Color, Phatalates, Talc dan SLS. Setiap jenis produk mempunyai bahan-bahan yang semulajadi.

Dikeluarkan Oleh MHAM
Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd (MHAM) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba dan bahan semulajadi sebagai pilihan alternatif untuk para ibubapa mahupun pengguna yang ingin dapatkan produk yang semulajadi dan selamat. Kesemua produk keluaran MHAM telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diproses di kilang bertaraf GMP. Tidak perlu khuatir lagi kerana ianya selamat digunakan.

Kali ini WA nak perkenalkan set Asmak Baby Care keluaran MHAM ini. Ianya terdiri daripada :
  • Asmak Baby Care Body Wash (top to toe)
  • Asmak Baby Care Lotion
  • Asmak Baby Care Essential Oil
  • Asmak Baby Care Powder
  • Asmak Baby Care Sevenis Hair Oil
Set Asmak Baby Care kini lengkap sekali bersama Essential Oil bagi memberi keselesaan pada bayi anda juga. Dengan 5 step mudah ini, bayi anda berasa selesa untuk melakukan aktiviti harian mereka.

5 Step Mudah Menggunakan Set Asmak Baby Care
1. Asmak Baby Care Body Wash (top to toe)
Mandikan si manja anda dengan Mandian Bayi Asmak kerana ianya boleh digunakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Senang apabila boleh dijadikan sebagai syampu. Mempunyai kandungan yang pekat, anda hanya perlu picit sedikit dan sapukan pada seluruh tubuh dan rambut.

WA suka dengan bau haruman body wash ini kerana ianya mengeluarkan haruman bunga ros, chamomile, minyak kayu putih, minyak aprikot dan Vitamin E bagi membuatkan bayi anda lebih wangi dan selesa.


Tengoklah tu baby Aaira, sejak menggunakan sabun mandian Asmak, kemain dia berendam lama tidak mahu keluar. Dan yang paling tak jangka, masa WA mandikan baby Aaira, sabun mandian terkena mata tapi baby Aaira boleh ketawa main air lagi. Selalu kalau pedih, dia akan nangis dengan pantas. Mungkin ianya kurang bahan yang memedihkan mata. 

Body wash ini bebas daripada bahan merbahaya seperti parabens, sulfate dan SLS.

2. Asmak Baby Care Lotion
Selepas menggunakan body wash, sapukan losyen bayi Asmak ini ke seluruh badan dengan membuat urutan lembut kasih sayang supaya si manja merasai sentuhan kasih ibu. Losyen ini sedikit pekat daripada losyen yang lain, tapi jika anda sapu di badan si manja, terasa tenang, lembut dan kulit menjadi lebih wangi.

Losyen Asmak menggunakan bahan seperti minyak halia, ekstrak bunga portulaka dan minyak cengkih bagi memberi ketenangan padai si manja.

3. Asmak Baby Care Essential Oil
First time dengar set baby care ada Essential Oil (EO) kan? Sebenarnya banyak kegunaan EO untuk si manja. Antaranya ialah menenangkan, bayi lebih mudah tidur dan melegakan bayi ketika kurang sihat. Kandungan yang terdapat pada EO Asmak ini adalah dari Clove Oil (minyak cengkih), nutmeg oil, peppermint oil dan sweet almond oil.

Bukan itu sahaja, EO ini juga boleh digunakan ibu-ibu yang menyusu yang mengalami masalah kekurangan susu. Hanya titiskan 1-2 titis ke bahagian yang dikehendaki seperti belakang telinga, dada atau tapak kaki. Atau jika untuk diffusion, titiskan dalam 2-3 titisan ke tempat EO diffusion anda dan letakkan dikawasan tempat tidur sepanjang malam bagi memberi ketenangan si manja bersama anda.

Suatu hari, baby Aaira tengah meragam dan sangat susah untuk diam dan tidur. Puas pujuk dia tapi tetap tak keruan. WA baru teringat ada EO Asmak ini dan WA cubalah sapukan di bahagian tertentu untuk dia bertenang. Tak sampai 5 minit, baby Aaira dah ketiduran. Selama ini pernah dengar pasal EO gitu-gitu je, tak sangka fungsi EO ini sangat bagus especially menenangkan kita degan bau aroma yang sedap.

4. Asmak Baby Care Powder
Apa yang bestnya dekat bedak Asmak ini, ianya bebas daripada synthetic color, paraben, talc dan juga phathalate. Pemilihan bedak hendaklah betul supaya mengelakkan si manja mudah mendapat kanser pada usia muda. Bedak Asmak ini boleh disapukan pada tubuh dan muka bayi anda selepas mandi. 

Mengandungi bahan semulajadi seperti Kaolin (sejenis tanah liat bagus untuk kulit), ekstrak betik, ekstrak bunga portulaka dan lavendar essential oil. Haruman lavendar EO dapat membantu si manja berbau harum, memberi kesegaran dan rasa sejuk pada kulit, berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.

5. Asmak Baby Care Sevenis Hair Oil
Step terakhir, sapukan minyak rambut ini di rambut si manja anda sesudah kering untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat, kuat, bersinar, lembut dan berbau wangi. Untuk pengetahuan anda, minyak rambut Asmak ini diperbuat dari 7 jenis minyak (7 dalam 1) yang dapat memberi khasiat dan manfaat kepada rambut si manja agar menjadi lebih kuat dan sihat.

Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam minyak rambut ini adalah light mineral oil, tea tree oil, babassu oil, virgin coconut oil, castor oil, olive oil, argan oil dan haruman yang berbau harum. WA suka sangat dengan bau haruman minyak rambut Asmak ini sebab bau dia sangat wangi dan menenangkan. Dan semestinya ianya tidak terlalu berminyak ketika memakainya seperti minyak rambut yang lain. Malah ianya lebih cepat meresap ke dalam kulit kepala dan rambut.

Tak sangka pilihan WA bagi baby Aaira pakai produk Asmak baby care ini tidak salah. Malah, baby Aaira lagi suka dengan kesemua jenis produk baby care ini. Lagi-lagi kalau guna EO, memang senang sangat nak handle dia bila meragam. Rasanya lepas ini WA kena beli diffuser lah. Senang titiskan dan biarkan semalaman dengan bau aroma satu bilik tidur. Hehehe...

Asmak Baby Care boleh didapati dengan harga berpatutan. Malah, nak lagi jimat boleh beli satu set terus. Lagi menjimatkan! MHAM juga membuat satu set Asmak Baby Care dalam packaging kotak dan boleh jadikan ia sebagai hadiah atau kegunaan sendiri. Pilihan di tangan anda.

Jika anda mempunyai sebarnag pertanyaan dan ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai produk keluaran MHAM ini, anda bolehlah layari laman sesawang mereka seperti berikut :

Website : 
Facebook : 
Instagram : 

Hotline :

27 comments:

  1. mmmm bagus juga produk ni tak memedihkan mata.

    ReplyDelete
  2. produk bumiputra kan?
    sebagai seorang penyokong tegar produk bumiputra akan ku cuba produk ini......yg penting tak was-was

    ReplyDelete
  3. First time dengar produk ni. Nasib tak ada baby lagi hehe. Kalau tak boleh jugak nak try sebab tak pedihkan mata baby kan.

    ReplyDelete
  4. Bgausnya produk ni kan. Dari hujung rambut semua ada. Beli satu set senang sebab untuk kegunaan anak kesayangan kita juga. Kalau HALAL memang saya support!

    ReplyDelete
  5. Comelnya anak ni. Produk asmak ni buatan malaysia ke?

    ReplyDelete
  6. Bagus guna produk dari bahan yang tidak membahayakan. Barulah selamat nak gunakan produk tu terutamanya untuk bayi.

    ReplyDelete
  7. Produk macam ni memang TB suka sebab dah tau ingredient dia yang tiada bahan-bahan terlarang kan.. makin selalu pulak dengar brand Asmak ni

    ReplyDelete
  8. First time dgr jenama ni...siap ada set daripada kepala sampai ke badan haa...sedap bau dia?

    ReplyDelete
  9. Pada Rawlins, yang penting diperakui selamat, murah, mudah dan lembut pada kulit anak-anak. Itu my standards kalau beli barangan bebudak. And Asmak menepati semuanya.!

    ReplyDelete
  10. Bagus produk ni.. Khas utuk anak-anak.. Bebas paraben.. Takde alkohol.. Selamat diao guna.. Asmak ni dulu ade nad guna utk minyak sapy dia.. Wah sekrng complete ye

    ReplyDelete
  11. best2 la barang dalam asmak baby care. macam EO tu kita yang dewasa pun boleh guna.Bukan budak2 je.

    ReplyDelete
  12. EH sejak bila Asmak keluarkan barang baru ni. Setahu saya ada minyak urut asmak tu kan. Yang macam minyak gamat sebab saya ada pakai minyak tu sebelum ni

    ReplyDelete
  13. Wah Asmak melangkah satu tapak ke hadapan pula keluarkan produk baru untuk baby. Kalau produk yang berasaskan bahan semula jadi dan selamat memang jadi pilihan ibu bapa masa kini. Yelah naknjaga kulut baby ni bukan mudahkan. Bagus Asmak keluarkan prosuk baru macam ni .

    ReplyDelete
  14. Wow quite a complete set of baby care products, I will check out this brand as its new to me.

    ReplyDelete
  15. Asmak memang kita pertama dengar pasal produk untuk bayi macam ni hehehe tak tahu pun ada ok juga kalau sesuai untuk kulit budak-budak...

    ReplyDelete
  16. untuk anak-anak yang ada masalah kulit sensitif mmg kena pilih produk yang boleh elakkan penyakit kulit jadi lebih serius..besat ada produk mcmasmak..all in..mudah nak beli kan

    ReplyDelete
  17. First time dengar jenama Asmak ni. Banyak betul rangkaian produk Yang ada yer . Boleh recommend dekat ibu-ibu di luar sana.

    ReplyDelete
  18. Sebelum ni terkenal dengan minyak herba asmak kan..
    Sekarang dah keluar dengan produk penjagaan badan pulak.
    Mudah dah macam tu. Sebab dia ada setnya sendiri.

    ReplyDelete
  19. Good to know if the product dah dapat kelulusan KKM. Skrg ni byk produk yg bukan-bukan so kena check betul2 kan. Lagi2 produk utk baby ni.

    ReplyDelete
  20. kita ada minyak herba asmak, diffuser tu macam sangat menarik untuk dicuba. baguslah bila ada banyak pilihan untuk si bayi :) harga juga berpatutan

    ReplyDelete
  21. Baguslah sekarang brand Asmak makin maju dan berkembang dengan wujudnya macam2 produk untuk kegunaan harian. Ramai kata produk Asmak ni best, tapi huda tak pernah try lagi, hehe....

    ReplyDelete
  22. wah asmak dah ada macam macam range produk pulak yer. hari tu dok femes dengan ubat batuk. ramai geng blogger share yg produk nih memang bagus

    ReplyDelete
  23. pernah baca org review sebelum ni..tak sangka ada produk lokal bayi sebagus ni....ingat nak cuba my yara...asmak...klasik nama dia kan hehe

    ReplyDelete
  24. Produk bayi buatan Malaysia ya, nak cuba Asmak Baby Care Essential Oil ni, mesti soothing utk mama dan bayi ni.

    ReplyDelete
  25. Produk bayi buatan Malaysia ya, nak cuba Asmak Baby Care Essential Oil ni, mesti soothing utk mama dan bayi ni.

    ReplyDelete
  26. Wah, bagus ni. Mudah, beli satu set Asmak Baby Care ni lengkap utk penjagaan kulit, rambut baby. Bahan yang diguna pun natural, mak ayah tak pening dah nk cari produk selamat utk baby.

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)