Cosera by Genlife - Berries Ceramide Drink | Kecantikan tidak asing lagi buat kaum wanita. Ada sahaja usaha untuk melihat lebih cantik tanpa cucuk sana sini atau buat pembedahan. Adakalanya kita sebagai wanita begitu struggle untuk mencari minuman tambahan yang kaya dengan antioksidan serta kolagen. 

Tapi sangat susah nak jumpa apatah lagi gabungan buah-buahan yang tiada di Malaysia ini. Berries merupakan superfood yang sangat tinggi antioksidannya seperti buah blueberry, blackberry, strawberry, dan billberry  untuk memperbaharui dan melindungi kulit. Dengan adanya Cosera by Genlife - Berries Ceramide Drink ini, anda boleh minum dan dapatkan kulit lebih muda dan sihat.

Memandangkan usia WA pun hampir nak menjangkau ke 30-an, so kenalah cepat-cepat cari beauty drink yang bagus untuk kulit. Nak cari beauty drink ni bukan asal nampak je ambil, kena tahu ingredients dan manfaat produk itu apa. Macam WA memang target nak mencari beauty drink untuk kulit. Jadi kenalah pilih yang tinggi anti-oksidan, punyai kolagen dan sedap! Hahaha~

Cosera Berries Ceramide Drink adalah minuman kecantikan yang enak dan berjus, diperkayakan dengan antioksidan dari campuran berries, collagen dan yeast ceramide yang dipenuhi dengan kebaikan dan punyai rasa yang sangat lazat. Kejap! Ada guna yeast Ceramide???

Apa Itu Ceramide?
Untuk pengetahuan korang, Ceramide ini merupakan sebahagian daripada halangan kulit, iaitu sejenis lipid yang membentuk bahagian dalam salah satu lapisan kulit. Senang kata, ceramide ni bagus untuk kelembapan kulit dengan pencapaian penghidratan yang sangat baik, 16 kali lebih tinggi dari Hyaluronic Acid (HA). Seriuslah? Ceramide bukan sahaja membantu memulihkan skin barrier kita tetapi memelihara kesihatan kulit serta melambatkan proses penuaan, kulit kering, kasar dan kegatalan.

Lepas ni, tak risau dah kulit kering ke apa sebab ceramide ini merupakan kunci kepada penghidratan.  Kesan ini berfungsi dengan baik pada bukan sahaja untuk kulit muka tetapi juga untuk seluruh tubuh badan. So, bye-bye lah pada kulit kering sebab kita ada Cosera Berries Ceramide Drink! Hewhewhew~

Manfaat Berries yang Terkandung Dalam Cosera Berries Ceramide Drink

Berries memang terkenal dengan antioksidan dan banyak memberi manfaat untuk kulit bagi memperbaharui, melicinkan dan melindungi skin barrier kita. Antaranya seperti :

1. Kaya dengan antioksidan - melindungi kulit daripada radikal bebas dan membantu melawan tanda-tanda penuaan.
2. Mempunyai Vitamin A dan E - menggalakkan pertukaran ganti sel, menegang dan menganjalkan kulit, mencerah dan sekatakan tona kulit.
3. Kaya dengan anthocyanin - memperbaiki kerosakan kulit yang terdedah pada matahari yang menyebabkan kulit jadi kering dan kedut.
4. Mempunyai sumber Vitamin C - bagus untuk kulit, mencerah dan mengekalkan kesihatan kulit.
5. Bagus untuk penglihatan - mata rasa segar dan tidak rasa letih, sistem imunisasi dan kesihatan umum.

Bukan sekadar itu sahaja, malah dalam Cosera Berries Ceramide Drink turut mengandungi bahan penting seperti Fructooligosaccharides (Prebiotik) dan juga Kolagen. Fructooligosaccharides merupakan bakteria baik dalam usus. Bakteria sihat ini untuk melancarka sistem saluran pencernaan supaya lebih lancar. Manakala, Kolagen berfungsi untuk meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis halus serta kedutan, dan meningkatkan kelembapan kulit untuk melambatkan proses penuaan pada kulit.

Kelebihan & Kebaikan Consume Cosera Drink

Dalam Cosera Berries Ceramide Drink ini, ia menggunakan bahan semulajadi. Dan terdapat banyak fungsi setiap bahan yang digunakan dan memberi kebaikan jika consume Cosera Drink ini seperti :
  1. Kesan penghidratan yang dalam dan melembapkan kulit - 16x lebih tinggi pencapaian dari HA
  2. Kaya dengan antioksidan
  3. Mencerahkan kulit
  4. Anti penuaan dan kedutan
  5. Kulit lebih muda dari umur sebenar
  6. Membaiki dan meremajakan kulit
  7. Menguat dan mengetatkan kulit
  8. Anti keradangan
  9. Meningkatan kesihatan dan penglihatan mata
  10. Menguatkan imunisasi, memperbaiki sel metabolisma dan tubuh badan

Ingredients Cosera Berries Ceramide Drink

Untuk Cosera Berries Ceramide Drink, mereka tidak menggunakan bahan-bahan berikut :
  • Tiada bahan pengawet tambahan
  • Tiada bahan merbahaya
  • Tiada hormon
  • Tiada tambahan gula
  • Tiada perasa tiruan
  • Tiada pewarna tiruan

Ingredients :
Mix Berries (blueberry, strawberry, billberry, blackberry), Fructooligosaccharides, Collagen, Premixed Enxyme (amylase, bromelain, cellulase, diastase, invertase, lactase, lipase, pectinase, protease), Yest Ceramide and Stevia.

Kalau korang nak tahu bagaimana cara nak tahu bahan utama digunakan, korang boleh lihat list ingredients ini. Mix berries merupakan kandungan bahan utama dalam Cosera drink, manakala, Stevia merupakan kandungan bahan yang paling sedikit. Jadi, tiada tambahan gula buatan hanya menggunakan sedikit Stevia untuk rasa manis stevia sikit. Sesuailah untuk yang ada penyakit diabetes atau kencing manis.

Sesuai Untuk Siapa Cosera Berries Ceramide Drink?

Produk ini sangat sesuai untuk semua orang tidak kira sama ada kaum lelaki mahupun wanita yang mempunyai masalah atau tiada masalah kulit tapi ingin kelihatan lebih muda dan sihat kulitnya.

Amarannn!!!!
Akan tetapi, bagi mereka yang mempunyai masalah hormon, mengandung atau penyakit berbahaya, sebaiknya minta dielakkan mengambilnya atau digalakkan untuk rujuk dengan pakar doktor terlebih dahulu sebelum consume.

Cara penyediaan sangat mudah. Hanya perlu koyakkan satu sachet dan tuang ke dalam botol/gelas yang hendak diminum. Tambahkan air masak sebanyak 180-200ml. Kemudian, goncang atau kacau hingga rata dan minum! Nak sedap lagi better buat dengan air sejuk. Pulak tu dengan rasa berry yang yummyyyyy!! Jangan guna air panas, dikhuatiri akan menghilangkan khasiat yang ada.

How I Feel After Consume Cosera Berries Ceramide Drink?

Dalam satu kotak ini ada 15 sachet dan ia bertahan selama 15 hari iaitu selama setengah bulan atau 2 minggu. Dan WA kini sudah consume minuman ini sebanyak 12 hari, berbaki lagi 3 sachet. Sepanjang consume Cosera drink ini, apa yang boleh WA katakan yang WA dapat merasa sendiri adalah kulit WA rasa lebih glowing dan anjal berbanding yang dulu. Dan paling best, kulit WA yang kering sekarang tidak sekering dahulu. Kalau dulu, bangun pagi mesti nampak kulit mengelupas kat bahagian hidung dan rasa kasar sikit. Tapi baru-baru ini dah kurang. Malah, penglihatan mata WA pun mula rasa segar je walaupun hadap komputer lama. Seronokkk!

Walaupun tidaklah 100% berjaya (mybe kesan lambat bergantung badan/kulit masing-masing), tetapi Cosera berjaya membuktikan apa yang mereka claim itu ada yang berjaya sangkut pada keadaan kulit dan mata WA. Hehehe~ 

Rasa berry dia ni tak boleh tahan. Sebab sedap sangat! Nak kata manis tu tidaklah sebab ia manis stevia. Tapi memang kena dengan tekak. Bayangkanlah, korang minum air yang cukup rasa. Kalau kedai buat pun rasa tak secukup rasa seperti Cosera drink ni tau. Dan lagi satu, WA tak perlu was-was lagi nak consume minuman kecantikan ni sebab memang prevent semua bahan-bahan yang berbahaya malah  ia majoriti ia menggunakan bahan semulajadi. 

Setiap masa WA consume minuman ini, WA akan buat sejuk sebab sedap dan rasa nyaman je tekak bila minum. Yang penting, air masak tu kenalah juga minum ye! Don't skip plain water but skip the sugar and replace with Stevia! Awwww~~ Hihi....

Kalau nak kesan yang lebih bagus, amalkan dengan pengambilan 2 kali sehari iaitu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Tapi disebabkan hanya ada 15 sachet sahaja, disarankan untuk mengambil pada waktu pagi sebelum sarapan.

Bagi anda yang ingin dapatkan Cosera Berries Ceramide Drink yang berharga RM138 sekotak (15 sachet) ini, boleh layari dan laman berikut :

Website : 

Facebook :

Instagram :