Wednesday, January 16, 2019

# kaison # kaison aeon tebrau city

Anda Kaki Deco? Jom DIY Rumah Dengan Deco Budget Kaison!


DIY Rumah Dengan Deco Budget Kaison | Dari dulu lagi WA suka lihat bagaimana mat salleh deco rumah mereka di kaca televisyen. Nampak cantik je mata melihat hiasan mereka. Pernahlah juga berangan nak deco bilik tidur nampak lebih kemas dan cantik. Tapi, barang-barang yang cute dan yang sesuai untuk diletak tak jumpa. 

Sejak Kaison dibuka di Kuala Lumpur, WA jadi teruja pula lihat barang-barang yang ada di Kaison sebab memang sesuai sangatlah dan ada antaranya WA pernah lihat rumah mat salleh deco di TV. Tapi malangnya, lokasi di Kuala Lumpur agak jauh untuk WA ke sana memandangkan WA stay Johor.

Kemudian, selang beberapa outlet dibuka kini Kaison boleh didapati di Johor iaitu di Kaison Aeon Tebrau City Johor. Mahu tak teruja hati ni bila dapat tahu dah dibuka kat Johor. Yelah, tak keruan hati seorang kaki deco macam WA kalau tak mai sini kan. Then, yang terkini dapat tahu ada lagi satu cawangan Kaison dibuka di Johor iaitu Kaison Paradigm Mall Johor Bahru. 

Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya 2 cawangan Kaison di Johor ini, anda boleh lihat dibawah alamat berikut :

1) KAISON @ AEON Tebrau City
Lot F01B, First Floor, 
Aeon Mall Tebrau City,
No 1, Jalan Desa Tebrau,
Taman Desa Tebrau, 81100,
Johor Bahru, Johor

2) KAISON @ Paradigm Mall Johor Bahru
Jalan Mewah Ria 4/1, 
Taman Bukit Mewah, 81200,
Johor Bahru, Johor

Betullah orang kata, kalau masuk Kaison ni tak jumpa jalan keluar. Sebab ia ibarat syurga buat wanita lagi-lagi yang memang kaki deco rumah. Lihat barang lain, tapi beli barang lain. Hahaha! WA lah tu orangnya. Kekekekeke~~

Barang-barang yang terdapat di dalam Kaison ini kebanyakkan lebih kepada hiasan rumah atau pejabat samada ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan lain-lain. Dan sekarang WA nak deco bilik tidur dan ruang kerja blogging WA supaya nampak lebih kemas, teratur dan sejuk mata memandang. 

Harga barang di Kaison tak semua murah tapi kalau bijak memilih, inshaaAllah lepaslah bajet korang nak mendeco rumah tu. Macam WA target beberapa barang yang nampak sesuai dengan tempat yang nak deco. Antara barang yang WA mahu beli di Kaison adalah :


1. Artificial Flower
Benda pertama yang WA akan cari semestinya bunga. Sebab WA suka hias rumah dan dikelilingi bunga. Tidaklah terlampau banyak hiasan bunga, tapi sekadar menaikkan seri rumah dengan warna bunga yang lembut.


2. Wallpaper
Kadang-kadang rasa malas nak cat baru atau nak cover dinding yang retak dek kerana paku, pakai je wallpaper kan senang. Pasang dan tampal. Mudah kerja. Dinding pun jadi cantik dengan pelbagai pilihan corak wallpaper. Wallpaper di Kaison boleh tahan murah juga dan yang penting, macam-macam corak cute ada. Hehehe!

3. Artificial Plant
Haa, jangan pelik kenapa WA cari tumbuhan buatan ni. Sebab WA kalau ambil gambar flatlay untuk job review, WA memerlukan plant ni tau selain bunga buatan. So memang artificial plant ni wajib ada dalam list deco rumah dengan harga bajet. Hihihi~

4. Rugs/Fur Mat
Karpet bulu atau alas kaki yang cantik memang wajib kena ada. Walaupun WA sudah ada 2 karpet bulu, tapi nak juga beli kat Kaison tapi lain warna. Boleh jadikan sebagai background gambar selain jadikan sebagai karpet atau alas kaki. Yelah, sayang nak guna kalau lawa sangat kan!

5. Soft Toy
Benda ni memang kena ada. Ala, buat alas kepala ke peluk ke. Sebab ianya lembut boleh dijadikan bantal gitu. Hehehe. Ada macam-macam jenis soft toy ni, so nak pilih makan masa juga kan. Hahah!

6. Glass Jar/Vase/Glass Bottle
Perhiasan macam ni mesti wajib ada. Boleh dibuat isi makanan, letak bunga dalam pasu dan macam-macamlah. So, nak tak nak memang kena ada. Kalau tak ada tak syok. Percayalah ! :D

Okay, inilah antara list barang yang WA nak beli kat Kaison untuk DIY rumah dengan harga bajet. Kena pandai surveylah barang apa yang korang nak beli kat sini. Tak semua tempat ada barang hiasan seperti di Kaison tau. Haa, ada lagi sebenarnya antara barang hiasan yang lain tapi bersaiz cute dan comel seperti :




Banyak lagi sebenarnya barang yang ada dalam Kaison ni. Nak ke sini tak boleh sekejap, mesti berjam-jam untuk pilih barang. Dan yang penting korang kenalah standby bajet korang. Bukan apa, takut yang bajet lepas beli tapi ditambah pula barang-barang lain sebakul lagi. Hahaha!

Kalau korang nak ke Kaison di kawasan berdekatan korang, jangan lupa search outlets Kaison yang terdapat di Malaysia di sini --> KAISON MALAYSIA 

24 comments:

  1. mujurlah kaison ni tak ada lagi kat penang..kalau tak mmg seminggu sekali tak pun 2 3x seminggu terjah kaison hahaha..mmg seronok kalau dpt deco2 kan

    ReplyDelete
  2. feii suka pergi kaison. dah macam watsons asal masuk je mesti nak beli benda :)

    ReplyDelete
  3. Mmg xjumpa jln kluaq la klau akk.. Weekend ni plan nk ke kaison . Nk caei curtain utk rumah baru.. .gigih nk mndeco

    ReplyDelete
  4. looks like it's a great place to shop for deco stuffs... go go kaison.. go go shopping.. let's go!!!

    ReplyDelete
  5. Selalu dengar pasal kaison, tapi tak pernah masuk.. nanti nak cuba pergi window shopping dekat Kaison, mana tau lebih murah dari Ikea

    ReplyDelete
  6. Kaison ada kat Seremban..tapi akak dah banyak berhabis kat situ..lepas ni tak leh la jejak Kaison..dari nak beli 1 barang jadi banyak barang beli nanti

    ReplyDelete
  7. Memang selalu masuk kaison ni. Bunga die mmg cantik2. Bende lain pun banyk yg boleh buat decoration kt rumah.

    ReplyDelete
  8. i memang suka masuk Kaison ni. Tapi memang I tak pernah beli pun. I kalau banyak sangat camni memang tak boleh decide langsung. kekeke...

    ReplyDelete
  9. Suka masuk Kaison. Macam-macam benda menarik kat dalam sana. Kualiti pun elok eok je. Unik nya, setiap kali masuk, walaupun takde plan nak beli apa-apa, bila kuar mesti ada item di tangan..hmm

    ReplyDelete
  10. kaison ni berhantu gila.macam kedai eko.nak beli satu tapi nak bayar jadi 10.mmg rambang mata gila kalau masuk sini taw hahaha

    ReplyDelete
  11. Suka pergi Kaison selalu kalau masuk sini memang lama, sebab kena ronda-ronda dalam tu.. banyak betul pilihan kan! Info untuk Wawa dekat Nilai baru bukak Aeon dan ada Kaison juga tak sabar nak pergi...

    ReplyDelete
  12. Kinah dah boleh survey nak cari hiasan rumah kat kaison. Tak sabar nak deko deko rumah dan workspace sendiri. Pernah pergi kaison bila balik Ipoh,aduhh rasa tak nak balik je wa ahaha

    ReplyDelete
  13. Aduhai, kalau masuk Kaison ni keluar kedai mesti wajib bawak barang keluar sekali. Dah semua lawa comel mesti tergoda nak beli hahahah. Props untuk review barang pun memang sesuai sangat beli katsini.

    ReplyDelete
  14. kaison ni tempat berhantu betul..liezmmg masuk sini seminggu sekali.. dan mesti ada benda yang nak beli. memang serius bagusada kaison sebab macam-macam barangan perhiasan terutama bunga boleh dapat

    ReplyDelete
  15. Sis memang sukalah deco2 rumah ni..tapi sejak rumah dh penuh rumah dengan mcm2 barang terpaksalah lupakan hasrat nak deco rumah lagi,melainkan buang yang lama2..hehehe. Pernah gak masuk kaison tapi survey2 je leee

    ReplyDelete
  16. Kaison minmemang berhantu. Kalau masuk memang dah jumpanjalan keluar hahahha. Suka tgk barang2 dia

    ReplyDelete
  17. k.fiezz kalau masuk kaison ni, rasa nak beli semua..semua cntik2..semua cun...harga pun affordable...

    ReplyDelete
  18. never heard of this brand but ehhh semua ni dekat johor only. they should expand to kl and penang jugak la! haha the price looks okay jugak.

    ReplyDelete
  19. Dah lama tak masuk kaison ni. Memang barang barang dekat sini berhantu. cantik cantik comel comel. Kalau masuk tak beli pape macam tak sah pulak. hehehhe

    ReplyDelete
  20. TB kalau pi mall mana-mana yang ada Kaison ni tak sah tak masuk tengok-tengok barang.. memang geram tengok semuanya design unik-unik dna comel utnuk dijadikan hiasan rumah.. deco rumah sendiri dengan barang dari Kaison memang satu kepuasan.. cewah

    ReplyDelete
  21. Berhantu sungguh ni..Rabia kalau pergi ke sini mesti shopping byk ni

    ReplyDelete
  22. Eh, peminat Kaison juga ke....kalau masuk Kaison macam-macam nak beli kan. Tak sedar dunia betul ! haha

    ReplyDelete
  23. memang berhantu tau..lagi lah kalau poket penuh..memang naik hantu..ahahah

    ReplyDelete
  24. Kaison memang banyak pilihan barang yang cantik cantik. Nak deko memang beli barang dekat sini je

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)