Pore Purifying Serum Cleanser | Jika anda menitikberatkan mengenai cara membersihkan muka dengan betul, anda mungkin tahu makna 'double cleansing'. Kebanyakkan orang tidak mencuci muka dengan cara yang betul. Bagi sesetengah dari mereka, hanya cleanser biasa sahaja mampu menanggalkan sisa solekan dan kotoran di muka dengan bersih. Tidak sama sekali! Tahukah anda, double cleansing adalah step pertama sebelum cleanser biasa?

Double cleansing adalah mencuci muka dengan 2 kali. Iaitu pertama dengan oil-based product dan kedua dengan water-based product. Water-based adalah pencuci biasa yang kita guna selama ini. Kotoran berminyak adalah seperti sebum, makeup, segala barangan kosmetik kita guna pada kulit dan sel kulit mati manakala kotoran yang dari air seperti debu, peluh dan asap. Jadi, memang sesuailah untuk membuat double cleansing, jika tidak kulit mudah tumbuh dengan jerawat, jeragat dan masalah lain kerana tidak mencuci membuang kotoran yang dari dalam kulit sekali. 

Kini, anda boleh dapatkan produk baharu dari Althea Korea yang sememangnya authentic 100%  dan penghantaran dari Korea iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang berfungsi 2 dalam 1 iaitu bertindak sebagai double cleansing & serum. Pembersih ini menggunakan formula serum bagi melembapkan kulit, membersihkan liang dan mengimbangi tahap pH untuk kulit yang sihat.

Fungsi Pore Purifying Serum Cleanser
1. Sebagai pembersih keseimbangan pH kerana mempunyai tahap pH 5.5 hingga 6.5 untuk melegakan kulit.
2. Membersihkan kulit secara mendalam dengan perlahan-lahan mencairkan sisa solekan, kotoran dan minyak tanpa mengeringkan kulit dan menyebabkan kerengsaan kulit.
3. Membuang sel kulit mati serta mengetatkan liang pori terbuka dengan kuasa pembersihan ekstrak pudina.
4. Menggunakan sistem kelembapan dwi iaitu selepas pembersihan, formula serum akan menutup kulit dan membuatnya terhidrasi dari dalam ke dalam.

Apa itu Sistem Sel Kelembapan Dwi?

Sistem kelembapan dwi bermaksud gabungan antara air dan minyak dalam lapisan yang bertindih dapat menghapuskan sisa solekan, cecair dan kotoran.

Serum cleanser ini sangat sesuai untuk kulit yang sensitif kerana ia dapat mencipta kelembapan pada kulit, tidak membuat penglihatan kabur pada kulit dan dapat membersihkan kulit dengan beberapa sapuan sahaja. Ianya tidak seperti cleansing oil yang lain, tekstur cecair yang ringan ini tidak meninggalkan kesan minyak mahupun kotoran pada kulit.
Membersihkan Liang secara 3 dalam 1 dengan Keberkesanan Ekstrak Pudina
  • Kesan dingin pada kerendahan suhu kulit dan menenangkan kulit
  • Mempunyai ciri-ciri anti bakteria untuk mengekalkan kulit yang sihat dan melegakan keradangan yang disebabkan oleh jerawat
  • Menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran dengan berkesan serta mengurangkan pembukaan liang
Membuang Kotoran dengan Berasaskan Tumbuhan Ringan (Mild Plant-Based)
Benih minyak Jojoba mempunyai struktur yang serupa dengan kulit semulajadi, yang boleh membuang sisa solekan dan membersihkan liang pori dengan berkesan. 

Gambaran di atas, WA menggunakan produk kosmetik yang jenis waterproof iaitu kalis air dan susah untuk ditanggalkan dengan tisu basah mahupun cleanser biasa. Kemudian, WA mencuba dengan Pore Purifying Serum Cleanser ini dan ternyata ianya seperti menggunakan cleansing oil. Tapi yang istimewanya cleanser ini bertindak sebagai double cleansing dan tidak mengeringkan kulit malah melembapkan kulit.

Recommendation For :
1. Kulit yang sensitif dengan produk berasaskan minyak
2. Kulit sensitif yang memerlukan pembersih yang ringan teksturnya
3. Pembersihan yang cepat dan berkesan
4. Mereka yang memerlukan pelembap pembersih untuk kegunaan kecantikan harian

Jom lihat video dibawah bagaimana WA membersihkan muka dengan menggunakan barang makeup yang jenis waterproof dengan Pore Purifying Serum Cleanser.
Sangat best guna sebab ia boleh dijadikan sebagai double cleansing dan serum sekali. Jimat guna skincare kan? Hehehe.. Ingatkan tak best guna. Sebab WA susah nak jumpa cleansing oil yang sesuai dengan kulit WA. Mesti akan mengelupas kulit. Tapi selepas mencuba serum cleanser ini, kulit rasa lebih sihat, segar tanpa mengeringkan kulit malah rasa lebih lembap. Lepas ni, senanglah nak remove makeup yang waterproof. Tak perlu guna micellar water ke apa, just guna ni sahaja kulit rasa refreshing gitu.

Wahh! Boleh masuk list lagi untuk repurchased sebab memang superrbb! Cuma kalau boleh, minta tukar packaging kepada bentuk pump kerana packaging sekarang ni mudah tumpah jika penutup tidak rapat. Like mine! Dah tumpah separuh even WA dah tutup rapat, dia mengalir sikit-sikit. But overall about what I feel with this product, so muchh LoVeeeeeee!!!!! :)
Kalau nak dapatkan Pore Purifying Serum Cleanser ini, bolehlah dapatkan di link ini [ CLICK HERE TO PURCHASED ]. Harga dia sangat berbaloi hanya RM33 sahaja dengan isipadu 150ml atau layari laman website Althea di https://my.althea.kr/ dan Instagram di www.instagram.com/altheakorea/ .