Friday, December 28, 2018

# althea korea # get it beauty

Althea X Get It Beauty Real Fresh Skin Detoxer



Althea X Get It Beauty  | Sebelum ini WA ada uar-uarkan mengenai keluaran baharu dari Althea sempena Althea turns 3 dalam 2 bulan yang lepas. Dan kali ini, WA ingin story lebih lanjut lagi mengenai produk tersebut iaitu Althea dengan kerjasama Korean Top TV Program iaitu Get It Beauty TV Show yang telah mendapat perhatian dari selebriti Korea juga! Haa, nak tahu siapa kenalah baca sampai habis!

REAL FRESH SKIN DETOXER SET BY ALTHEA

WA sendiri telah mencuba kedua-dua produk penjagaan kulit baharu dari Althea yang telah bekerjasama dengan Get It Beauty, rancangan popular Beauty Korea dan ternyata ianya sangat best. Real Fresh Skin Detoxer ini didatangi dengan dua jenis iaitu Rose (siang) dan Green Tea (malam).

Set Real Fresh Skin Detoxer ini dihasilkan untuk memastikan kulit kita lebih bersih, sihat dan segar sepanjang hari. Ianya merupakan cleanser & mask, dimana hanya gunakan selama 10 saat sahaja dan mampu membuat kulit lebih bertenaga dan segar. 

Real Fresh Skin Detoxer (Rose) diperbuat dari 100% kelopak bunga Ros setahun sekali sepanjang bulan Mei di Perancis untuk membantu melicinkan permukaan kulit yang kasar. Rose bertindak sebagai (refining) iaitu mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit.

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) pula mengandungi daun teh hijau Jeju bagi memberi kelegaan serta menyegarkan kulit anda. Malah, ia juga sesuai digunakan untuk yang berkulit sensitif dan dapat meredakan kerengsaan kulit. Green Tea bertindak sebagai (purifying) iaitu membersihkan kulit dengan bahan semula jadi daun teh hijau kerana ia mempunyai 5 kali ganda vitamin C dari lemon malah dapat mengawal minyak dan membersihkan kotoran pada kulit.

Penggunaan detoxer ini membuatkan kulit WA rasa lebih segar, lembut dengan kehadiran kelopak bunga ros dan daun teh hijau yang 100% dari bahan semulajadi. Lihatlah, kulit WA lebih smooth kan? Suka sangat tau. Malah WA dah restock yang Green Tea sebab WA suka pakai pada waktu malam. Waktu siang sahaja kadang-kadang pakai yang Rose sebab bercampur dengan cleanser lain.

Real Fresh Skin Detoxer Menjadi pilihan Selebriti Korea Juga?

Wahh wahhh! Bukan calang-calang produk tau disukai oleh selebriti Korea. Althea kini turut digemari oleh bintang K-Pop Korea iaitu Jeonghwa dari kumpulan EXID! Alaa, yang popular dengan tajuk lagu 'Up And Down' tu. Hehehe.. Anda boleh lihat video dibawah!

Dah view belum video di atas? See, kemain suka betul Jeonghwa cuba Real Fresh Skin Detoxer ini. Memang best tau sebab ia mudah sangat digunakan hanya 10 saat sahaja tapi memberi kesan yang positif pada kulit.

Mudah sahaja cara penggunaannya, hanya sapu pada kulit dan ratakan. Kemudian, biarkan selama 10 saat. Basahkan tangan dengan air sedikit dan gosok pada muka sehingga keluar buih dan bilas sehingga bersih! Easy to use kan mask wash off 10 seconds ni??! Dan yang pastinya ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Anda rasa tak sabar nak mencuba set detoxer ini? Anda bolehlah membuat pembelian di website Althea Korea iaitu di sini [ CLICK LINK HERE ]

8 comments:

  1. Mmg best skin Detoxer dari Althea ni. Dua dua best, tapi shad suka yg green tea tu.. Hihi. Dh nk habis, nnti nk repurchase..

    ReplyDelete
  2. nmpk best..insyaAllah bolh try..

    ReplyDelete
  3. suka detoxer ni, baru juga top up skin detoxer...

    ReplyDelete
  4. Ada tgk rakan2 guna..lama dah nk grab.. Minat yg green tu

    ReplyDelete
  5. Suak bau rose lebih kalau cuci muka pepagi tu

    ReplyDelete
  6. Suka bau rose lebih kalau cuci muka pepagi tu

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)