Penting Ke Sunscreen/Sunblock? | Siapa kata sunblock atau sunscreen tak penting untuk kita lakukan dalam step skincare harian? Memang salah! Haa, jangan memadai je kata benda ini tak wajib okay. Sebenarnya sunblock/sunscreen sangat penting untuk kita apply pada kulit muka mahupun badan supaya kulit kita tidak mudah rosak serta melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB!

Jika dahulu, WA kurang menitikberatkan dan ambil tahu tentang sunblock/sunscreen ini tapi sejak rajin jaga kulit badan dan muka selepas breakout 6 tahun yang lepas, barulah WA tahu betapa pentingnya ia pada kulit kita. Baru-baru ini WA diperkenalkan satu produk baharu dari Althea (laman website K-Beauty dari Korea) iaitu Althea Petal Velvet Sunaway! 

Sebelum WA perkenalkan Althea Petal Velvet Sunaway ini, sukacita WA ingin menerangkan serba sedikit mengenai sunblock dan sunscreen. Tahukah anda, bahawa ada perbezaan antara sunblock dan sunscreen? Dan apa bezanya sinaran UVA/UVB? Jom kita kenali serba sedikit mengenai perbezaan sunblock dan sunscreen.

SUNBLOCK
Ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari UVB. UVB adalah sinaran yang tidak dapat menembusi lapisan kulit kita. Ia hanya dapat melindungi lapisan luar kulit sahaja. Jadi kulit kita akan mudah terbakar. UV B merujuk kepada 'Burning' iaitu terbakar atau sunburn.

SUNSCREEN
Manakala, untuk sunscreen pula ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UVA. Ini kerana UVA adalah sinaran yang dapat menembusi lapisan kulit. Jadi, UV A merujuk kepada 'Aging' (penuaan), maka kulit akan mudah berkedut, tua, kusam dan terjadi jua beberapa masalah kulit lain.

Tapi anda semua jangan risau, kerana sekarang banyak brand yang telah menggabungkan kedua-dua sinaran (UVA/UVB rays) ini kerana kedua-dua jenis ini dapat membantu untuk melindungi kulit kita dari sinaran merbahaya dan mudah rosak jika tidak memakai pelindung. 

Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+  PA++++ ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan tidak mudah kelihatan telah diformulasikan dengan hyaluronic acid dan Damask Rose untuk memastikan kulit anda tetap segar dan hidrasi sepanjang hari tanpa timbul rasa kasar dan kesan putih pada kulit.

Tekstur Ringan Dengan Perlindungan UV Yang Kuat
Dihasilkan dari formula bukan kimia dengan tekstur dan cecair yang ringan untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Jadi, anda tidak perlu risau kerana Althea Petal Velvet Sunaway ini mengandungi kedua-dua rays tersebut.


Penghalang Serbuk Mikro
Zarah mikro akan menyerap sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit untuk memberi kesan ringan semasa penggunaan manakala asid hyaluronik menambah kelembapan dan kulit terhidrat sepanjang hari tanpa peluh dan minyak yang berlebihan.

Advanced Non-Chemical UV Filter
Dengan menggunakan penapis UV tanpa kimia terkini, sapukan sunscreen ini secara rata di kulit dengan lembut tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit seperti sunblock (pekat). Dan ternyata  dengan formula yang telus ini, ianya berkesan kerana tiada kesan cecair putih pada kulit.

Damask Rose Extracts
Di dalam Althea Petal Velvet Sunaway, ekstrak Damask Rose telah digunakan di dalam sunscreen untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Damask Rose ini mengandungi nano molecular semulajadi dimana ianya kaya dengan vitamin untuk menembusi ke dalam kulit, sensitif yang menenangkan dan minyak Geranium menguatkannya untuk memberi kulit berseri dan menyembuhkan jerawat.

Mesti Ada Althea Petal Velvet Sunaway Ini Untuk :
  • Penggunaan harian - Mereka yang perlukan penggunaan yang panjang dan sunscreen perlindungan yang kuat untuk setiap hari.
  • Kelembapan kawalan sebum - Mereka yang inginkan sunscreen yang lembap, tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit, kulit yang kasar dan meleket.
  • Semua jenis kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

Althea Petal Velvet Set

Untuk dapatkan kesan yang lebih ringan dan lembut pada muka, anda boleh padankan dengan Althea Petal Velvet Powder selepas memakai sunscreen Sunaway tersebut. Kini anda boleh dapatkan juga set Petal Velvet ini untuk kegunaan harian anda.

Althea Petal Velvet Powder yang merupakan loose powder ini mempunyai 3 kod powder iaitu Translucent, Warm Beige dan Pink Lavendar. Ketiga-tiga loose powder ini membantu mengurangkan sebum dan kulit lebih halus mulus dengan molekulnya yang sangat nipis dan ringan.

Gambar di atas menunjukkan WA menggunakan Althea Petal Velvet Set iaitu sunscreen dan loose powder kod pink lavendar. Hampir 3 jam WA keluar dan berdepan dengan cahaya matahari, tapi WA lebih rasa selesa kerana selalunya jika WA hanya guna sunscreen/sunblock biasa, kulit WA akan lebih putih (white cast) dan more watery hingga menyebabkan kulit bercapuk dan rasa likat pada kulit. Tapi apabila guna sunscreen Sunaway ini, ianya cepat meresap ke kulit dan senang untuk apply apa-apa skincare mahupun makeup selepas memakainya dan kulit rasa fresh sepanjang hari.

Untuk dapatkan Althea Petal Velvet Powder atau Althea Petal Velvet Set ini, anda boleh layari https://my.althea.kr/ atau instagram www.instagram.com/altheakorea/ sementara masih ada stok!