Milk Peel Cream Mask | Belum habis guna produk baru keluar bulan lepas Petal Velvet Sunaway, terkini Althea telah mengeluarkan produk baharu lagi iaitu Milk Peel Cream Mask. Sememangnya, produk dari Althea setakat ini WA guna memang tiada masalah malah rasa lebih serasi pula. Aissh, tak sabar pula nak cerita! 

Milk Peel Cream Mask ini mengandungi ekstrak AHA dan BHA, di mana apabila memakainya akan menghasilkan buih yang asalnya dari tanah liat (clay) kepada krim buih bubble secara perlahan-lahan tetapi ianya berkesan dalam mengeluarkan sel-sel kulit yang sudah mati. Turut terkandung di dalam mask ini adalah ekstrak protein susu untuk melembap dan menghidupkan semula kulit dengan lancar supaya kulit jadi sihat.

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Milk Peel Cream Mask ini ialah :

1. AHA & BHA
AHA berfungsi untuk membuang/mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada di permukaan kulit. Manakala, BHA pula untuk mengeluarkan kekotoran dan menanggalkan sebum yang tersumbat di  liang-liang pori tanpa keradangan pada kulit.
2. Milk Protein Extract 
Melembapkan dan menyegarkan kulit dengan kasein yang ada pada vitamin untuk kulit supaya kulit lebih hidrat, lembap dan sihat.
3. Kaolin
Berfungsi untuk mendetoxkan dan mengeluarkan kotoran dari liang pori.

Cara Penggunaan Milk Peel Cream Mask

Jika korang dapat lihat gambar di atas, ianya berubah dari bentuk clay mask kepada cream buih. Cara hendak menggunakannya sangat mudah iaitu :

1. Basahkan sedikit kulit muka dan kemudian picit seberapa banyak yang korang nak sapu pada kulit muka masing-masing.
2. Sapukan dan buat urutan pada seluruh kulit wajah korang.
3. Kemudian dari clay mask akan timbul buih-buih lembut, biarkan selama 30-60 saat sehingga buih timbul dengan banyak.
4. Lastly, tak perlu gosok, bilas dengan air suam sehingga bersih!

Haaa, siap dah! Kulit pun terasa lebih lembut dan segar sahaja.

Feedback WA Menggunakan Milk Peel Cream Mask

Okaylah, WA nak story seikhlas hati ni. Mula-mula memang WA fikirkan mask ini adalah dalam bentuk clay mask semata-mata. Rupanya ia boleh berubah menjadi kepada bentuk krim buih! Seriuslah, Teruja tau nak guna! 

So, WA pun try lah milk mask ni. Mula-mula WA guna memang ia seakan clay mask, tapi lama kelamaan ia berubah kepada krim yang berbuih. Weii!! Muka berbuih laaa.. Bau dia best macam bau susu/bedak bayi. Hehehe... Bila buih timbul, rasa geli pula kat muka tu sebab rasa macam ada benda bergerak kat muka dan macam rasa letup-letup. Hahaha!!!

Then, after basuh memang kulit rasa lembut dan segar je dan pori-pori boleh mengecil tanpa buat kulit keradangan. Boleh lihat video cara WA guna di INSTAGRAM.

Siapa Boleh Guna Milk Peel Cream Mask ini?
  • Sesuai untuk mereka yang jenis kulit kombinasi
  • Masalah liang pori yang terbuka besar
  • Kulit kasar & sensitif yang memerlukan skrub yang lembut
  • Kulit kering yang perlukan kelembapan walaupun selepas exfoliate.
Jika korang ingin dapatkan Milk Peel Cream Mask 50ml ini, korang bolehlah layari website Althea di https://my.althea.kr/ ataupun instagram mereka di www.instagram.com/altheakorea/ .