Matte Liquid Lip Color | Tidak asing lagi, siapa yang tidak kenal dengan satu jenama yang semakin popular di Malaysia iaitu Mary Kay. Nama satu anak syarikat yang kian melonjak naik dan sentiasa berada dihati peminat kecantikan. Bukan sahaja mempunyai keluaran penjagaan kulit (skincare), malah ianya juga turut mempunyai produk kosmetik.
Terbaharu, Mary Kay telah mengeluarkan satu lagi produk kosmetik, iaitu Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color dengan didatangkan 6 warna yang begitu cantik dan menarik untuk memenuhi setiap mood anda. Ini adalah kali pertama WA mencuba produk Mary Kay dan ternyata sangat teruja menggunakkannya dan jatuh cinta dengan matte liquid lip color ini!
Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color mempunyai flexible coverage with a matte finish iaitu dari creamy to matte, dan ia juga boleh mengawal minyak dan bersinar sehingga 8 jam. Jadi, bila anda memakainya, anda akan terasa ringan seperti tiada apa-apa pada kulit bibir. Dengan kehadiran 6 warna ini, ia direka untuk menyesuaikan dengan pelbagai warna kulit.
Formula Attributes :
- Dermatologist tested
- Diuji secara klinikal untuk kerengsaan kulit dan alergi
- Non-Comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)
- Sesuai untuk kulit sensitif
- Fragrance free
- Oil free
Rupa packaging Mary Kay At Play ini sangat ringkas dengan reka bentuk yang sederhana, iaitu cover line putih hitam pada penutup dan line putih pada body dan kelihatan lebih cantik dengan packaging tersebut.
Mempunyai 6 warna yang begitu cantik lagi tertarik. Nak pakai lip color ini tanpa filter? No problem! Rahsia kecantikan bukan pada filter semata-mata, tapi pada keyakinan diri anda! Ya, dengan memakai Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color ini, anda akan lebih yakin, bergaya dan bertahan selama 8 jam kerana ianya lebih bersifat matte finish iaitu tidak mengeringkan bibir tapi mudah meresap dan terasa lebih ringan pada kulit bibir.
WA telah mencuba kesemua warna dan setiap warna memainkan peranan pada kulit dan mood masing-masing. Jom lihat penerangan serba-sedikit mengenai setiap warna.
Description of Shades :
1. Taupe That
Warna seakan nude pink, tidak terlalu terang dan tidak terlalu gelap. Sesuai bagi mereka yang ingin kelihatan simple, natural pada siang hari. Sesuai dipakai untuk pergi berjalan-jalan, meet friends, attend class atau mana-mana event jika tidak mahu kelihatan terlalu menonjol.
2. Pink It Over
Warna ini over sangat tau, terkejut WA sebab tak pernah pakai pink terang. Haha! Tapi bagi siapa yang suka menyahut cabaran diri sendiri tu, boleh je pakai ke mana-mana kerana jika anda confident, anda akan kelihatan lebih cantik! Pakai bila-bila masa anda rasa sesuai especially hari yang cerah!
3. Pink Shock
Warna Pink Shock ini kelihatan lebih terang dan ke arah kemerahan sedikit, sangat cantik jika dipadankan dengan outfit yang lebih santai atau baju pejabat. Sesuai dipakai pada apa-apa majlis dengan gaya feminin atau yang suka dengan gaya yang lebih menonjol.
4. Neon Nectarine
I'm so impressed dengan color ini tau! Sebab color dia oren more to red! Senang kata macam merah menyala. Bagi yang sukakan aktiviti yang more to outdoor, shopping or so on, dan suka kelihatan lebih ranggi boleh try color Neon Nectarine ini.
5. Red Siren
Sebagai satu amaran bagi siapa yang memakai warna Red Siren ini. Boleh berdarah hidung bila lihat si pemakai memakainya. Haha! Antara warna favourite WA iaitu merah gelap yang terang. Untuk membuat anda lebih menonjol boleh pakai Red Siren pada waktu malam untuk night makeup dan pergi event waktu malam. Juga sesuai dipakaikan pada pengantin untuk majlis persandingan supaya diri pengantin lebih menonjol. Terasa seksi gitu!
6. Vivid Violet
Warna purple gelap pada permulaan, tapi apabila dikenakan pada bibir, ianya matchkan dengan warna kulit dan kelihatan lebih pada merah gelap. WA suka dengan color macam ni kerana ianya lebih kelihatan menarik lagi-lagi bila dikenakan dengan night makeup look.
Ianya kelihatan creamy pada permulaan, tapi akan menjadi kepada matte finish dan lebih bersinar walaupun ianya mudah meresap ke bibir tanpa terasa memakai apa-apa pada bibir. Serius! tak semua matte liquid seperti ini tau. Memang jarang sangat. Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color ini lebih kurang macam lipmatte dari Thailand yang WA pernah pakai sebelum ini.
By the way, WA memilih 3 warna paling hot iaitu Neon Nectarine, Red Siren dan Vivid Violet sebagai koleksi baru WA untuk dipakai pada waktu malam. Auuuwww!~~ Dan 3 warna lain untuk dipakai pada waktu siang. Yang penting, ianya tidak keringkan bibir dan sangat selesa mengenakan kesemua pilihan warna tanpa ragu-ragu lagi.
What About Price?
Limited Edition
Mary Kay At Play Matte Liquid Lip Color (6.5g) - RM39 per piece!
Where To Get?
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Mary Kay Independent Beauty Consultant 03-77117500 atau lawati www.marykay.com.my.
Facebook : www.facebook.com/MaryKay.com.my/
Instagram : www.instagram.com/marykaymysg/
23 Comments
Packaging Lip Mate dari Mary Kak ni nampak seksi sesuai untuk remaja. Brand MK mmg bagus kan. Ramai kawan perempuan cakap.hehehe
ReplyDeleteWah... banyak betul pilihan warna dia! Bolehlah nanti buat surprise untuk kakak atau mak. Haha. Brand MK pun agak popular juga sekarang kan?
ReplyDeleteI tak pernah try this Brand before. Dengar tu selalu. Suka tengok color range baru ni. Super gorgeous!
ReplyDeleteso pretty colors, I like them all. I am thinking which I most like, so hard to choose all colors so pretty!
ReplyDeletekak lily suka yang vivid Violet tuh, tak terang sangat dan tak gelap sangat pun warnanya
ReplyDeletesyoknya tengok banyak2 macam ni.. rasa macam geram je.. huhu.. TB suka pacakging dia.. cantikkk pink2 gitu.. terjatuh cinta plak tengok color2 lipmatte ni
ReplyDeleteaida pakai lipstik MK tapi yg lain.
ReplyDeleteyg ni kurang sesuai. sebab matte kan.
bibir aida tak sepadan pakai ni. bibir jenis cepat kering :(
lipstik MK memang ohsem.
Bella tak pernah try matte lipstick. Entah la, Bella lebih suka lipstick yang nampak "wet" atau ada sedikit glitter. Also, maybe bukan semua org boleh pull off matte lipstick? At least, pada pandangan Bella hehe.. Anyways, cantik warna2 tu on Wawa.
ReplyDeleteWah byk yg color terang . Xramai yg berani pakai lipstick yg terang2 slalunya yg soft.. Nice juga koleksi colornya6.. Harga pn ok
ReplyDeleteCantiknya colornya.. mmg cantik klau org kulit cerah pakai..packaging pun cantik dah macam magic color je.. comel sgt
ReplyDeleteCantik2 gak ekk color color dia. Terberkenan pulak gan Pink Shock tu..sweet je kalau pakai. Nanti dah abis lipstik kat umah yang berlambak ni, boleh le sis cuba yang ni pulak
ReplyDeleteSukanya tengok lipstik dari Mary Kay ni. Pilihan warna pun banyak dan cantik-cantik. Dalam banyak2 tu saya nampak Neon Nectarine macam best je.. nak try la. KEbetulan lipstik saya pun dah nak abis tu
ReplyDeletenot bad kaler2 dia..k.fiezz suka taupe that..nampak simple & natural...
ReplyDeleteBanayk betul pilihan warna yang ada untuk lipstik ni kan. nak matching dengan baju dan aksesori pun senang
ReplyDeletekita suka kumpul lipstik..
ReplyDeletetapi masalahnya satu je. bila keluar asik la pakai yang sama..
tergoda juga dengan hat ni..
cantek2 warna dia..paling ssuka warna lembut sebab senang nak matching dengan pakaian harian...plg best ada banyak pilihan warna menarik..
ReplyDeleteArghh rasanya dah berkenan dengan warna neon necterian...menyerlah warna dia. Warna yang lain2 juga cantik
ReplyDeleteCantiknya warna dia, Kalau minum melekat tak lipstick Kat cawan
ReplyDeleteCantiknya warna.. Berkenan pulak tengok mk lips ni terang2 lawoooo
ReplyDeleteSuka taupe tu.. warna nude.. anytime boleh pakai.. kena de gak salah 1 dri warna2 ni
ReplyDeletenice color! I like the pink~ hope it will not too expensive :P
ReplyDeleteTengok lips tip brand ni tertarik sangat dengan pakaging dia, walaupun kita ni lelaki. Warna2 dia pun cantik. Serius nampak memukau. Kalau buat hadiah kt hf ok tak ni? Eh. Hehe
ReplyDeletesaya pengguna MK sejak 2015;)
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)