Exfoliate Bibir | Pernahkah anda mengalami kulit bibir yang kusam, kering dan bibir pecah-pecah? Jika anda pernah atau sedang mengalami situasi sebegini, anda perlulah menekankan keadaan bibir anda supaya kulit bibir anda menjadi sihat.
Bukan itu sahaja, dengan pemakaian lipstick setiap hari boleh membuat kulit anda terdorong menghadapi simptom-simptom seperti itu? Dengan lipbalm juga tidak cukup untuk melembapkan bibir kerana bibir juga memerlukan exfoliate. Untuk mendapatkan kulit bibir yang halus dan mulus kita perlu exfoliate bibir juga. Maksud exfoliate bibir adalah untuk membuang atau menghilangkan sel-sel kulit mati yang ada pada kulit yang boleh membuat kulit bibir menjadi kusam, hitam, kekeringan dan kulit bibir pecah-pecah. Jom kita ketahui sebab kenapa kita perlu exfoliate bibir.

Ketahui Sebab Kenapa Perlu Exfoliate Bibir

1. Mudah Dilakukan
Setiap kali penjagaan muka mahupun badan, mesti orang akan terfikir kena pergi ke salun kecantikan untuk buat rawatan, tapi tahukah anda bahawa dengan exfoliate bibir sendiri, ia dapat menjimatkan kos dan bahan-bahan juga mudah didapati di pasaraya. Anda boleh membuat lipscrub sendiri di rumah dengan menggunakan bahan dapur seperti gula perang halus & madu dan lain-lain. Atau boleh sahaja beli mana-mana lipscrub dan buat dirumah sambil menonton TV.

2. Menanggalkan Sel Kulit Mati
Dengan membuat exfoliate, ia sebenarnya membantu pergalakkan pertumbuhan kulit baru pada kulit dan membuang sel kulit mati atau yang kering. Bayangkan jika anda mengenakan lipstick, tapi tak exfoliate bibir, kulit semakin kering dan pecah-pecah, kemudian anda akan salahkan lipstick. Punca utama adalah anda tidak exfoliate bibir anda terlebih dahulu!

3. Permukaan Bibir Menjadi Halus
Selepas anda mengexfoliate bibir, anda akan dapati bahawa kulit bibir anda menjadi lebih halus dan tidak terasa kasar seperti sebelumnya. Jadi, anda kenalah rajin-rajinkan diri untuk exfoliate bibir paling tidak 3 minggu sekali.

4. Bersihkan Sisa Makeup
Mesti anda pernah bersihkan makeup tapi kawasan bibir sangat susah untuk tanggal. Sampaikan anda tonyoh-tonyoh barulah hilang. Anda boleh ubah dengan cara exfoliate bibir selepas makeup, kerana kulit bibir kebanyakkannya akan kekeringan apabila sudah lama memakai lipstick. Jadi sesuailah untuk anda mengexfoliate bibir. Tapi jangan kasar supaya kulit bibir anda tidak sakit selepas membuang sel kulit mati.

Amalkan exfoliate bibir anda 3 kali seminggu. Tapi jika anda kurang rajin, buat bila perlu. Tapi jika ingin dapatkan kulit bibir yang halu mulus kenalah rajin exfoliate. Asalkan jangan gosok terlalu kuat, hanya buat urutan perlahan pada bibir sehingga sel kulit mati tanggal dengan bersih.