Monday, August 13, 2018

# beauty # mask

My Beauty Mask by My Product Co Review


My Beauty Mask | Pernah tak korang addict sangat dengan mask? Best sebenarnya pakai mask ni kan? Dalam step daily routine skincare mask pun termasuk tau. First of all, WA nak ucapkan terima kasih kepada Mamasan Tammy Lim sebab bagi peluang WA untuk mencuba mask dari Korea. Yaaa, from Korea tau bukan dari sini.

Haritu Tammy ada bagi peluang siapa beauty blogger nak try then WA pun apply, ada rezeki ada lah kan. Tak sangka a few weeks dapat email diterima untuk review. Thank you Tammy and thank you too pada My Product Co sebab sponsor mask pada kami! Weeeeee~~~

Sedikit keterujaan (padahal terlebih excited!) sebab ini kali pertama WA nak mencuba mask jenis hydrogel mask. Yelah, sebelum ni kita try yang sheet mask biasa je kan. So kali ini kita cubalah kelainan pula ye daakkk???

My Beauty Mask merupakan 100% mask yang diperbuat dari Korea dari segi pembikinan, bahan-bahan yang dikilangkan, lakaran dan pembungkusan. Menarik kan? Dan yang specialnya ini juga kali pertama WA mencuba mask dalam bentuk hydrogel tau. Ada 3 jenis mask iaitu :

1. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask
2. Ginger Gold Hydrogel Mask
3. Rice Sheet Mask

Mask ini bebas dari 8 jenis bahan yang merbahaya antaranya ialah Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, Coal Tar Dyes and Aminal-derived ingredients dan diterima oleh dermatology tested. Selain itu, My Beauty Mask turut mengandungi 12.5ppm iaitu 99.9% emas tulen, dimana ia dikenali sebagai antioksidan dan mencegah penuaan kulit.

Dalam My Beauty Mask ini, antara bahan yang paling utama digunakan ialah madu tulen. Madu terkenal dengan vitamin, asid amino, mineral dan kepekatan antioksidan semula jadi yang sangat tinggi bagi membersihkan dan melindungi kulit. 

Jom kita lihat bagaimana rupa hydrogel mask ini!

Packaging hydrogel mask ini sangat bagus sebab ia menitikberatkan kualiti mask tersebut. Dibungkus dengan kemas dan diletak kertas plastik keras supaya mask tidak terlalu lembik tanpa ada penghadang dari ia jatuh. Nampak tak plastik jernih keras tu??

Then ada lapisan kertas putih macam ni juga untuk cover bahagian luar mask.
kertas lapik putih dibuka, sangat teliti pembungkusan dia
Ini lapik bahagian dalam mask pula. So hydrogel mask memang dijaga rapi

Haaa, korang nampak kan secara kasar bagaimana hydrogel mask ini dipacking dengan begitu kemas? Sebab hydrogel mask ini bersifat gel (lembik), jika tiada pembungkusan seperti ini mask tersbut akan mudah terkoyak.

Honest Review Wawa Menggunakan My Beauty Mask by My Product Co

1. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

Menggunakan 100% red ginseng dari Korea dan diproses untuk digunakan dalam My Beauty Mask ini untuk melambatkan penuaan, mengecilkan pori-pori wajah, menghaluskan kulit, dan mencerahlan kulit jika konsisten.

Honest Review :
Pertama kali mencuba mask ini, agak kuat jugalah bau ginseng. Maklumlah, hidung ni susah betul nak bau herba-herba ni. Hehehe... Tapi once dah apply kat muka, rasa sejuk dan segar je. Dan paling best ia menenangkan minda tau. Caye takk??? Itulah yang Wawa feeling tau. Tapi jangan risau sebab bau ginseng ni cuma kuat masa baru nak apply je, then after a few minutes akan bau madu campur ginseng... 

2. Ginger Gold Hydrogel Mask

Menggunakan 100% halia yang ditanam di Korea dan semua maklum bahawa halia ini tinggi antioksidannya dan dapat membantu melindungi dan meremajakan kulit kita! Auuchhh :)

 Honest Review :
Ini merupakan kali ke-2 Wawa apply mask Ginger sebab yang pertama mula-mula pakai (sebab tak tahu ia lembut sangat) koyak weiii, Hahha!! Nasib baik yang ni tak koyak. Sebab tu packaging hydrogel lebih safety. Yang Ginger ni Wawa suka sebab bau halia tak kuat, malah muka rasa tenang je bila apply mask ni. Dan kulit pun rasa halus mulus je tau.. Malah liang pori Wawa masa ni makin mengecil. Ehh, serius tak tipuuu!

3. Rice Sheet Mask

Menggunakan beras yang di tanam di wilayah Gyeonggi, Korea kerana kualiti berasnya. Kelebihan beras ia merupakan sumber karbohidrat dan protein yang sangat baik dan pelbagai vitamin dan juga mineral. Dengan kehadiran nutrisi yang banyak, ia membantu mencerah dan menghidratkan kulit.

Honest Review :
Rice mask ni memang best gila. Korang pun tau kelebihan beras ni kan? Boleh membantu mencerahkan kawasan muka yang tidak sekata supaya kelihatan cerah, segar dan halus kulitnya. Mask ini sepert mask yang biasa tapi fungsi dia sangat best. Wawa dapat rasakan masa apply, kulit lebih tegang dan makin anjal dan bila selesai, kulit lebih cerah sekata dan halus mulus.

 Mana Satu Favourite Mask Wawa Setelah Mencubanya??

Hmmm, agak susah nak beri jawapan. Hahha! Ikutkan semuanya WA suka tau sebab WA jenis hantu mask. Banyak dah koleksi mask yang WA ada lagi-lagi mask dari Korea. Tapi kalau ikutkan WA akan pilih Ginger Gold Hydrogel Mask sebab bau dia yang tidak terlalu kuat, half-half orang kata. Dan dia membantu melegakan muka dengan kandungan antioksidan yang ada pada halia.

My Beauty Mask yang WA dapat ini berharga :

Red Ginseng Gold Hydrogel Mask - RM100/USD25 (5pcs)
Ginger Gold Hydrogel Mask - RM100/USD25 (5pcs)
Rice Sheet Mask - RM28/USD9 (3pcs) 

Kalau korang ingin mencuba mask original dari Korea ini, korang boleh dapatkan di www.myproductco.com atau instagram www.instagram.com/myproductco/

24 comments:

  1. sama la Wa..kak fiezz ada yg terkoyak masa nak letak..tak pasan pun..dh letak kat muka baru nmpk terkoyak sikit kat bhg.dahi..gitu la lembutnya mask ni..tapi best..yg red ginseng, k.fiezz pakai, sejuk je muka...

    ReplyDelete
  2. Patut la kulit wawa glowing ni rahsianya mask daripada korea nanti nak try guna la hihihi

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya tengok wawa try semua mask-mask ni! thanks a lot for the details review, senang nak buat perbandingan in case tak boleh nak try beli semua dulu sekaligus kan haha. macam best laa semua mask nii, rasa nak try jugak laa nanti 😍

    ReplyDelete
  4. wawa ni macam TB lak.. tak boleh bau herba2 kuat sangat.. huhu.. tapi lama2 pakai mask ni amrasa ok sikit kan.. masa mula2 je kuat bbau dia

    ReplyDelete
  5. Akak dah cuba tapi akak lebih suka yang ginger ngan rice sheet tu..yang ginseng tu ada bau ginseng yang kuat..akak jadi pening kepala..overall emmang best la mask ni kan...fantastic sangat...akak nyer entry publish esok..hehe

    ReplyDelete
  6. Bestkan pakai mask, zira suka sebab Muka sejuk je bila pakai mask

    ReplyDelete
  7. owh mask ni pun ada macam-macam type rupanya. Selalu tgk wife je pakai..tak pernah nak amik tahu lak.

    ReplyDelete
  8. wow. best la wawa dpt cuba mask berjenis-jenis.
    pastu baru decide mana satu pilihan hati utk beli, kan.
    and nampak selesa aje wawa guna tu.
    mask aida jenis bwk tido. seminggu 2 kali aje. tu pun kalau teringat :) ha ha ha ha
    tapi wajibla ber mask. jgn tak langsung, kan.

    ReplyDelete
  9. Mask pun ada macam-macam jenis yer hehehe bestlah orang perempuan lepas ni makin suami makin sayang sebab hari-hari salin kulit nak bagi cantik wakakaka.. Nampak macam best jer pakai kita nak cuba juga boleh hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Sis pun suka gak pakai mask..tapi yg murah je..hehehe. nampak best pulak tgok mask ni, tapi tu lah..nak cuba mahai le pulak

    ReplyDelete
  11. Akak paling suka yg red ginseng tu.. bau mmg kuat tapi akak suka sebab bau dia bagi akak releks la jugak..best..nak kena beli la wat stock byk2

    ReplyDelete
  12. Rice mask tu macam menarik juga. Saya memang paling suka pakai mask sebab mcm terapi juga. Terapi utk muka. Pakai sejuk2 best

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum dan selamat pagi dari Ibu, nak cantik dan lawa pakai produk yang menggunakan bahan semulajadi lebih selamat dan menyakinkan

    ReplyDelete
  14. Mama singgah blog walking, pakai topeng muka untuk dapat kulit cantik dah di terima oleh orang Malaysia yang pentingkan imej.

    ReplyDelete
  15. Bagus juga dapat pakai topeng muka ni kan, tapi lelaki macam saya ni lasak, tak payah lah nak pakai topeng muka ni

    ReplyDelete
  16. YESSSS! UNTUK MASK KALI INI ONIE TAK SEMPAT NAK JOIN BUT HAPPY TENGOK KORANG PUNYA SHARING ABOUT THIS MASK. :)

    ReplyDelete
  17. wow rabia tak cuba pakai lagi mask ini.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis wawa. Pakai topeng dan mask ni boleh guna masa kita nak relaks.

    ReplyDelete
  19. Kak Rose pun suka pakai mask. Rasa relax je masa pakai, dan hasilnya kulit rasa soft jer.. Kak Rose memang suka yang rice tu Wawa :)

    ReplyDelete
  20. wahhh kak wawa pakai mask..patutlah cantik je kak wawa.

    ReplyDelete
  21. Bestnya tgok wawa pakai mask ni. Dah lama x pkai mask ni. Makin cun la wawa

    ReplyDelete
  22. suka pakai masker. lagi2 lepas da letak dalam fridge kasi sejuk. kalo travel pun usually memang bawak mask yang sheet ni daripada yang krim ke tube ke..

    ReplyDelete
  23. Best nyerr tengok wawa pakai musk tu. Mesti kulit muka rasa segar je kan

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)