Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam | Dalam minggu lepas pada 25 Julai 2018 hari Rabu WA telah pergi ke Sepang untuk menghantar mertua pergi menunaikan haji tahun ini. Memandangkan WA bertolak bersama keluarga mertua dari Johor, kami bertolak awal pagi. Husband pula ambil cuti 2 hari sampai Khamis (Johor cuti Jumaat & Sabtu). Dah memikirkan nak stay mana. Selepas selesai hantar mertua, mujurlah akak ipar berada di Shah Alam dan kami menetap semalaman di sana.
Kemudian, pada hari Khamis tersebut WA sempat booking satu hotel yang berdekatan dengan rumah akak ipar sebab kami cadang memang nak stay semalaman lagi kat Shah Alam. Akhirnya WA tertarik dengan satu hotel ini sebab mungkin kerana design dan tema dia.
Inilah dia rupa dari luar Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam. Untuk pengetahuan anda, Hotel De Art mempunyai 5 cawangan keseluruhannya. 3 cawangan di Shah Alam iaitu Hotel De Art Seksyen 7, Hotel De Art Seksyen 19, Hotel De Art I-City, dan yang terbaru adalah Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam, dan juga Hotel De Art USJ 21 Subang jaya.
Hotel De Art merupakan hotel Malaysia pertama yang bertemakan seni. Setiap cawangan mempunyai tema yang berbeza iaitu :
- Hotel De Art Seksyen 7 - Tema Wallpaper
- Hotel De Art Seksyen 9 - Tema Hope & Inspiration
- Hotel De Art Seksyen 19 - Tema 3D
- Hotel De Art I-City - Tema Fantasy Wonderland
- Hotel De Art USJ 21 - Tema English Garden
Dan dalam hotel tersebut, setiap bilik mempunyai design berlainan. Sangat rambang mata nak pilih bilik mana yang korang berkenan. Kalau korang nak booking Hotel De Art, kena cepat-cepat tau sebab kebiasaannya pada hari minggu dah full lagi-lagi bilik yang wow! Hehehe... Jom kita lihat bilik mana yang jadi pilihan?
Untuk parking korang jangan risau sebab banyak parking sebab hotel ini sederet kedai-kedai. Cumanya, pihak hotel hanya ada 5 petak parking khas (bertanda merah) sahaja dan ianya percuma untuk pelanggan hotel tanpa kupon. Tapi siapa cepat dia dapatlah. Kalau tak dapat, jangan khuatir sebab boleh je parking kat tempat lain (bertanda kuning) tapi kena ada kupon tau sebab itu tempat majlis perbandaran punya. Kupon boleh dapatkan dekat kaunter hotel secara percuma juga.
ruangan lobi & kaunter
Bila dari luar nampak macam biasa je kan? Tapi buka je pintu masuk, ruang lobi dia cantik kan? Siap ada ruang duduk dan buai lagi. Bukan itu sahaja, malah ada juga ruang jual makanan ringan kalau-kalau lapar tengah malam malas nak kedai ke kan. Hehe...
- lift -
Siapa kata hotel bajet macam Hotel De Art ni tak ada lif? Selalunya hotel bajet jarang sediakan lif kan? Macam dulu pernah menginap kat hotel Nilai, dahlah 4 tingkat tapi tak ada lif langsung. Penat kau nak mendaki ke tingkat 4. Haha! Tapi bestnya Hotel De Art ni walaupun 2 tingkat (tak silap aku tak ingat) tetap ada lif tau. Best takk best???
Jom ke bilik. Bilik WA menghala ke kiri :)
Kemudahan seterika disediakan. Betul-betul berada depan pintu bilik WA. Senang! :)
Tadaaa~~~ Cantik tak bilik WA? Rasa macam istana pula bila nampak katil bilik ini. Bilik WA adalah bilik bernombor 103 dengan tema yang dinamakan Your Royal Highness. Haa, sah untuk diraja. Hihi... Berangan sekejap jer...
Bila nampak katil ni, rasa macam nak stay lama-lama. Tidur pun empuk tilam dan bantal. Lena sampai tak sedar-sedar. Bolehlah lepas ni nak pasang katil ala-ala macam ni. Baru rasa syok tidur tanpa gangguan.. Kekekeke!~
Untuk dalam bilik, antara kemudahan yang disediakan ialah :
- Queen sized bed
- Free-High speed WIFI
- Writing desk
- Electronic key card system
- Window
- 32" LCD tv with selected satellite channels
- Direct dial telephone
- Ensuite bathroom with Hot shower
- bathroom -
Untuk bilik air, semua kemudahan seperti berus & ubat gigi yang hotel sediakan, shampoo dan shower gel dan pengering rambut. Cuma kipas dalam bilik air tak hidup. Tak sure lah dia memang tak berfungsi lagi atau tak hidup. Sebab selalunya hotel akan ada kipas untuk keringkan bilik air untuk setiap bilik air.
nak selfie juga.. Weeeee~~
Sejenis suka selfie depan cermin bilik air. Hahaha! Warna bilik WA ni warna emas-merah-putih. Rasa menarik sangat design dan warna dia. Kebetulan memang warna kegemaran WA. Design wallpaper tidak terlalu crowded tapi sedap mata memandang. No wonder Hotel De Art Seksyen 7 dikenali dengan tema wallpaper kan?
Walaupun hanya dapat stay sekejap 2 hari 1 malam di sini, tapi rasa seronok sangat sebab kalau bosan ke apa boleh lepak kat kedai makan sebelah hotel, Siti Bistro. Kalau bawa baju sikit ke apa nak basuh, pergi je ke dobi sebelah hotel juga. Senang sangat tak rasa terbeban nak bawa baju kotor balik. Hehehe..
Sebenarnya turut disediakan sarapan. Tapi maaf sangat-sangat sebab WA tak sempat nak tangkap gambar sarapan sebab dah kelaparan sangat. Sarapan disediakan pihak hotel dan boleh makan di kedai sebelah iaitu Siti Bistro. Sedap sangat. Ada mee, ada nasi lemak, air teh dan air kopi. Pilih je mana yang berkenan.
Sebelum check out, WA sempat bergambar bersama staff yang mesra pelanggan (maaf lupa tanya nama) Heheheh!! Senyum aje dia. Terima kasih sudi layan pelanggan macam WA ni. InshaaAllah masa lagi, WA nak cuba menginap di cawangan lain pula. Rasa tak puas pula bila dah stay kat Hotel De Art ni.. Rasa macam tak nak check out! Hahaha ~
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi mereka di :
Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam
3, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Waze : Hotel De Art Seksyen 7
Email : info@hoteldeart.com.my
Telephone : +603 5518 0975
Atau anda boleh layari laman sesawang berikut :
Website :
Facebook :
Instagram :
35 Comments
Cantik gila deco hotel ni. lain dr yg lain hotel dia, siap ada tema bagai..
ReplyDeleteKalau CR berpeluang ke sini, CR plih hotel yg tema 3D tu..hee
Cantiknya design dia ,zira duk Klang pun Tak pernah pergi Sana. Mahal Tak 1 malam
ReplyDeletewah cantiknye hotel tu..mmg berseni sgt2x..bp rm satu malam wawa?
ReplyDeleteLawa sgt ni.. terbaik la.. selesa je tgk
ReplyDeletecantik jugak interior hotel ni :D
ReplyDeleteohh banyak rupanya cawangan hotel nie..menarikk teringin nak g check juga lah one day
ReplyDeleteKalau duduk rasa tak nak balik je kan sebab hotel ni lawa dan unik.. Jarang jumpa ada design2 mcm tu
ReplyDeletedah tengok semua tempat dekat web dia, memang menarik..banyak tema..nanti nak duduk salah satu hotel la..hehee
ReplyDeleteMemang cantik snagat snagat dekorasi hotel nih wa. Luar pun menarik dalam apa ntah lagi kan. Nanti nak jugak merasa tido dekat De art hotel nih
ReplyDeletecantik bilik wa tu..betul2 feeling royal duk bilik tu..hehe..tengok katil dia pun, mak aihhh..rasa nak keluar bilik pun malas..dah la cantik hiasan dinding dia...dekorasi dia..tertarik sangat..haritu ada gak k.fiezz ternmpk yg caw.subang jaya punya..tgk dari luar pun, dah wow..tak masuk dalam lagi tu...
ReplyDeleteI love their hotel decor, every corner is so cool and can take many photos there.
ReplyDeleteMacam terasa nak stay kat hotel ni je.. macam selesa je TB tengok..
ReplyDeleteWow... bestnya. Klu ada peluang ke sana nak juga stay hotel hotel 3D tu confirm .
ReplyDeletemenarik nya wawa. kita rasa terkagum tengok hotel ni la.
ReplyDeleteSelalu je nampak hotel de art ni masa lalu dekat area ni. Tapi tak pernah jejak lagi. Nampak mearik gila sebab deko dia. Nanti sesaje nak duduk sini semata-mata nak merasa tidur dekat hotel art macam ni lah even rumah dekat hahahha
ReplyDeletekak lily dah pernah tidur kat sini, memang cantik hotelnya
ReplyDeletewow. aida berkenan katil nyer tu.
ReplyDeletehamboi, mcm queen rasa nyer tido situ.
and idea sungguh kreatif owner hotel ni.
lain dari yg lain :) terbaik lah.
alang-alang singgah sini komen-komen, aida da folo ur blog, wawa :)
ReplyDeletehaha such a colourful hotel. Kids will definitely love them so much.
ReplyDeleteCantik betul hotel ni. Syira banyak kali lalu. Lalu jelah. Check in tak penah. Hehehe tapi review best2 pasal hotel ni
ReplyDeleteBilik nampak cozy dan selesa . Jarang ada hotel ada 5 cawangan konsep berbeza. Selalunya cawangan mesti konsep yg sama je kan .Skrg ni mmg hotel bajet pun dah makin lawa.
ReplyDeleteCantik sangat wakk hotel ni! Memang unik dan kreatif! Lepas tu paling best sebab harga dia pun berbaloi. Yaya teringin nak pergi yang dekat iCity tu hihi
ReplyDeleteTerkejut Rawlins tengok katil mewah tu. Wow! Tak sangka budget hotel boleh dihias sebegini indah. Sewajarnya semua hotel kena buat begini agar dapat pelawat berulang datang kan.
ReplyDeletecantiknya decoration dia. katil tu dah macam katil ala-ala tinggal dalam istana gitu. dapatlah feeling2 macam puteri raja. btw dekat je hotel ni dengan rumah ainy. kalau family datang jenguk ainy bolehlah bawak family stay sini. harga pun berpatutan.
ReplyDeleteBestnya dapat dok kat hotel cam ni..kalau sis dapat dok sini memang seluruh ruang le dok snap gambor...cantik sesangat. Satu hari nanti nak try le dok sini...cam best je
ReplyDeleteWah! Cantik sangat hotel ni..
ReplyDeleteSuch a pretty hotel to do ootd shots after reading I wanna drop by and stay a night.
ReplyDeleteKerap lalu hotel ni, biasalah orang klang dan shah alam. Jadi tak rasa teringin nak tinggal. Sebab selalu lalu. Tapi tengok gambar memang lawa design dalaman
ReplyDeleteLokasi hotel ni dengan rumah ibu memang tak jauh pun. Alhamdulillah bolehlah cuba nanti bermalam sekali kat sini
ReplyDeleteselalu nampak hotel ni tapi tak pernah singgah. kalau ada event at uitm shah alam hotel ni antara yang terdekat..tapi art hotel ni memang dekorasinya sangat cantek!
ReplyDeleteCantik interior concept dia..suka hotel2 mcm ni...katil tu ur highness sangat wa...
ReplyDeleteWahh. Suka lah dengan dekorasi bilik dia. Paling unik sebab setiap cawangan ada konsep yang tersendiri. Kena cuba nanti ni.
ReplyDeleteCantik kan konsep hotel De'Art ni. Suka tengok mereka punya idea. Kita pun jadi tertanya-tanya cawangan lain macam mana la rupa dia. Hahaha. Security dan environment hotel memang bagus. Yang cawangan wawa pergi ni bagus. Sebab ada kedai makan. Hahaha
ReplyDeleteCantik gilerr blk tu, berkenan btl kat katil tu...mood honeymoon dh dtg
ReplyDeleteCantik hotel ni, harga pn berpatutan
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)