Clay Mask ID.AZ Dermatic | Hello gaiss.. Siapa sini suka sangat pakai mask? Tak kesahlah mask apa-apa pun. WA suka sangat pakai mask, time muka kering, time sebelum tidur. Tapi kali ini, WA nak share dengan korang mengenai satu jenama mask ni iaitu ID.AZ Dermastic yang berasaskan clay mask. Jarang kan korang pakai mask jenis clay ni? Meh, WA share apa yang best mengenai clay mask ini.

Pengenalan ID.AZ Derm

ID.AZ Dermastic Clay Mask ini sebenarnya telah dihasilkan oleh sebuah hospital kecantikan terkemuka di Korea iaitu ID Hospital atau dikenali sebagai 'Asia Beauty Care'. Di hospital ini mereka menumpukan beberapa bahagian mengenai kecantikan iaitu :
  • Orthognathic Surgery Centre
  • Facial Countouring Centre
  • Anesthesiology Pain Management Centre
  • Anti-Aging, Lifting Centre
  • Breast Surgery Centre
  • Eyes, Nose Surgery Centre
Clay mask ini sebenarnya sudah lama dikenali dari zaman purba lagi, kerana menurut kajian clay mask sangat bagus dalam menyerap minyak di kawasan muka dan membantu memudarkan jerawat dengan cepat. Dalam carian Encik Google ramai yang telah menceritakan pelbagai kelebihan clay mask berbanding mask yang lain. No wonder clay mask sekarang lagi laku :)


Ada Berapa Jenis ID.AZ Dermastic Clay Mask?

Sebelum ini, ID.AZ telah mengeluarkan mask jenis sheet mask, dan kali ini didatangkan dalam bentuk clay mask. Ada 4 jenis ID.AZ Clay Mask iaitu :

1. ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask - T-Zone, No Sebum
2. ID.AZ Dermastic  Pore Clean Clay Mask - Pores, Tightening
3. ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask - Illumination, Skin Tone
4. ID.AZ Dermastic Hydrating Clay Mask - Intense, Moisturizing

ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask
ID.AZ Dermastic Oil Control Clay Mask berfungsi untuk mengawal atau memberi keseimbangan kadar pengeluaran minyak di muka terutama di kawasan T-Zone supaya kulit kelihatan lebih bersih, segar dan sihat (no sebum). Ia menggunakan bahan utama seperti Canadian Clay, Camellia Japonica Flower Extract, Chlorella Minutissima Extract & Avocado Extract.

ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask
ID.AZ Dermastic Pore Clean Clay Mask membantu mengetatkan liang pori, dan membuang sel kulit mati dan memberi ketenangan ketika membersihkannya. Bahan utamanya adalah Hawaiian Misato Clay, AHA/BHA, Blackberry Extract & Charcoal.

ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask
ID.AZ Dermastic Brightening Clay Mask boleh memberi kesan pencahayaan dan membantu mencerahkan tona kulit supaya kelihatan lebih segar. Dalam mask ini menggunakan bahan utama seperti Amazon White Clay, Nymphaea Alba Flower Extract & Vitamin C. 

ID.AZ Dermastic Hdrating Clay Mask
ID.AZ Dermastic Hydrating Clay Mask pula berfungsi untuk menegangkan dan memberi kelembapan pada kulit supaya sentiasa lembut dan tidak terlalu kering. Bahan utama yang digunakan adalah Moroccan Lava Clay, leontopodium Alpinum Extract, Hyaluronic Acid & Buah Delima.

Adakah Ia Sesuai Dengan Kulit Sensitif?

ID.AZ Dermastic Clay Mask sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Clay mask membantu exfoliate kulit supaya sel kulit mati senang ditanggalkan dan kulit menjadi bersih dan segar. 

Siapakah Yang Boleh Guna Clay Mask Ini?

Jangan risau, ianya boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita dan juga yang mengahdapi masalah kulit muka. Ianya dapat di buat di dalam rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana spa untuk rawatan kulit muka.

Gambar di atas menunjukkan WA menggunakan ke empat-empat clay mask pada kawasan yang tertentu dengan jenis clay mask. Untuk warna hijau (Oil Control) WA apply di dahi, batang hidung dan pipi kerana disitulah kawasan yang kerap WA berminyak. Untuk warna kelabu (Pore Clean) WA apply sekitar hidung dan bawah bibir kerana disitu kerana timbul pori terbuka. Manakala, warna kuning (Brightening) WA apply di bawah mata dan bahagian dagu bawah kerana tona kulit WA tidak sekata di area situ. Dan warna merah (Hydrating) WA apply sekitar muka untuk kesan lebih lembap.

Berapa Lama Pakai Clay Mask?

Untuk pengetahuan korang, clay mask ini hanya dibenarkan pakai selama 5 minit sahaja dan jangan biarkan ia kering lama kerana ia boleh memberi kesan kulit kering dan kegatalan di muka. So, korang jangan lupa pula basuh muka selepas 5 minit sapu di muka ya.

Sebab WA pernah cuba pakai lama, saja konon nak lama-lama sampai merekah. Sekali lepas basuh mak aii gatal gila kulit muka. Dan muka rasa kering cepat je. Tapi kalau korang ikut arahan 5 minit sahaja, ianya tidak mengeringkan muka tau. Malah rasa lagi lembap je kulit.

Gambar ke-2 ini pula WA selang beberapa hari berikutnya (tudung je sama, Haha!) dengan clay mask Brightening & Hydrating sebab kulit tengah kering. So WA apply Brightening pada kawasan dahi dan bawah mata sebab tona kulit agak kusam sikit disebabkan cuaca. Dan apply Hydrating clay mask di bahagian pipi, dagu dan hidung kerana kulit kering masa tu.

Feedback Ringkas WA Menggunakan ID.AZ Dermastic Clay Mask

WA suka sangat dengan clay mask ni sebab lebih efektif pada kulit WA berbanding menggunakan sheet mask dan lain-lain. First, bila guna yang Pore Clean kulit rasa macam ehh, ini kulit aku ke? Sebab pores yang besar semua dah kecil kembali dan senang nak apply makeup lepas tu. Second, guna yang Oil Control so far best juga! Sebab dapat mengawal pengeluaran minyak kat muka. Lepas je apply kulit nampak lebih lembut dan segar je. Then, untuk Brightening memang suka sebab kadang-kadang tona kulit kita tak sekata tapi bila apply yang ni rasa macam dapat kulit baru pula. Haaha! Last but not least, Hydrating sangat membantu tatkala kulit WA rasa kering dan kemerahan. 

Semuanya best sangat. Tapi yang penting kalau pakai tu kenalah konsisten! Jangan sekali pakai je. Clay Mask ID.AZ Derm ni paling tidak pakailah dua kali dalam seminggu berturut-turut.

ID.AZ Dermastic Clay Mask in 5 minutes ini telah berada di Malaysia. Dan kini boleh dapati di seluruh Watsons dengan harga RM59/tube sahaja. TAPI...... Watsons sentiasa ada buat sales kan? Sekarang WA tengok sales pun murah. Apa lagi dapatkan segera!