Resepi Ikan Pari Masak Pecel | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan yang ke-5 kita berpuasa pada tahun ini. Bulan-bulan puasa ini, banyak dugaannya kan? Lagi-lagi kalau nampak resepi makanan. Tapi, tahukah anda, dari situ anda ada idea untuk masak apa. Kurangkanlah upload gambar semata-mata dengan caption 'alangkah sedapnya jika dapat air limau asam boi fresh' dengan gambar menggiurkan. Hahaha! Kalau share resepi dapat pahala gak kan? Hihi...

Kali ini, WA nak share resepi dari mak mertua. Korang pernah makan pecel? Serius sebelum kahwin WA tak tahu apa itu pecel dan cara masak macam mana. Haha! Maklumlah orang bandar. Tapi oklah kan orang bandar belajar masak lauk kampung. Dari orang kampung jadi orang bandar tak tahu apa-apa. Gurau jelahh~ Sedappp uuii.. Bahan utama mesti ada kencur atau daun kencur. Malas nak bebel panjang, jom layan resepi dari kampung. 


Bahan-Bahan :
1. Satu ekor ikan pari
2. Bawang putih 5 ulas (tumbuk)
3. Bawang Besar 1 Ulas (tumbuk)
4. Halia 1/2 inci (tumbuk)
5. 4-8 batang cili api (tumbuk)
6. Isi kencur (tumbuk)
7. Daun kencur 5 helai (hiris)
8. Santan kotak kecil

Cara Memasak :
1. Belah ikan pari ikut berapa yang kita mahu. Bakar separuh masak supaya isi ikan tidak pecah.

2. Tumbukkan bahan yang perlu ditumbuk dengan halus/kasar sedikit, kemudian rebuskan bahan yang ditumbuk dengan air. Tidak menumisnya. Terus rebus sekali dengan air (ikut banyak mana nak air) WA letak separuh dahulu. Kemudian, baru tambah kalau mahu kuah lebih.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan pari dan masak semula bagi ia betul-betul masak.

4. Kemudian, letakkan santan (ikut suka rasa lemak atau tak) dan secubit garam dan ajinamoto ikut rasa anda. Dalam gambar kuah tidak berwarna sangat sebab cili tidak banyak & pedas. Kalau pedas ia akan berwarna hijau kemerahan sedikit.

4. Last, letakkan daun kencur bagi menaikkan lagi bau aroma pecel.

5. Siap! 

Mudah kan? WA confuse samada perlu tumis atau tidak. Tapi dua-dua cara boleh digunakan samada menumis atau rebus sahaja. Kalau anda teringin nak buat pecel tapi tak tahu, bolehlah try buat. Sedap sampai jilat jari. Sebelum ni tahu buat ikan pari masak asam pedas je, rupanya masak pecel pun boleh. Hehehhe....