Custom Printed Japan Watches | Hai uolls! Apa hobi uolls bila waktu cuti? Kalau macam WA, hobi WA adalah mengumpul novel atau komik dari Jepun. WA akan pergi ke kedai buku yang ada jual novel atau komik Jepun. Kalau korang nak tahu, nama komersial WA guna menggunakan nama Jepun tau iaitu Wawa Ashihara. Nama Ashihara itu adalah dari nama seorang penulis komik Jepun. Hehehe. Sampai sekarang nama tu melekat. No wonderlah kalau banyak barang dari Jepun WA akan simpan.
Ehh, buka itu sahaja tau, malah makanan Jepun pun WA suka lagi-lagi Takoyaki dan Sushi. Kalau barangan Jepun pula WA memang suka pergi ke Daiso atau Yubiso. Sebab barangan Jepun sangat comel macam orangnya. Hehe. Tak kisahlah cawan ke, aksesori ke memang WA suka. Yelah, bukan senang nak jumpa barang yang lain dari yang lain kan. Tapi baru-baru ini, WA ada ternampak satu posting ni dekat facebook, bahawa kedai tersebut ada membuat servis custom printing jam tangan bercorak Jepun. Mahu tak excited WA oiii! Apa lagi, terjah teruslah. Hehehe.. Nama kedai tersebut adalah BeliSpree!
BeliSpree merupakan salah satu kedai yang menjual jam secara online dan juga offline di Klang, Selangor. Buat pengetahuan korang semua, kesemua jam yang di jual di BeliSpree adalah original 100% Casio. Casio merupakan satu syarikat yang telah dibuat dari Shikuya, Jepun dan telah mengeluarkan pelbagai model seperti Baby-G, G-Shock, Fossil dan lain-lain lagi.
Casio mempunyai design yang tersendiri dan memberi impak dalam penggayaan, trend dengan design yang elegan dan sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. WA merupakan salah seorang pengguna jam tangan jenama Casio. Tapi sebelum ini, WA hanya pakai design yang biasa yang terdapat di pasaran sahaja. Tapi, bila ternampak design ala-ala Jepun ni, makin terlompat kegembiraanlah!
~ 2 design pilihan hati ~
Setelah puas belek-membelek design mana satu yang berkenan, akhirnya WA memilih 2 pasang jam tangan Casio Ae100w series untuk custom printing Jepun ni. Memang nampak lain dari yang biasa. Sebenarnya banyak pilihan warna dan corak yang disediakan sampai WA rambang mata melihat koleksi kesemuanya.
Ini adalah antara koleksi design custom printing Jepun yang ada. Menarik kan? Ada banyak lagi pilihan untuk custom printing ini, korang boleh merujuk di link ini --> KLIK SINI!
Video unboxing
Mesti korang semua nak tahu apa yang ada dekat jam berbentuk digital ini kan? Bukan sahaja berbaloi harganya, malah memang menjadi pilihan yang lain untuk memiliki jam bertemakan Jepun ini. Jam ini mempunyai kelebihan tersendiri. Antaranya ialah :
Kelebihan Memiliki Jam Casio
- Boleh dibawa masuk ke dalam air sejauh 100 meter ( tahan terhadap air) sesuai dibawa ketika berenang
- Mempunyai lampu LED
- Memiliki waktu satu dunia.
- Warranty jangka hayat bateri selama 10 tahun
Wow!! Menarik kan??? Waranti bateri tahan 10 tahun pula tu. Fuhhh! Terbaiklah..
Jam tangan Casio yang bertemakan Jepun ini mempunyai 4 butang utama iaitu Light, Search, Adjust dan Mode. Dan setiap butang tersebut mempunyai pelbagai fungsi.
Fungsi-fungsi yang terdapat di dalamnya seperti :
- World time
- Set 5 alarms
- Countdown timer
- Set hari dan tarikh
- Stopwatch
Korang tidak perlu khuatir kerana di bawah jam telah diselitkan sekali buku kecil untuk rujukan menggunakan jam tangan ini. Amat mudah untuk memahami arahan di dalam buku tersebut.
Jika anda lihat corak jam tangan ini, WA memilih corak yang berdasarkan bangunan zaman Jepun dan juga pokok serta daun. Mempunyai gabungan warna kuning keemasan dan hitam menampilkan diri kelihatan lebih ranggi.
Contoh corak yang lebih jelas
Untuk pilihan ke-2 WA memilih warna Oren. Warna yang sangat berani jika dipakai sebab jarang orang memilih warna cerah untuk jam. Sesuai dengan jiwa wanita dengan design yang simple dan menawan. Design yang berdasarkan gambar matahari, gunung-ganang dan bangunan zaman Jepun.
Contoh corak yang lebih jelas
Ada banyak lagi pilihan warna dan corak yang menarik tetapi WA lebih fokuskan corak yang lebih kepada pemandangan. Malah terdapat juga corak yang mempunyai gambar haiwan dan patung Jepun. Tapi WA memilih corak pemandangan dan sesuai dengan jiwa WA.
Cantik kan? Walaupun nampak agak besar sedikit dari jam sebelum ini, ia tetap nampak serasi jika wanita mengenakannya. Warna gabungan hitam dan emas ini sangat sesuai dengan orang yang tidak suka terlalu menonjol penampilan diri.
Warna cerah sesekali menampilkan diri kita kelihatan ranggi apa salahnya kan. Hehehe.. Wahh! Memang tak salahlah WA memilih kedua-dua warna ini sebagai koleksi jam baru WA ini. Warna gabungan oren dan silver menceriakan hidup WA.
Bagi korang yang ingin membeli jam tangan Casio edisi custom printed Jepun ini, bolehlah beli dari laman website BeliSpree www.belispree.com atau boleh juga jika mahu membeli di Lazada www.lazada.com.my/shop/belispree.
32 Comments
waaaaa.. terbaek.. cantik
ReplyDeleteJemput join segmen ejulz jika sudi k.. :)
http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Bestnya jam ni boleh masuk air, sebelum ni ada usha harga macam tak mampu nak beli tapi zira suka designnya
ReplyDeleteMacam style G-Shick sikit cuma lebih kecil kot eh WA? Sally pun pakai Casio dari dulu sbb rasa macam design dia sangat praktikal tak kisah la tgn kecik ke besau
ReplyDeleteOooo boleh pilih desgin yg mana suka ye..bestnya..nti nak beli utk anak pya besday
ReplyDeleteAkak suka jam tangan jenama Casio tau wa..Feveret tau. Kalau tengok jam.casio mula tak tentu arah. Ada pulak jenis printed ni lagi lah
ReplyDeletewah boleh bawak masuk dalam air tu best..takyah buka bila mandi mana-mana...hehee. bagus la..boleh custom lagi
ReplyDeleteBoleh bwk masuk dlm air? Wowww mcm best
ReplyDeleteBoleh masuk air sedalam 100 meter fan bateri tahan 10 tahun tu yang best.. tapi paling best boleh custom design yang kita suka.
ReplyDeletelawanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nora pun minat jepun dan ada barang dari jepun sepupu bari sebab dia p sambung belajar kat sana.. nora pun minat jam lagi lagi jam macam tu lagilah nora minat
ReplyDeleteCantik pulak tgk warna ranggi ni.. boleh jadikan hadiah ni
ReplyDeletewah.. TB berkenan sangat tengok jam yang kaler oren tu wawa.. gerammnyaa.. kaler kegemaran TB tu..
ReplyDeleteLawanya..yang lagi best ketahanan jam tu ye. Bagusnya boleh custom sendiri rekaan mana kita suka. Pastinya menjadi lebih begitu berharga.
ReplyDeleteWow best nyer kedua dua designs ini, suka sangat.
ReplyDeletecantiknya! emm, rasa mcm dah jumpa hadiah utk seseorg tu utk tahun depan..hehe..
ReplyDeleteboleh kumpul duit dr sekrang..
cantiknye...rietta xbykkoleksi jam...ada 2 je...hehehe....boleh la cuci mata jap...salam perkenalan...
ReplyDeleteDulu Del pun pakai jam jenama casio ni. Bagus juga jam dia, tahan lama dan berkualiti. Harga dia pun mahal tetapi masih berbaloi kalau beli.
ReplyDeleteBest juga boleh custom make strap jam macam tu. N pattern Jepun tu pun cantik. Kalau bagi hadiah ni mesti menarik n lain dari lain. Ok la, Bella nak check website belispree skrg..
ReplyDeleteThat really nice version watch. I actually looking for Budak Getah version. I saw once in Japan but did not grab it. sumore you can custom the watch.
ReplyDeleteEna mmg pminat casio. Mmg tahan lasak. Tp ni bateri tahan smpai 10tahun. Wooww sgt.
ReplyDeleteAkak suka jam casio sebab tahan lama..sekarang dh macam-macam design keluar kan..sampaibdh x keep track dh..tp yg gambar kat atas tu semua cantik2 la...terus rasa macam nak ada satu lagi koleksi Casio
ReplyDeleteni feveret asben aida. dia sgt la suka beli jam.
ReplyDeleteni kalau kasik tau dia, surely dia terjah belispree.
menarik! tq for sharing.
Kak ana pun suka pergi Daiso atau Yubiso tu. Kalau dah masuk, macam2 benda nak beli sebab comel2 belaka. Sushi dan tako all time fav. Hehe
ReplyDeleteJam casio ni fav husband kak ana. Ni kalau dia tau mesti dia nak beli. Boleh lah bagitau dia nanti.
Eh, cantiknya design dia!
ReplyDeleteOh, ada onine shop? Ini yang senang ni, boleh cuci mata jap. Hehe.. Beli belum tentu lah.. Tapi kalau design cun, apa salahnya kan simpan satu as collection..
JEALOUS Gila, i memang nak sangat jam tangan ni.... I suka corak jam yang nampak chamber... memang addicted.. suka sangat nampak elegan dan bergaya kalau pakai jam cenggini..
ReplyDeleteOMG ! jam pun ada custom design printed kan. pergh baru tahu. Memang nak cari jam ni untuk hantaran tapi tak taw lah nak beli kat mana. Hehehe.. Tak survey lagi actually tapi dah tgk ni kejap lagi nak skodeng website tu... Biasa jepun dan jam tak dapat dipisahkan. kalau uzu ke jepun, mesti ramai yang nak kirim jam
ReplyDelete!
Wah lawa lah koleksi Belispree ni. Tadi ingatkan harga dah beratus cecah 4 atau 5 ratus. rupanya rm149 sahaja. okay sangat lah dan addordable price lah kan. Nak jenguk website pula lah.
ReplyDeleteCasio memang best. Masa zaman sekolah rendah mak beli jam casio dan ruby guna sampai tingkatan 5. Lepas tu mak beli casio yang tali gold silver pula. Tak rugi melabur utk jam tangan. Hehe. Anak lelaki ruby mesti suka corak camni. Lain dr yang lain.
ReplyDeleteCantiknya design casio yang baru ni. Tapi jenama casio ni mmg tahan lasak. Kiranya berbaloi sebab boleh pakai lama
ReplyDeleteEh, kena grab ni. Harga pun takde lah mahal mana. Kena beli 2 boleh matching sekali dengan suami. Thanks recommend!
ReplyDeleteI am a super fan of everything Japan too! And yeap, I am equally guilty of splurging at daiso n yubiso...hahhaaha.. always come back home broke if I were to visit those two places. And OMG, the watches look amazing! Only people who truly are inspired by Japan would love this kind of watches. So, please excuse me while I go shop for a new watch..hehehee
ReplyDeletesmart gak design jam tu..harga pun ok tu. Ni collector gshock, mesti kena beli edisi macam ni kan
ReplyDeleteWaa...lawa design jam! Anak2 akak peminat anime, culture, etc, Jepun. So akak nak check out Belispree la lps ni - utk anak, ehem!
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)