Sweet Burgundy Look | Hello gaiss! Sekarang ini tengah musim orang nak tunang, nikah, kahwin kan? Macam-macam look ada tapi sejak artis-artis ramai yang kahwin dengan natural makeup atau no makeup look, maka ramailah pengantin nak cuba juga.

Sebenarnya, makeup natural atau no makeup look sangat susah tau berbanding makeup biasa-biasa. Sebab tu harga makeup natural boleh tahan mahal. Tapi bagi yang bukan MUA, senang je kata alaa, makeup natural je takyah heavy2. Are u kidding me bride? Hehehe.. Kalau yang macam korang maksudkan itu adalah makeup simple yee, bukan natural makeup. So, kalau MUA taknak buat jangan kata demand, actually korang yang demand. Nak natural look tapi harga RM50. Amboi amboi amboi.. Ehh, dah macam nyanyi lagu Altimet pulak. Haha! Kali ini, WA makeup seorang hamba Allah ini. Tengok jelah ekk sampai habis :D

Kulit si Yaya ni licin sebenarnya, tapi normallah kalau timbul jerawat seketul dan ada bekas jeragat sikit. Macam kulit WA jugalah. Tapi memang senang makeup muka dia sebab pores dia tak banyak. Ia masalah bila muka korang pores banyak dan jerawat timbul-timbul. 

Ini kali ke-2 WA makeup Yaya sebab first makeup masa ada shoot. WA ada buat live fb makeup masa ini dan cadang nak buat makeup pink-pink gitu tapi entah kenapa berubah pulak. Mybe sebab Yaya dah biasa makeup pink jadi WA nak buat kelainan sikit jelah. Itu sebab WA buat tema sweet burgundy look. Korang tahu tak Burgundy tu apa? Warna ala-ala purple gitulah.

Yaya ni suka sangat pakai bulu mata. Kalau WA hmmm, kirim salam jelah sebab WA tak sesuai pakai bulu mata macam nak kene sepak je muka kalau apply. Hahaha! Tapi tengok mata orang nampak cantik je kan. Geram je.. Hahhaa! Mencabar juga buat kening Yaya ni. First time dapat client yang kening jenis terangkat. Nak tengok LIVE FB? Klik link --> Live Makeup Yaya

Yelah-yelah, nak tengok muka WA jugak kan? Ni ada selfie sekali dengan Yaya Tapi ini gambar selepas siap makeupkan Yaya dan WA sempat makeup sikit sebab nak keluar. Tapi maklumlah, muka tukang makeupkan ni biasa-biasa ajo. Hehehe. Kita sempat makeup nipis-nipis je.

Ini muka WA tak makeup. Baru siap makeupkan Yaya. 
Tapi lighting natural over sangat time ni.. Huhu~

Jadi, ini jelah makeup look yang mampu WA buat masa ini sebab masa sebelum Yaya datang, WA tengah ada kelas makeup, ajar student WA. Agak penatlah juga. Tu yang kepala tak mampu nak perah otak sangat masa ni. Hahaha! Nak tengok tak gambar first WA makeupkan Yaya?

Masa ini Yaya adalah orang ke-4 WA makeupkan dalam tempoh 2 jam untuk setelkan 4 orang. Makeup cepatlah senang kata. Masa ini tema shoot adalah tema HorrorMantic kononnya. Makeup lawa-lawa sangat nanti kang tak jadi tema horror tu. Hahaha!

Amacam okay tak? WA masih belajar dan belajar lagi. Banyak sebenarnya look yang WA nak try tapi tak kesampaian je. Nak buat kat diri sendiri tapi WA tak suka sangat conteng muka sendiri. Huhu~ Kalau korang ada idea, nak makeup look apa boleh cadangkan dekat komen bawah ini tau!