Thursday, March 1, 2018

# ayam masak cili api # resepi

Resepi Mudah Ayam Masak Cili Api


Resepi Ayam Cili Api | Hai semua. Dah lama WA tak update entri mengenai resepi kan? Sebenarnya banyak nak up tapi asal masak je lupa nak snap dulu gambar masak apa. Sebab lapar sangat tu yang lupa. Haha! Baca betul-betul ye, resepi ayam masak cili api, bukan ayam masak lemak cili api tau.

Resepi yang WA buat semuanya mudah dan jenis campak-campak tapi rasa dia marvellous.. Amboi, puji masakan sendiri. Hahaha! Siapa lagi nak puji kan? Ekekekeke... Ala, kalau geng mak-mak ni confirm dan pakar sangat resepi ni. Tapi ada aku kesah? Orang bujang mencari jugak resepi mudah + campak mencampak ni. Hehehe.. Jom layan resepi campak....

RESEPI AYAM MASAK CILI API


Bahan-bahan :
  • Ayam 1 ekor 
  • Bawang besar 1 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia (stgh inci)
  • Cili api hijau + merah (ikut suka banyak mana)
  • Kentang (potong belah 4/6)
  • Serbuk kunyit (sikit buat pewarna)
Cara memasak :

1. Potong ayam samada dadu ke apa. WA suka potong kecil-kecil sebab comel.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk lumut iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan cili api. Dan taburkan sedikit serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan kentang dan hempukkan kentang dahulu. Jika takut kentang lambat hempuk, goreng terlebih dahulu kentang separa masak.
4. Kemudian, masukkan garam dan ajinamoto sebagai perisa tambahan. Dan masukkan ayam yang telah dipotong sehingga masak. Jika anda sukakan lauk berkuah, boleh tambah air sedikit dalam masakan. Tapi jangan terlampau banyak.
5. Dah siap dan hidang!


Amacam? Tersangatlah simple kan? Kalau takde idea nak masak apa, boleh je try resepi mudah dan campak-campak ni. Rasa pun sedap. Hehehe... Selamat mencuba korang!

24 comments:

  1. Huishhh. .. Sedap tu! Terliur nengoknya

    ReplyDelete
  2. sedapnye wawa..ayam masak cilipadi mmg peberet sy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same la..kalau lemak suka..tp xdela feberet .. Kalau ni mkn hri2 xpe..pekena dgn sup..hahaha

      Delete
  3. Sedapnya wawa.. Tapi kt rumah ayam mmg jarang beli.. Biasa dua tiga bln sekli je beli ayam.. Tp masakan mcm ni mmg sedap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh jrg makan ayam ek... Aah sdp gk gini je

      Delete
  4. Sedapnya.. kak Ros suka pedas-pedas macam ni. Thank you Wawa untuk resepi ni. Kalau nak buat nanti nak kena tambah air macam Wawa cakap tu. Sebab akak suka basah-basah sikit. Nyum nyum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah k.ros.. Hehhee..org johor suka pedas2..hehehe

      Delete
  5. Senangnya resepi ni, makan waktu lapar mesti licin. Maklumlah cacing tengah kelaparan

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik resepi ni . Salah satu menu feveret ccl ni , masak lemak cili padi memang nak betul2 pedas .baru puas makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Takde lemak ni.. Aah pedas2 mkn sdp uii

      Delete
  7. Kalau masak cili apai anak2 suka yang berkuah..Suami pun suka yang berkuah.Masdak lemak cili api ni memang menu tetap kami la..dalam seminggu 2,3 kali kena buat..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Ini bkn lemak cili api kak.. Hehe.. Tp resepi ni lebih kurg sme je ngn lemak..tmbh santan & asm keping je

      Delete
  8. Ini memang favorite Iday, cuma kalau Iday suka yang berkuah. Tapi tengok cara ni macam sedap. Nanti nak try buat la. Tapi masak lemak ni memang faveret, pernah buat dengan udang, daging salai, ketam dan pucuk paku. hehehe

    ReplyDelete
  9. Masak ni feveret suami ni..suka pedas2..memang sedapla kalau buat lauk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...suami org mana.. Kan pedas2 mkn dgn nasi pnas..fuhhh..

      Delete
  10. Suka jugak ayam masak style ni.. Sedap dan confirm makan bertambah

    ReplyDelete
  11. boleh masuk list nak masak apa nanti.. heee.. selalu taktau nak masak apa kan.. ni ada idea dah nak nak masak apa.. tq tq

    ReplyDelete
  12. Masak ayam cili api is my fav... sedapnya wa... dila tak pernah buat lagi selalu rasa masakan kedai je nanti kalau nak buat dila bukak blog wawa :)

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)