D'Vanda Foundation | Seringkali kita merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang pada diri kita terutama kaum wanita, iaitu kulit muka kusam dan tidak sekata. Memang tidak dinafikan, ramai wanita diluar sana yang mengalami masalah kulit disebabkan cuaca, tekanan masalah kerja, hal rumah atau sebaliknya. Perkara ini sangat membebani diri seorang wanita yang bekerjaya. Ini kerana mereka juga ingin kelihatan lebih menarik dan berseri.

Oleh itu, alat solekan penting untuk setiap wanita terutama sekali adalah foundation. Apa itu foundation? Foundation adalah sejenis bedak asas yang berfungsi untuk menyamakan tona kulit supaya lebih sekata dan membuat wajah tampak lebih halus dan berseri.

Akan tetapi, terdapat pelbagai jenis foundation di pasaran sekarang dan kita seharusnya bijak memilih foundation yang bersesuaian dengan kulit muka kita. Antara jenis foundation yang terkenal adalah matte foundation, liquid foundation, cream foundation dan lain-lain. Sebelum memilih, anda perlu tahu keadaan jenis kulit anda bagaimana dan foundation jenis apakah yang sesuai. Contohnya, jika anda kulit berminyak, disarankan mengambil matte foundation atau yang berasaskan minyak. Jika anda berkulit kering, anda boleh memilih cream foundation atau liquid foundation yang jenis oil-based. Dan begitulah sebaliknya.

Kali ini, WA ingin memperkenalkan anda dengan satu kosmetik iaitu liquid foundation yang berasaskan minyak (oil-based) iaitu D'Vanda Weightless Essence Foundation. Haa, anda semua nak tahu lebih mengenai D'Vanda foundation? Kenalah baca sampai penghujung kata.

Bahan utama yang digunakan di dalam D'Vanda Foundation adalah Marula Oil, Vitamin C, Vitamin E serta mengandungi SPF35. Pertama kali anda dengar mengenai Marula Oil? Buat pengetahuan anda, Marula Oil (Minyak Marula) kerap digunakan di dalam kosmetik kerana ia berfungsi untuk melembap dan melembutkan kulit, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan minyak ketika dipakai. Oleh itu, minyak ini sesuai digunakan pada semua kulit termasuklah kulit sensitif. Kandungan Marula Oil sangat tinggi antioksidan iaitu mempunyai 60% lebih tinggi dari argan dan biji anggur.

Fungsi Setiap Bahan Utama D'Vanda Foundation :
  1. Marula Oil - Memberi kesan flawless dan glowing pada wajah
  2. Vitamin C - Mencerah dan memperbaiki struktur kulit
  3. Vitamin E - Merawat dan melindungi kulit wajah
  4. SPF35 - Melindungi dari bahaya sinar UV
Kelebihan D'Vanda Foundation 

Foundation ini berfungsi 3 dalam 1 iaitu Makeup, Membantu Merawat dan Melindungi kulit dari kelihatan kusam, tona tidak sekata dan tidak berseri. Antara kelebihannya adalah :
  • Berbentuk sejenis cecair dan bersifat ringan
  • Mudah diratakan ke seluruh wajah dengan pantas
  • Sesuai untuk makeupp natural look dan kegunaan harian
  • Medium to full coverage
  • Mesra wudhuk dan mudah dibersihkan
  • Tidak mudah bercapuk
  • Diluluskan KKM - NOT171006826K
Selain daripada itu, D'Vanda Foundation juga membuat makeup akan lebih tahan lama dan tidak mudah cracky walaupun seharian penggunaannya kerana kandungan Marula Oil boleh membuat makeup nampak lebih smooth dan flawless.

D'Vanda Foundation hanya mengandungi satu shade sahaja dan ia sesuai dengan semua jenis warna kulit. Jika anda berkulit gelap, anda boleh mixkan bersama foundation yang mempunyai shade yang lebih gelap. Atau anda boleh mainkan warna sehingga anda dapat warna kulit anda sendiri. Lihat video tutorial  makeup WA berdurasi 25 saat ini. Ringkas dan mudah.

Nampak mudah dan makeup lebih natural kan? Dan shade ini sangat sesuai dengan tona kulit WA yang bersifat sederhana. Pada permulaan memang akan nampak seperti lebih cerah, akan tetapi selepas anda combine dengan yang lain, makeup akan tampak lebih berseri dan sempurna.

Dari hasil penggunaan D'Vanda Foundation ini, anda dapat melihat keberkesanannya seperti mengurangkan dan merawat pigmentasi secara perlahan dari dalam. Di samping itu,  foundation ini juga membantu memperbaiki masalah jerawat, parut jerawat, kekusaman serta tona tidak sekata. Malah, ia mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah.

Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas WA menggunakan D'Vanda Foundation ini? WA mempunyai kulit kusam sedikit dan tona tidak sekata. Ada yang cerah ada yang gelap sedikit dan jerawat di bawah hidung dan jerawat. Biasalah hormon wanita. Hehehe.. Tapi alhamdulillah, jerawat pon cepat kecut. Gambar selepas itu, WA hanya menggunakan satu pump sahaja dan ianya dapat cover keseluruhan muka dan menghasilkan look yang lebih natural. 

Kenapa jerawat tak tutup betul? Haa, kalau anda memahami betul-betul maksud foundation seperti yang dikatakan di permulaan kata tadi, foundation atau bedak asas berfungsi untuk menyamakan tona kulit bukan untuk menutup jerawat yang timbul kerana ianya hanya menyamarkan jerawat sahaja.  Untuk penghasilan kali ini WA hanya menggunakan teknik simple sahaja. Kalau nak samarkan lagi penglihatan jerawat atau jeragat, anda boleh guna corrector dahulu, di susuli dengan concealer dan barulah apply foundation.

Sebagai pecinta makeup, WA sangat menitikberatkan mengenai kandungan sesuatu barang solekan. Terutamanya foundation supaya ia sesuai dengan kulit kita. Dan setakat ini WA sudah pakai hampir seminggu D'Vanda Foundation dan WA suka dengan tekstur jenis cecair ini dan tiduk perlu susah-susah untuk letak argan oil kerana foundation ini sudah mempunyai marula oil. Dan yang paling best adalah, kulit WA tidak berminyak walaupun cuaca panas, malah ia memberi effect glowing.

Harga D'Vanda Weightless Essence Foundation 20ml ialah RM88 (SM) dan RM98 (SS).

Jika anda ingin mendapatkan D'Vanda Foundation ini, bolehlah anda menghubungi laman tertera:

Facebook : D'Vanda Malaysia

Instagram : @d.vanda_malaysia