Port Mancing | Hai semua, sebenarnya entri ini dah lama gila ada dalam draft tapi WA lupa nak publish. Hahaha! So, entri ini pendek je tau. Nak tengok sikit siapa sini kaki pancing? Hehe :)
Sejak kahwin ni, bila dah terikut husband pergi mancing, mulalah gian nak tengok tepi pantai laut apa semua. Sampailah masa ni husband bawak satu tempat yang dia selalu memancing bersama kawan-kawannya. Mancing ikan tau bukan perempuan! So, di sinilah port mancing di Muar yang selalu husband pergi sebab dekat je dengan rumah :D
take selfie first hehehe~
Sebenarnya dalam gambar ini kami tak pergi kat jeti sebab WA mabuk laut. Hahaha.. Tapi kalau korang sampai je kat Sri Menanti Muar ni, terus tuju dekat Jeti Sri Menanti. Memang ada satu jeti panjang, kat situlah tempat port orang selalu mancing. Ada bayaran kalau tak silap dalam RM10. Husband pernahlah dapat macam-macam ikan kat sana lagi2 dapat ikan pari. Fuhhh fuhhh ...
Muka orang tak sabar nak memancing. Haha! Kami port kat tempat batu-batu je. Tak pergi kat Jeti sebelah. Husband kata buat suka-suka je time petang-petang tengok air pasang. Haritu dapatlah juga ikan apa tak ingat dah, tapi lepaskan aje sebab saja-saja mancing. Hehehe...
Amboi fokus betul pasang umpan orang tu. Hahahah! Btw, korang nampak tak batang kayu yang pacak panjang tu? Haa, itulah jeti tempat port orang mancing kat situ. Memang idoklah kita nak pijak kat situ. Dahlah kita ni berat, kang patah roboh naye je kita kena kecam dengan kaki pancing. Tapi husband kata kukuh. Walaupun tengok orang lalu maintain je, hati ini tetap gemuruh nak pijak jeti tu.
Eksen siot muka dia. Mentang-mentang bini teman. Hahaha! Sukalah tu bila bini teman mancing. Orang kata kalau bawak bini, habuan banyak dapat. Hahhaa.. kurafat weiii! Jangan percaya...
So, kalau anda kaki mancing dan mencari port mancing di Muar, boleh try di Sri Menanti tau. Tapi waktu malam lagi bestlah. Tak panas, memang ikan tengah naik. So far, tak menghampakan bila mancing kat sini sebab setiap kali mancing husband bawak balik ikan.
Last but not least, WA nak selfie sengsorang juga. Hahah! Best wooo, petang-petang release tencion dok tepi ni dengan angin dan ombak air.. Tenang je rasa.. Kalau nak cuba bolehlah mai ke sini. Lagi satu, rahsia di antara kita, tempat ini selalu dijadikan untuk shoot pengantin tau. Memang lawa gila! Mana-mana orang batu pahat-muar nak shoot outdoor kahwin boleh ke Sri Menanti Muar.
16 Comments
Banyak dapat ikan x? bestnya pi mancing dua2..so sweet..
ReplyDeleteMalam banyak kak.. Ni saja pi wktu petang... Main dekat2 je...hehe..
Deletebestnyaa mancing... :)
ReplyDeletebest.... tgok ikan naik pon syok.. hahaha...
Deleteso sweet...
ReplyDeleteseronoknya memancing...cikyan suka gila bila dpt mancing !
hehehe... seronok.. tp kalau ikan besar xbrni trik..mesti terlpas..haha...
DeleteBestnya wawa tgk org mancing.. Abg zaza dulu kaki pancing gak.. Malam2 sampai pagi buta baru balik.. Skg sbb keje cikgu so masa tu terhad dah. Dia pun ade la bg 1 btg pancing kat zaza.. Pnh la gi mancing tp xbjaya dpt ikan haha..
ReplyDeleteaah...nk mancing mmg balik pg buta...sbb kdg2 wktu pg tu la ikan naik..hehe
DeleteAlaaa.. TB tak suka memancing.. tapi suka tengok orang memancing dapat ikan banyakkk eh macam mana lak tu yea... hahaha.. TB suka expresi muka orang yang dapat ikan tu. senyum sampai ke telinga kalau dapat ikan besar atau dapat banyak ikan
ReplyDeletekan....mula2 kita xsuka laki g mancing...sbb balik pg..haha.. tp bila ikut..tgk ikan sangkut...time tarik tu suka gila tgok ikan apa dpt,hehe
DeleteSo sweet gi mancing laki bini. Hehe. Memancing ni terapi jugak. Kasik tenang hati tengok laut.
ReplyDeleteheheehe....tenang.. tp kne de tmpt duduk la...lw ngntok leh tdo,,haha
Deletehahhaa...terus xpi mancing tu dasyat...haha
ReplyDeleteTeringat masa zaman remaja selalu ikut ayah pergi memancing...Harap nanti dapat hubby yang kaki memancing juga sebab suka ada aktiviti dengan family macam ni... Btw suka tengok wawa dengan hubby... Semoga happy selalu tau korang
ReplyDeleteHehehe.. Tp mata tu kne thn la kalau balik pg buta sblm subuh..hahaha..amin..tq dilla
DeleteSuami kita x minat mancing mancing ni. So takde peluang nk lepak macam ni. 😅😅
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)