SuzyHoney Herbs | Zaman sekarang susah nak jumpa produk yang diyakini selamat dan halal kan? Kadang-kadang, kita lihat sesuatu yang viral je terus sambar untuk mencuba tapi kita tak teliti untuk melihat bahan-bahan yang digunakan. Tapi kini tidak perlu risau lagi, kerana ada satu jenama produk ini menggunakan 100% bahan semula jadi dan diperbuat secara homemade tau. Haa, jangan korang terkejut kalau bahan-bahan tersebut semestinya menggunakan bahan yang berada di hutan seperti akar kayu, bunga dan tumbuh-tumbuhan.
Produk yang dimaksudkan adalah produk dari SuzyHoney Herbs. Buat pengetahuan anda, SuzyHoney Herbs telah mengeluarkan pelbagai jenis produk antaranya ialah set syampu, sabun-sabun, krim barut herba, tangas, feminine wash, malah untuk spray makeup pun ada. Yang penting semuanya mempunyai kelulusan dan disahkan oleh KKM dan diperbuat dari bahan semula jadi tanpa sebarang bahan kimia.
Set Syampu Rambut & Perapi Rambut Bunga Ros
SuzyHoney Herbs telah menggunakan formula terbaik untuk set syampu ini dengan mengadunkan campuran pati Essential Oil Premium bagi megekalkan kesegaran dan haruman rambut supaya sentiasa mewangi. Antara bahan yang digunakan ialah Virgin Coconut Oil (Minyak Kelapa Dara), Rosehip Oil, Peppermint Oil, Haffirlime EO dan Rosemary EO.
Fungsi Set Syampu Rambut & Perapi Rambut Bunga Rose :
- Berkesan untuk memberi kelembutan dan kelembapan rambut
- Mengelakkan rambut gugur
- Sesuai untuk masalah kelemumur
- Mengatasi masalah kegatalan kulit kepala
- Memberi haruman bau bunga Ros yang menyegarkan & mengelakkan bau hapak
- Sesuai untuk rambut nipis & kering
Isipadu : 100ml
Harga : RM55/set
Harga : RM55/set
Sabun Aura
Sabun Aura SuzyHoney Herbs telah diadun dengan 7 jenis bunga seperti Ros, Iris, Lily, Saffron, Ylang-ylang, Melati dan Jasmine dan telah ditambah dengan bahan penting lain iaitu vitamin E dan vitamin C serta Evening Primrose Oil.
Fungsi Sabun Aura :
- Memberi aura menarik
- Awet Muda
- Membuang anasir negatif
Kelebihan Sabun Aura :
- Menegangkan dan mencantikkan kulit dengan khasiat vitamin E & C
- Membantu meredakan stress dan menstabilkan emosi
- Mengembalikan kesegaran dan kecantikan seseorang
Gabungan antara molekul bunga dengan aura tubuh dapat memberi tindakbalas rangsangan yang istimewa dan sesuai untuk sesiapa sahaja mahupun bakal pengantin yang mahu kelihatan segar ceria sepanjang masa.
Harga : RM25
Harga : RM25
Feedback WA hasil dari 2 minggu penggunaan SuzyHoney Herbs
Dalam masa 2 minggu ini, setelah WA menggunakan Set Syampu Rambut & Perapi Rambut Bunga Rose, alhamdulillah so far rambut WA serasi menggunakannya. Rambut pun kurang gugur berbanding sebelum ini. Memang WA mengalami masalah keguguran rambut yang boleh tahan banyaknya. Sampaikan WA sendiri risau adakah aku ini sakit? Huhu.. Yang paling best adalah rambut jadi bau wangi dengan haruman bunga Ros. Cuma rambut rasa agak sedikit kasar sahaja pada permulaan. Mungkin serasikan dengan rambut. Lama-lama barulah terasa lembut.
Untuk Sabun Aura pula, WA menggunakannya ketika WA dalam keadaan stress. Sebab mudah kena tekanan. Bukan depression tau. Hehe... Cumanya disebabkan WA ada hypertencion tu yang asyik stress jekan? Bila WA guna, terasa diri segar dengan kehadiran bau haruman 7 jenis bunga. Senang kata ibarat kita mandi bunga ikut petua orang-orang dulu haa.. Best sebab dia bangkitkan aura diri. Bagi nak kahwin tu, memang patutlah cuba Sabun Aura ini sebagai pengganti mandi bunga.
===========================================================================
Bagi anda yang ingin menjadi agen/dropship dan mengetahui lebih lanjut mengenai produk-produk SuzyHoney Herbs, bolehlah ke laman sesawang berikut :
Instagram : www.instagram.com/suzyhoneyherbs/
29 Comments
wow... menariknya product suzy honey ni... suka dgn packaging nya...
ReplyDeletekan sis.... hehe
DeleteBest tak bau dia? packaging dia cantik ada munge- munge la...
ReplyDeletebest kak..aAH sabun dy de bunga asli...packaging pon ok...
Deletenampak menarik jer ni.. kena beli cuba gak nanti
ReplyDeletemenarik..jom cuba :)
DeleteZaza pun sabun yg aura tu.. Hari2 mandi pakai sbb sangat2 wangi.. Bau dia melekat2 kt badan lps tu.. Syampu bunga rose tu pun sama.. Mmg rasa love dgn prduk dari suzy honey ni.. Moga produk ni akan lebih dikenali selepas ini
ReplyDeletebtul zaza..wawa pki wangi dan best.....
DeleteShampoo tuuu...shampoo tuu...aduhaiii...teringinnya nak guna!
ReplyDeletebelilah sally...
DeleteBestnya produk suzyhoney ni. Ramai yang bagi feedback positif pasal produk ni. Teringin nak cuba shampoo tu.
ReplyDeleteaah rmi fh guna..mmg best..hehehe
DeleteNak try shampoo tu sebab Iday ada masalah kulit kepala gatal dan rambut gugur. dahla memang suka bau ros. hehe
ReplyDeleteboleh iday..nnti jgn lupa try tau
DeleteZira suka bunga ros mesti baunya sedap
ReplyDeletemmg wangi zira..hehehe....
Deletecantik la packaging dye. xleh betul tgk packaging yg lawa2 ni
ReplyDeletehehehe,,kan....comel je...
Deletesyampu dan perapi bunga ros tu TB suka sangat.. bau mawar yang segar bila mandi.. rambut bau wangi je...sabun aura tu berwarna warni yea.. baru tahu.. mesti wangi sangat kan?
ReplyDeleteaah....sbb de bunga skli dlm sabun tu... wangi...wawa pakai sabun ni... best gila
DeleteNanti boleh try cari syampu dan perapi bunga ros nih.nk atasi masalah yg akak ada skang ni.rambut gugur..
ReplyDeleteboleh kakk.. :)
DeleteMenariknyaa sabun auraaa.
ReplyDeletemenarik..bangkitkan aura kita...
Deleteberkenan sungguh kat sabun aura tu..
ReplyDeletekan.. kita pon dah suka dgn sabun aura ni..
Deletemacam menarik laaa..
ReplyDeletemenarik kan :)
DeleteProduk suzyhoney..produk mampu milik..semuanye wangi2 tu yg syok ...jom kita guna kita kongsi feedback nye
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)