Makeup Nikah | Hai semua.. Setelah sekian lama, baru ada kesempatan nak update entri makeup nikah pada bulan 12 tahun lepas. Last job part time pada tahun lepas. Ikutkan ada job akhir tahun dan pada bulan lepas iaitu awal tahun 2018, tapi disebabkan atas beberapa faktor tak dapat dielakkan, WA terpaksa lepaskan pada orang lain.
Kali ini WA nak update entri untuk job makeup nikah untuk kak Halimah di Johor Bahru pada 17 Disember 2017. Jauh sikit kali ini WA ambil job. Selalu area Batu Pahat dan Muar je. Huhu... Agak kelam kabut sikit jugalah sebab yelah lain orang lain setujunya. Pengantin kata okay, yang lain kata tak. Tapi WA memang akan dengar kata pengantinlah. Hari bahagia dia kan takkan nak dengar kata orang lain. Hehehehe... Lagipun pengantin minta simple2 tak nak tebal. Yang ini pun dia kata macam tebal. WA nak buat nipis2 takut kulit masalah tak bertutup. Rugi nanti kan. So, nak tak nak kena juga. Hehe..
Actually, muka client WA kali ini agak bermasalah mukanya. Jadi amat memerlukan kesabaran yang tinggi juga. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Bila kita rasa muka bermasalah, memang kena cover selagi mana ia boleh cover. Kalau setakat cover sikit nipis-nipis baik orang kata tak payah makeup kan. So, WA cuba minimizekan look client supaya nampak smooth sikit. Dan client pon setuju dengan look ini.
Pengantin tak nak fake eyelash, tak nak terlalu tebal makeup macam pengantin lain, nak lebih natural nampak look muka asal. Tapi, satu jelah pengantin ada masalah mata cepat berair means sensitif sikitlah. Hehehehe.. Memang kena touch up sentiasa je. Btw, abaikan kening tu sebab tak touch up lagi bagi bentuk kening time tu. Sebab WA dah ambil gambar dahulu baru touch up then terus gegas ke majlis nikah tak sempat ambil gambar baru semula. Hehehe..
Blusher pun pengantin tak nak pink sangat, nak natural sahaja. So, WA ikutlah kehendak client kalau itu yang dia nak, kita turutkan. Bukan mudah tau nak buat look natural macam ini. Maksud WA, jarang ada pengantin minta yang seminimize look kalau boleh. Selalu pengantin akan minta muka naik lagi. Yelah, lain orang lain permintaan kan. Hehehe...
Untuk makeup sanding WA tak sempat nak ambil betul-betul sebab nak cepat. Yang ada tu pun gegar memang kabur. Huhuhu.. Tapi look hampir sama jelah sebab pengantin guna baju yang sama. Ringkas majlis dia. Simple. Memang WA suka dengan cara majlis pengantin ini.
WA hanya buat job makeup ini bila diperlukan sahaja atau terpaksa kena jadi bidan terjun last minit sebab masalah peribadi dari client-client. Hehehe... WA hanya buat job as freelance makeup Johor dan cover area Johor seperti Kluang, Batu Pahat, Muar & Johor Bahru sahaja. Itupun kalau free time tu lah. Kalau tak free jangan risau sebab WA akan rekemenkan MUA Johor mana yang sesuai.
Untuk hubungi WA, bolehlah korang pergi kemana-mana Facebook atau Instagram WA okeh :)
22 Comments
Weeee lawanya. Suka tengok.kalau wawa ni kat kelantan, dah book utk mekap kawen akak emi time raya cina nanti
ReplyDeletehuhu....ini simple2 je emi..stkt ni xdpt request dr pengantin yg nak heavy sikit.... mybe dorg xbiasa makeup tebal kot...
DeleteSuka makeup natural and simple3 mcm ni..mudah nk jaga n x terlau ovee sgt..cantik makeup wawa
ReplyDeletekan kak el...ini pon client nk nipis lagi..huhu...
Deletewah.. tanpa eyelash pun dah nampak beza look sebelum n selepas makeover.. cantik makeup pengantin tu.. wawa pun comey lote
ReplyDeleteaah,,,,pengantin kita semua xnk eyelash..huhu....
Deletemekasih tb :)
Mua rupanya wawa ni, patutlah pandai makeup. Kalau ada jerawat mesti susah nk coverkan
ReplyDeletexdela...cuma buat as freelance makeup je ni... aah jerawat boleh samarkan je... xleh tutup habis...
DeleteMake up natural ni bukan mudah nak buat... kena betul-betul teliti kan. Cantik pengantin ni :)
ReplyDeleteyup k.ros...huhu...kan cntik gila....
DeleteWawa, cantik mekap. Nnti shad nikah mai la kedah, mekap untuk shad. Hehe.😘
ReplyDeletehahhaa...boleh.. kne sponsor transport..penginapan dan makan.. dan tambang, ahhaha
Deletecntik. looks so simple but so pretty
ReplyDeleteyupp,,hehehe
DeleteNampak berubahlah muka pengantin dan naik seri walauoun dia request nak mekap yang simple simple kan
ReplyDeleteaah..hehehe... pengantin cntik kan.... :)
Deletecantik makeup wawa...nampak natural n x terlalu over
ReplyDeletemekasih... ini yg client minta..itupun nk nipis lg..huhu
DeleteManisnya pengantin tu. Akak suka kalau time akad nikah make up camni. Taklah nampak meriah sangat muka tu.
ReplyDeletekan kak..mmg cntik pengntin ni...
DeleteWow
ReplyDeletenampak betul2 lain
lain sikit je..hehehe
DeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)