Eye Nourishing Drink BerryBright | Bukan penjagaan diri sahaja kita kena jaga, bahkan penjagaan mata juga diambil kira. Kadang-kadang, kita sambil lewa biarkan jika mata berair tanpa sebab atau mata letih. Oleh itu, kita sangat memerlukan makanan tambahan untuk mata kita. Baru-baru ini WA telah diperkenalkan dengan satu brand iaitu Berry Bright Eye Nourishing Drink untuk minuman kesihatan mata.

Apa itu Berry Bright?

Buat pengetahuan anda, Berry Bright merupakan supplemen mata yang berasaskan bahan sumber asli, dimana ianya dilengkapi dengan pelbagai khasiat dan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. 

Bahan-Bahan Utama Berry Bright adalah diperbuat daripada sumber asli, antaranya ialah :

1. NZ Antosianin Blackcurrant 
  • Melegakan keletihan mata dan mengurangkan lingkaran hitam pada mata
  • Merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan
2. Ekstrak Eyebright 
  • Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional
  • Digunakan untuk merawat penyakit mata, membantu melegakan mata kering
3. Ekstrak Marigold
  • Sumber yang kaya dengan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin
  • Melindungi retina mata serta melindungi mata daripada sinaran biru yang merbahaya
4. Vitamin C 
  • Antioksidan larut air
  • Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas
  • Meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata
5. Ekstrak Billberi Eropah
  • Kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan flavonoid
  • Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah
6. Stevia
  • Pemanis tanpa kalori yang 100% semula jadi
  • Terbukti selamat untuk penghidap kencing manis
** Untuk bahan no 5 & 6, hanya terkandung di dalam Berry Bright Stevia sahaja.


Khasiat Berry Bright Untuk Mata


  1. Tinggi Kandungan Antioksidan : Blackcurrant New Zealand mengandungu 4 kali ganda antosianin berbanding blueberi Amerika Utara, 25 kali ganda vitamin C berbanding billberi Eropah dan 2 kali ganda kandungan antioksidan berbanding blueberi Amerika Utara
  2. Melindungi Mata Daripada Sinaran Biru Merbahaya : Berry Bright mengandungi Lutein dan Zeaxanthin dan karatenoid supaya berfungsi sebagai antioksida dan melindungi mata daripada kerosakkann radikal bebas yang dihasilkan oleh sinaran biru
  3. Meningkatkan Kesihatan Mata & Penglihatan : Berry Bright juga diperkaya dengan empat jenis antosianin Bilberi Eropah yang unik dalam beri Cassis (Blackcurrant) yang telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, meningkatkan kelembapan mata serta meningkatkan tahap penglihatan.
  4. Meningkatkan peredaran darah : Pengaliran darah yang lancar dapat meningkatkan metabolisme dan perkumuhan toksin, serta mengurangkan mata lebam dan pembentukan lingkaran hitam pada mata
Berry Bright mempunyai 2 perisa iaitu :

1. BerryBright Original 
Mengandungi fruktosa semula jadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal. Mempunyai 38 kalori setiap hidangan. Dan sesuai dengan semua peringkat umur.

2. BerryBright Stevia
Tidak mengandungi gula tambahan, tetapi ia menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. Mempunyai 31 kalori setiap hidangan. DIperkaya dengan antosianin billberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur. Tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Disyorkan Atau Sesuai Untuk Siapa?

Berry Bright ini sangat sesuai bagi yang menghadapi situasi sebegini :
  • Pengguna contact lens
  • Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang
  • Mata yang kering atau letih
  • Memandu untuk jangka masa panjang
  • Membaca untuk jangka masa panjang
  • Pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari
  • Kemerosotan tahap penglihatan
  • Rabun malam
  • Sesuai peringkat umur (Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas)

Untuk satu kotak Berry Bright ini mengandungi 10 sachet. Dan setiap sachet memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant! Best kan? Bukan itu sahaja, ianya juga mempunyai tinggi kandungan vitamin C di mana 500mg per sachet bersamaan 10 buah oren! Bergantung pada penggunaan masing-masing. Yang pastinya ianya tanpa bahan pengawet tau! Malah, selamat untuk yang vegetarian dan telah disahkan HALAL oleh JAKIM Malaysia. 

Bukan itu sahaja, Berry Bright telah memenangi beberapa anugerah iaitu Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, anjuran bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi kategori "Makanan Kesihatan" (Health Food). Ia turut memenangi anugerah Natural Health Reader's Choice Awards 2017, 2015, 2014 bagi kategori "Supplemen Penjagaan Mata Semula Jadi Terbaik" (Best Natural Eye Care Supplement) dan juga anugerah Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 untuk kategori "Penjagaan Mata" (Eye Care).

Cadangan Penggunaan & Cara Penyediaan 

Boleh amalkan dengan pengambilan sebanyak 1-2 sachet sehari sebelum makan. Jika anda menghidap penyakit mata yang serius, boleh mengambil sebanyak 2-4 sachet dalam sehari. Cara penyediaan sangat mudah. Hanya sediakan 150ml air pada suhu bilik atau air sejuk, kemudian tambah 1 sachet Berry Bright, kacau serta gaul rata dan minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.

=====================================================================
FEEDBACK DARI WAWA SELEPAS SEMINGGU AMALKAN BERRY BRIGHT

Memandangkan WA seorang pengguna contact lens, dan sering menghadap skrin laptop untuk jangka masa yang lama kerana membuat kerja-kerja blog, mata WA kerap terasa kering dan mudah letih. Jadi, WA consume Berry Bright ini dah hampir seminggu dan alhamdulillah ianya membantu mengurangkan masalah tersebut. Malah, mata akan rasa lebih segar dan sentiasa lembap tidak kering seperti selalu. 

=====================================================================
Special Untuk Followers Wawa !!!

Jika anda ingin dapatkan produk ini, anda boleh membelinya di website online atau pun di farmasi seluruh Malaysia. Anda boleh membeli dengan kod diskaun istimewa dibawah ini dan akan dapat 15% untuk Berry Bright terpilih apabila anda membuat tempahan melalui website iaitu di  https://euryka.my/collections/influencer-campaign sahaja. Diskaun kod ini sah sehingga 15 March 2018 *terma & syarat.

DISCOUNT CODE : wawaashiharadc01

Untuk harga Berry Bright Original hanya RM44.90 dan untuk Berry Bright Stevia berharga RM49.90 sahaja. Boleh juga dapatkan di farmasi terpilih. Boleh rujuk di website online mereka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Berry Bright, anda bolehlah layari laman berikut :