7 Skin Foundation | Setiap wanita sentiasa memikirkan akan penjagaan diri, tidak kiralah dari segi penampilan gaya diri atau penampilan wajah. Mustahillah kalau anda tidak pernah terfikir untuk kelihatan cantik. Apatah lagi kelihatan cantik di mata suami. Zaman sekarang tinggal cari je barang penjagaan diri seperti makeup untuk berhias dan berketrampilan menarik. Yelah, kadang-kadang kita ini sebagai wanita memang kena kelihatan lebih menarik supaya keyakinan diri itu sentiasa ada. Tapi janganlah berlebihan dan niat nak cantik itu ke lain. Merajuk si suami kang. Hehehe.. 

Nak muka nampak berseri sikit, apply foundation untuk naik seri sikit. Anda tahu tak fungsi foundation adalah untuk apa? Foundation adalah sebagai bedak asas, iaitu berfungsi untuk menyamakan tona kulit supaya sekata dan tidak terlalu lari dari warna kulit yang asal. Bukan untuk memutihkan tau. Sebab itu orang Malaysia bila foundation je suka sangat beli yang cerah dari kulit. Bila pakai dah jadi lain. Sebab itu, anda kena tahu fungsi foundation dahulu. Jadinya, kali ini WA nak memperkenalkan pada anda semua satu jenama yang mengeluarkan foundation yang berasaskan Salmon Collagen.

Inilah dia foundation yang berasaskan Salmon Collagen iaitu 7SKIN Kiss Me Now - Collagen 7 Galaxy Foundation di mana ia memberi effect natural pada kulit kita. Haa, menarik kan dengar nama produk ini? Sebelum WA menerangkan lebih lanjut, apa kata mari kita kenali dahulu siapa pengasas, bagaimana ia dibuat dan lain-lain.

Pengenalan Mengenai 7SKIN Kiss Me Now 

7SKIN Kiss Me Now merupakan brand kosmetik terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat HAFHIZ Enterprise (SA0433588-V). Syarkat ini telah ditubuhkan oleh 3 beradik iaitu Tuan Iz (memiliki Bachelor of International Business, MSU), Cik Yan (memiliki Master Research in Chemistry, UKM) dan Cik Yan (memiliki Degree in Oleochemistry, UKM) yang masing-masing memiliki ilmu yang luas dalam penghasilan produk collagen foundation ini di samping mendapat sokongan penuh daripada Professor terkemuka di Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam membuat kajian dan membangunkan produk-produk berkualiti untuk Asian Market seperti Dior.

Brand 7SKIN ini merupakan satu-satunya produk collagen foundation keluaran bumiputera yang menggunakan bahan-bahan organik yang diimport terus dari France dan telah mendapat kerjasama daripada Dr Amin (Pakar kecantikan dan pemilik kilang) dalam menghasilkan produk foundation pertamanya yang berasaskan Salmon Collagen serta bahan-bahan organik lain seperti Vitamin C, Vitamin E, Beeswax dan SPF35+ secara semulajadi dan telah diluluskan KKM (NOT1710045292K). Kesemua bahan yang terkandung di dalam foundation ini juga telah melalui proses R&D dan diformulasikan oleh professor berkenaan serta dipantau oleh KKM untuk menghasilkan produk 7SKIN Kiss Me Now  2 in 1 (cosmetic + skincare) yang sangat unik ini.

Selain daripada bahan-bahan yang istimewa serta kajian dan proses menyeluruh yang sangat teliti daripada syarikat HAFHIZ Enterprise dalam penghasilan produk 7SKIN ini, mereka juga menggunakan material botol dari France yang sangat berkualiti di mana Sunproof Airpump bottle ini dikatakan mampu melindungi kandungan collagen foundationnya seakan-akan ia baru keluar dari kilang (sentiasa fresh).

7SKIN Kiss Me Now ini mengandungi bahan-bahan organik yang diimport dari France seperti Aqua, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Beeswax, Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Titanium Dioxide, Collagen, Ascorbic Acid (Vitamin C), Iron Oxides, Mica, Sodium Chloride, Phenoxyethanol, Tococheryl Acetate (Vitamin E), D-Panthenol, 1,2-Hexanediol, Chlorphenesin, Allantoin and Disodium EDTA.

Bukan itu sahaja tau. Sebenarnya di dalam bahan-bahan berikut, ada kebaikannya. Antaranya ialah :

1. Vitamin E 
  • Memudarkan dan menghilangkan jeragat dan kesan stretch mark
  • Membantu proses penyembuhan kulit
  • Membuat kulit kelihatan lebih muda dan berseri
2. Vitamin C
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah penuaan
  • Mencegah radikal bebas
  • memudarkan parut jeragat
  • Melindungi kulit dari pigmentasi
3. Salmon Collagen
  • Membantu menegangkan kulit
  • Menyerap 1.5 kali lebih tinggu berbanding collagen lain
  • Memberi struktur yang lebih baik kepada kulit
4. Beeswax
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Mengandungi vitamin A untuk memperbaiki sel-sel kulit mati dan menyegarkan kulit
5. SPF35+
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya
  • Mengelakkan kulit daripada terdedah kepada persekitaran tidak sihat
Apa Kelebihan  7SKIN Kiss Me Now ini?

Setiap produk ada kelebihan yang tersendiri. Antaranya ;
  • Kecil dan mudah dibawa
  • Bahan semula jadi yang diimport dari France
  • Berasaskan Salmon Collagen
  • Memberi effect medium coverage
  • Merupakan produk foundation 2 in 1 (kosmetik & skincare)
  • Mempunyai warna natural magic dan bau yang wangi
  • Material botol yang berkualiti dan seksi
  • Tesktur yang lebih lembut, ringan dan mudah disekatakan di wajah
  • Proses pengilangan bertaraf GMP
  • Dipantau dan mendapat kelulusan KKM (NOT1710045292K)
  • Halal dan sesuai untuk semua jenis kulit
  • Free delivery untuk semua stokis area KL, Selangor & N. Sembilan
  • Peluang memenangi RM100 cash untuk setiap pembelian (lucky box)
Seperti yang dimaklumkan, ia mempunyai warna yang natural dan sesuai untuk yang berkulit cerah dan sederhana. Jika anda berkulit tan, boleh juga membelinya tapi kena mixkan dengan foundation gelap lain atau pandai apply compact/loosee powder yang gelap supaya nampak lebih natural dari kulit anda. Tesktur foundation adalah jenis cecair/liquid yang lebih ringan ini amat mudah untuk disapukan ke seluruh wajah dengan sekata tanpa ada kesan bercapuk.

Feedback Wawa Selepas 3 Minggu Penggunaan

First of all, WA target 7SKIN Kiss Me Now Foundation ini adalah untuk makeup base WA sahaja. Ingin merasai sendiri bagaimana menggunakan foundation yang berasaskan Salmon Collagen. Sebelum ini, hanya minum kolagen je yang WA tahu. Hehehe... Semasa dalam permulaan di minggu pertam menggunakannya, agak terasa berminyak sedikit. Mungkin sebab WA tak goncang dulu kot. Hahaha.. Then teruskan pakai dalam seminggu itu, memang best sangat. Sebab kadang-kadang tak apply dengan powder pun dah cukup dapatkan hasil natural.

Gambar di atas ini, selepas 2-3 minggu penggunaan. Sangat mudah untuk diblend walaupun tanpa menggunakan moisturizer dan primer sebelum makeup. Boleh lihat video tutorial makeup WA di bawah ini. Malah, yang menariknya, alhamdulillah, kulit muka pun rasa lembap dan mudah untuk apply makeup dengan senang. Malah, ia dapat menutup cacat cela seperti parut jerawat dengan mudah. Memandangkan ia hanya medium coverage, untuk hasil yang lebih cantik dan full coverage bagi muka yang bermasalah seperti parut jeragat dan lain-lain, boleh apply lebih sedikit dan settingkan dengan concealer dan loose powder.

Video Tutorial Makeup Using 7SKIN foundation

Testimoni Dari Customer 7SKIN Kiss Me Now

Ini antara salah satu testimoni dari customer 7SKIN Kiss Me Now sendiri.

==========================================================================
Pencarian Agen & Dropship Di Alu-alukan Segera!!

Syarikat HAFHIZ Enterprise mencari bagi sesiapa berminat untuk jana pendapatan dengan keuntungan yang besar dalam membuat perniagaan berniaga 7SKIN Kiss Me Now ini.

Jika anda ingin menjadi agen, anda hanya perlu mengeluarkan  modal hanya RM168 sahaja (dapat 3 unik produk) sebanyak 30% setiap unit. Then, kalau nak repeat stock, boleh ambil free dan akan dapat lagi 30% itu. Manakala, untuk dropship anda tidak perlu membayar apa-apa dan setiap jualan per unit itu akan dapat sebanyak 25%. Wahhh!! Untungnya weiii! Rugi kalau korang tak jana pendapatan dengan keuntungan yang berbaloi ini.
==========================================================================
Harga jualan : RM80 (free postage)

Diskaun jika lebih dari 1 unit :
2-5 unit Off 20% (free postage)
6-10 unit Off 30% (free postage)
>11 unit Off 40% (free postage)

TAPIIIII....

Ada sales sehingga akhir bulan 2 (28.2.2018)
Harga seunit hanya RM59 
(free postage + freegift makeup)

Berbaloiii bakk hang!! Grab sebelum tamat yuukkk!

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai 7SKIN Kiss Me Now Foundation, bolehlah hubungi di laman berikut :



Instagram : www.instagram.com/7skinkissmenow/     

Atau hubungi Cik Yin (013-6503086), Cik Yan (013-6789428) & Tuan Iz (012-5920867)