Rahsia Kulit Flawless | Hai korang, setelah sekian lama juga WA cuti dari update entri, kali ini WA akan update entri mengenai tips. Haa, tapi kali ini tips lebih pada cara moden lah. Kalau petua lama ada je. Nanti WA selitkan petua lama sekali di akhir sekali. 


Jom kita lihat rahsia nak dapatkan kulit flawless!

1. TIDUR 8 JAM SEHARI

Kunci utama untuk dapatkan kulit yang halus mulus adalah tidur. Bila kita tidur secukupnya, kulit akan lebih segar dan tidak akan wujudnya dark cirle bawah mata. Jadi, cuba untuk kita amalkan sendiri untuk tidur secukupnya. Paling tidak 6 jam sehari pun memadai.

2. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA YANG BANYAK

Pengambilan gula yang banyak dan berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat naik dan akan mengalami masalah kulit muka seperti penuaan dengan lebih cepat berbanding usia.

3. ELAKKAN STRESS

Stress boleh membawa kesan negatif pada kesihatan badan. Bukan hanya menyebabkan maslah timbul jerawat atau jeragat, malah akan menyebabkan seri muka akan hilang. Jadi, elakkan dari stress yang melampau dan cuba hindarkan dengan membuat sesuatu yang positif.

4. ELAKKAN DARI CAHAYA MATAHARI

Meski pun cahaya matahari memberi vitamin D kepada kulit, ianya juga boleh memberi kesan negatif seperti kanser kulit, iritasi atau keradangan kulit berlebihan. Ada sesetengah orang, apabila terlampau berjemur atau terkena matahari, kulit muka akan mula merekah akibat kekeringan.

5. GUNAKAN PELEMBAP

Untuk elakkan penuaan lebih awal akibat kulit kekeringan, pastikan kita menggunakan pelembap untuk kulit sentiasa kekal lembap dan lebih anjal. Untuk pemilihan pelembap, pilih yang bersesuaian dengan skin types anda. Boleh lihat pelembap tersebut untuk skin types mana yang sesuai dengan kulit masing-masing.

===========================================================================

6 PETUA KULIT LICIN & CANTIK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI


Seperti yang kita maklum, sekarang berlambak petua yang kita boleh amalkan dengan menggunakan bahan semula jadi. Jadi, WA selitkan serba sedikit petua orang dulu-dulu untuk dapatkan kulit licin dan cantik.

1. Timun

Timun membantu untuk melicinkan kulit muka dan menghilangkan eye bag bawah mata. Hanya dengan memotong timun menjadi kepingan kemudian tepek pada mata serta di bahagian lain. Atau boleh juga blender untuk dibuat masker.

2. Buah Tomato

Blender buah tomato untuk dijadikan sebagai mask. Tepek dimuka untuk dapatkan kulit lebih licin dan dapat mengecilkan pori terbuka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengamalkan dengan meminum air tomato secara fresh.

3. Aloe Vera

Aloe vera mampu membantu mengurangkan parut jeragat, kedutan dan garis-garis halus dimuka. Ambil gel aloe vera dan tepek dimuka sebagai mask 2-3 seminggu.

4. Air Masak

Sememangnya air masak memang mujarab untuk dapatkan kulit lebih bersih dan sihat. Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari disamping mengamalkan pengambilan buah-buahan.

5. Jus Lemon

Enzim pada jus lemon dapat membuang sel kulit mati malah mengurangkan warna parut di kulit muka dan melicinkan kulit. Bagi yang kulit berminyak, sangat sesuai untuk anda amalkan petua ini. Boleh campur jus lemon + putih telur atau jus lemon + baking soda atau jus lemon sahaja. Lakukan dengan cara membuat mask. 

6. Madu

Tidak dapat dinafikan dengan 1001 khasiat madu. Selain untuk dimakan, ianya juga boleh dijadikan sebagai petua dan untuk disapu ke kulit. Ambil madu dan jadikan sebagai mask. Sapu di kawasan muka dan leher selama 20-30 minit dan bilas. Atau boleh juga campurkan madu dengan batang kayu manis, atau madu dengan jus lemon kemudian sapu dimuka dan bilas.

Haa, bagi yang bakal pengantin boleh amalkan sekarang supaya kulit lebih segar dan licin dan dipermudahkan untuk makeup nanti. Tips yang amat mudah untuk kita amalkan.