Enchanteur Gift Sets | Siapa sini pengguna setia Enchanteur dari zaman sekolah hinggalah sekarang? Haaa, mesti ramai pengguna-pengguna Enchanteur ini kan. Begitu juga dengan WA. Sejak akhir-akhir ini, Enchanteur sentiasa penuh dengan kejutan kewujudan rangkaian produk.

Untuk menghargai seseorang dalam hidup kita, semestinya kita akan terfikir untuk menghadiahkan seseorang sesuatu untuk diingati selalu. Bagi mereka yang tidak mahu memberi hadiah yang biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang terbaik untuk seseorang. 

Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Terutamanya, haruman ini membawa kepada gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Memandangkan ramai suka dengan wangian EDT, kini Enchanteur memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang telah disediakan dalam kotak yang cantik dan sesuai untuk semua acara seperti ulang tahun, perayaan, haru lahir dan hari penghargaan. Pek EDT yang mesra perjalanan dan bersaiz 15 ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

Enchanteur telah membina nama sebagai pengeluar jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka, berkualiti dan diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis.

Rangkaian 5 Set Wangian Enchanteur

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie bermaksud Sahabatku, memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada diluar. Manakala Belle Amour bermaksud Keindahan Cinta, wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar untuk menikmati keindahan ketika detik bersama-sama.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR (MON AMIE & ADORE)

Set hadiah yang mengandungi 2 wangian EDT ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan. Manakala Adore menggambarkan haruman gadis idaman. Set hadiah ini dapat meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE & CHARMING)

Set hadiah ini berkonsepkan siang dan malam. Lengkapkan gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Di siang hari, gunakan Mon Amie yang mempersonalitikan diri sebagai seorang yang periang dan mudah didekati. Di waktu malam pula bersiap untuk keluar dengan haruman Charming bagi menonjolkan keanggunan diei serta membuat si dia terpikat.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Set hadiah di dalam kotak merah jambu ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang ketika bersama dengan detik berharga. Sudah pastinya anda akan terpesona dengan keanggunan dan kecantikkannya yang memukau.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR MON AMIE

Set ini Mon Amie ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan (Light & Fresh) yang segar dan melembapkan kulit bersaiz 100ml. Haruman wangian yang lembut ini dan losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan terlindung dari sinaran UV. 

Diformulasikan tekstur yang ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis membuat aktiviti dengan selesa. Gabungan set ini memberikan bau haruman yang mewangi sepanjang hari dan terjaga rapi.

Wangian Belle Amour ini sangat sesuai bagi mereka yang suka kan keintiman dalam hubungan cinta dan hidup dengan penuh keyakinan. Jika anda seorang yang romantik, sangat sesuai memikinya.

Manakala, wangian Mon Amie ini sesuai bagi yang inginkan kebebasan ketika berada diluar. Ini kerana bau harumannya sangat menarik dan sesuai untuk anda melakukan aktiviti di luar.

Enchanteur Paris Mini EDT gift sets ini dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung dan Sabah & Sarawak). Manakala, untuk Enchanteur Paris Mon Amie gift set berharga RM23.50 (Semenanjung dan Sabah & Sarawak).

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada laman website dan media sosial Enchanteur :