Review Concealer Maybelline | Hai semua. Hari ini WA kembali lagi dengan mereview satu produk drugstore ini. Sebenarnya concealer ini sudah lama berada di pasaran di bawah jenama Maybelline tau. Nak tau apa dia? Inilah Maybelline Pure Concealer Mineral.
Concealer pertama yang WA gunakan ketika belajar makeup adalah jenama ini. Harga dia pun boleh tahan murah dan sesuai digunakan. Ianya sejenis liquid dan medium coverage. Mempunyai 2 shades iaitu light & medium dan WA memilih shade light untuk bentukkan kening dan juga untuk menutup dark circles di bawah mata.
First WA cuba memang so far okay, sesuai juga untuk beginner mencuba concealer ini jika tidak sesuai jenis cream. Walaupun ianya sejenis cecair tetapi ianya tidak mudah luntuh. Sebab kebanyakkan orang bila guna concealer akan nampak luntuh atau bercapuk terutama untuk yang kulit berminyak. Tapi dengan Pure Concealer Mineral ia meresap terus ke kulit dan membantu mengurangkan pembentukan dark circles di bawah mata
Walaupun ianya kecil, tapi mudah dibawah, dan tahan lama juga. Sebab WA guna boleh tahan dalam 3-4 bulan. Kalau tidak silap WA harga dia dalam RM20 lebih gitulah. Kalau tengah sales dekat Watsons atau Guardians atau SASA, harga dia jatuh dalam belas ringgit. Dalam gambar di atas WA menggunakan kod light untuk bentukkan kening dan dark circles.
Sekarang susah nak jumpa stock yang ini mungkin kerana cepat habis stock. Kadang-kadang tinggal yang kod medium sahaja. Tapi tak tahulah kalau di kawasan korang kan. Nanti WA buat swatches kat tangan untuk 2 shades ini. Gambar dulu ada tapi dah hilang. Hehehee..
Nak tanya apa-apa mengenai concealer atau sebarang pertanyaan? Boleh drop komen dibawah dan WA akan cuba menjawabnya. Terima kasih.
17 Comments
Wahhh harga dia pun murah gak..concealer k.el dh nk abis bolehlah try yg ni
ReplyDeleteaah kak el..murah..hehehe
Deletemurah dan berbaloi kalau macam ni.. kecil dan mudah dibawa.. letak dalam poket pun senang kan heee
ReplyDeletebetul...mmg senang dibawa dan murah...
Deletemurah dan berbaloi kalau macam ni.. kecil dan mudah dibawa.. letak dalam poket pun senang kan heee
ReplyDeleteAkak memg suka produk Maybelline... Best
ReplyDeleteyeay..hehe...kalau concealer drugstore mmg kita suka pakai maybelline..
DeleteLiniey pun pakai concealer ni.srius best pakai yang ni
ReplyDeletekan mmmg best.....
DeleteMurah jugak kalau below RM20, plus sbb size dia mudah bawak mmg sgt convenient! Sally guna jenama Missha dr Korea
ReplyDeletekan...hehehe...missha wawa guna gak tp maskara dia....concealer xpenah try lagi
DeleteKalau tengok harga dan tahan smpai 2 bulan above, mmg consider affordable concealer ni. Kalau yg jarang2 mekap, maunya tahan smpai 5 bulan. Hehe. Coverage dia ok x wa. Light? Medium? Ka full coverage. Sbb shad dgn dark circle mmg tiada berpisah.
ReplyDeletetau tak pe... hehe,,, coverage dia medium shad..xdelah full coverage.. tp stkt ni wa de dark circle ok je pakai ni sbb xtebal....ringan texture dia..
DeleteBestnya, nak jugalah harga pun murah
ReplyDeleteAah..murah & berbaloi..
ReplyDeletesesuai untuk kulit berminyak tak?
ReplyDeleteKat mana ye ada stock ni. Sy dah cari bnyak kedai tp xjumpa pun. Ingatkan maybelline dh xkeluarkan
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)