Daily Contact Lens  | Jika anda masih ingat akan entri yang lepas, WA ada update mengenai contact lens dari Horien Eye Secret untuk penggunaan 3 bulan. Klik link ini untuk baca mengenai Horien Contact Lens Color Lens 3 Months.

Untuk kali ini, WA akan perkenalkan keluaran baharu dari Horien Eye Secret iaitu Daily Color Contact Lenses. Apa yang menariknya, kali ini packaging box sangat menarik dengan rekaan bunga dengan background putih seolah-olah berada pada musim bunga. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai digunakan ketika travel kerana sejenis lens pakai buang.

Seperti yang anda tahu sebelum ini, semua contact lens dari Horien Eye Secret ini mengandungi 38% kandungan air supaya mata tidak terlalu kering dan boleh bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Mempunyai material jenis polymacon iaitu tekstur yang halus, lembut dan tidak merasa memakai apa-apa di mata.

Untuk Daily Color Contact Lenses, ia mempunyai 4 warna pilihan yang menarik hati kerana ianya membuatkan anak mata kelihatan lebih natural  dan besar walaupun hanya bersaiz 14.2mm (standard size) dengan dihadiri rekaan yang simple. Antara warna-warnanya ialah :  
  • True Green
  • True Black
  • True Brown
  • True Choco
1. TRUE GREEN 

Pada permulaan WA nampak True Green lens ini, WA terfikir mesti mata nampak garang bila pakai lens ini. Sebab WA dah serik guna lens warna sebegini sampai orang cakap mata hantu. Hehehe.. Tapi bila dah pakai nak tahu jadi apa? 

Cantik tak mata WA selepas guna lens warna True Green ini? Ia campuran warna antara green lembut, grey lembut, dan brown, jadi terhasilnya look seperti dalam gambar di atas. Tak nampak terlalu menonjol kan? Sebab ia kelihatan soft-soft gitu.

2. TRUE BLACK

Pertama kali WA jumpa lens warna hitam tapi color dia seakan warna kelabu hitam. Selalunya kalau hitam, warna dia akan betul-betul hitam dan akan pekatkan anak mata kita dan dari jauh orang akan perasan kita guna lens sebab anak mata lebih pekat. Tapi, dengan gunanya True Black lens ini, mata akan kelihatan lebih natural. 

Mata WA nampak lebih natural kan? Kalau dari jauh, orang takkan perasan kita pakai lens sebab warna dia seakan warna anak mata kita dan tidak kelihatan seperti memakai lens berwarna grey. Bagi yang nak look natural, boleh pilih warna ini.

3. TRUE BROWN

Ini adalah warna kegemaran WA sebab sebelum ini pun WA menggunakan warna brown sahaja supaya mata tidak terlalu menyerlah jika pakai yang berwarna seperti hijau, biru, pink dan lain-lain. Tapi yang menariknya, lens Horien Eye Secret walaupun size hanya 14.2mm, tapi memberi effect mata besar sedikit berbanding dengan lens jenama yang WA pernah pakai sebelum ini. 

Sama corak seperti True Black cuma beza warna sahaja. Memang nampak natural untuk corak ini dan tidak menonjol. Sangat-sangat best sebab sudah jumpa lens warna kegemaran WA untuk contact lens pakai buang.

4. TRUE CHOCO

Untuk yang suka mata kelihatan menyerlah sedikit dari yang biasa, boleh cuba lens True Choco ini. Kebanyakkannya ramai yang suka akan corak ini dikalangan sahabat-sahabat Facebook WA.

Nampak sedikit seksi tak? Hehehe.. Nice color too. But WA lebih prefer yang True Brown, mybe sebab dah serasi dengan warna itu. Kalau anda ada event, sesuailah guna warna ini supaya mata lebih menyerlah.

Abaikan muka suci WA tu. Hahaha! Okayy, cuba tengok anak mata. Effect mata besar tu sangat puas hati walaupun bersaiz 14.2mm iaitu standard size tapi  ia membuatkan anak mata nampak lebih cantik. Tapi jangan risau tau, sebab effect besarkan mata bukanlah seperti saiz 16mm atau 17mm.

Closed up mata


Disini WA sertakan sekali video memakai lens. Jom layan WA buat video tutorial makeup dengan menggunakan lens dari Horien Eye Secret :)


Mesti anda semua rasa tergugat kan sebab tengok video ini? Jika anda ingin membuat sebarang pembelian, anda boleh layari laman sesawang Horien Eye Secret berikutnya :

Website :

Facebook :

Instagram :