Safi Rania Gold Beetox | Makin lama makin lanjut umur, kadang-kadang membuatkan orang bahawa diri dah berumur. Tapi sebenarnya, jika kita mengamalkan penjagaan wajah dengan betul, kulit akan kelihatan remaja dan muda gitu. Ada yang kata jenama Safi sangat bagus untuk penjagaan kulit muka. Terbaharu, Safi Rania Gold kini telah diformulasikan dengan kaedah Beetox Technology baharu. Wah! Biar betul?


Cantik kan packaging box ini? Berkilauan emas gitu sesuai dengan nama Safi Rania Gold. Memandangkan usia WA pun makin nak berganjak ke 30-an, tak salah untuk mencubanya. Maklumlah, kulit WA pun ada juga berkedut-kedut. Hehe...


WA ingin memperkenalkan SAFI RANIA GOLD, rangkaian anti penuaan yang diperbaharui dengan formulasi TEKNOLOGI BEETOX dan BIO NANO GOLD 24K untuk kesan berganda agar anda boleh tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja.

FUNGSI TEKNOLOGI BEETOX & BIO NANO GOLD 24K 

Jom kita lihat apa fungsi yang terdapat di dalamnya :

1. BEETOX - Berfungsi seperti suntikan yang mendorong sel kulit memulih muda agar kulit kekal anjal dan tegang secara semula jadi. Ianya diperkaya dengan Propolis, Bee Venom,  dan Nano Gold sebagai agen anti penuaan dan anti bintik hitam.

2. NANO GOLD 24K - Ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

Di dalam Teknologi Beetox, ada bahan-bahan utama dan kelebihannya :-
  • Honey : Merupakan pelembap semula jadi untuk mengekal kelembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit
  • Royal Jelly : Kaya dengan 20 jenis acid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menegangkan kulit yang tidak bermaya
  • Propolis : Bertindak sebagai antioksidan semula jadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal
  • Bee Venom : Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal
Hasilnya, kulit akan kelihatan lebih anjal, lembap dan tona kulit sekata agar wajah sentiasa tampak muda dan remaja. Untuk kali ini, WA akan ceritakan serba sedikit mengenai apa yang WA gunakan dalam set terbaharu ini.


Pembersih Wajah (Facial Cream Cleanser) 

Diformulasikan oleh Micro-Foam dan agen antioksidan yang dapat membersihkan kotoran di kulit dengan secara mendalam. Mempunyai buih yang mewah berkrim pekat, hanya perlukan sedikit sahaja, kemudian campurkan air dan gosok hingga mengeluarkan buih. Tekstur buih yang halus, wangi dan lembut ini sangat best dan kulit akan terasa lembap selepas mencuci muka.


Esen Emas Keremajaan (Youthful Gold Essence)

Memberi kelembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. Untuk teksturnya pula, ianya sangat ringan dan tidak melekit. Esen ini adalah air ye bukan minyak. Kepingan emas yang berkilauan itu adalah kepingan Nano Gold 24K dimana ianya berfungsi untuk menyerap ke dalam kulit supaya kulit lebih segar, lembap dan licin. Senang kata ianya bertindak sebagai penyegar.


Eliksir Keremajaan (Youthful Elixir)

Berfungsi untuk merawat kulit pada lapisan epidermis serta membantu mengurangkan muka berjerawat, memudarkan pigmentasi di kulit, jeragat atau kedutan. Ha, ini bagus sangat tau sebab apa? Sebab ianya mempunyai Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C bagi meningkatkan keanjalan kulit 3 kali berganda! Wahh, best sangat kan? 

Jika anda hendak menggunakannya, sila goncang terlebih dahulu sebelum memakainya supaya bahan di dalamnya sebati.


Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Moisturising Day Cream)

Bertindak untuk mengekalkan kelembapan dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan dengan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR). Buat pengetahuan anda semua, kehadiran SPF sangat penting untuk kulit supaya kulit tidak mudah sunburn dan rosak dengan sinaran UV. Sebab itu, kalau nak ke mana-mana WA akan pastikan untuk mengambil mana-mana produk yang mempunyai SPF.

Bukan itu sahaja, tekstur krim pelembap ini sangat best sebab ianya sangat ringan, mudah dipakai dan cepat serap ke dalam kulit tanpa rasa melekit dan berminyak. 


Pigmentasi kulit akan memudar dengan ketara dengan hanya mengambil pembersih, penyegar, serum, eliksir, krim siang dan malam. Ada banyak lagi produk safi rania gold, mengikut kesesuaian kulit muka anda untuk pakai yang mana. WA tengah mencuba set Safi Rania Gold Beetox ini dan ternyata WA sangat menyukainya. Terasa diri dibelai manja gitu. Ceewahhhh!

Untuk dapatkan SAFI RANIA GOLD BEETOX, anda boleh dapatkan di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya, farmasi, watsons dan tempat-tempat yang lain. Untuk maklumat lebih lanjut, anda bolehlah layari :

Website : www.safi.com.my