Lynnity Produk Kesihatan Direct Dari Kilang | Mengikut peredaran masa, ramai pengusaha dan pembekal mengeluarkan jenama tidak kira untuk produk kecantikan, kesihatan mahu pun produk lain dan akan pasarkan di pasaraya, farmasi dan kedai-kedai runcit. Akan tetapi, dengan satu produk ini ianya boleh dibeli direct dengan kilang. Menarik bukan? Yelah, jarang orang boleh beli direct dari pengilang yang membuat produk ini. Bukan sembarangan kilang tau.


Inilah dia produknya iaitu keluaran jenama LYNNITY dan 2 produk yang WA dapat adalah Botanic Health Citrus dan Relief Essential Oil. Sebelum itu, kita kenal terlebih dahulu dengan LYNNITY. WA first time dengar, anda bagaimana? 

LYNNITY merupakan makanan tambahan yang diperoleh daripada herba tradisional Cina dengan menggunakan teknologi moden. Dengan lebih daripada 100 tahun resepi tradisional, ianya digabungkan dengan khazanah herba Cina serta rasa moden. LYNNITY percaya bahawa tumbuhan tersebut adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan badan dengan baik dan mengetahui sumber-sumber asli alam semula jadi dan berkongsi dengan semua.

LYNNITY BOTANIC HEALTH CITRUS

Botanic Health Citrus ini dirumuskan khas untuk sesiapa yang mengalami sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut dan untuk mengurangkan kolestrol dalam badan juga. Buat pengetahuan anda, usia meningkat atau penuaan boleh membuat pergerakan menjadi perlahan dan menjadikan radang sendi atau dikenali sebagai osteoporosis untuk menjalani gaya hidup yang aktif. Ianya merupakan salah satu penyakit dan punca kesihatan kita. Tapi, kalau dah sakit sendi tu memang susahlah nak buat pergerakan dan akan terbatas untuk melakukan sebarang aktiviti harian.


Bukan itu sahaja, Botanic Health Citrus juga mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambahkan pergerakan. Dengan mengambil intipati secara konsisten ia boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi kita serta membantu mencegah penyakit osteoporosis.

Botanical Health Citrus merupakan sel stem semula jadi serta menggunakan pelbagai bahan mineral dan sesuai untuk penggemar sayur-sayuran. Ia terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kesihatan tulang dan sendi untuk membolehkan kita menikmati kehidupan secara bebas.

Manfaat / Kelebihan Botanic Health Citrus
  • Meningkatkan kesihatan tulang dan sendi
  • Membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tulang dan rawan
  • Mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • Meningkatkan dan mengekalkan pergerakan fizikal
  • Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Kandungan :
  1. Delima
  2. Manggis
  3. Alga
  4. Orthosiphon (Misai Kucing)
  5. Lithothamnion (Rumpai Laut)
  6. Halia Hitam
  7. Asid Askorbik
  8. Bran Oat
  9. Benih Chia 
  10. I-Arginine
  11. Taurina

Feedback Honest by Wawa Ashihara


Memandangkan dah ada produk, mestilah kena cuba kan. Kata nak baik? Hehehe. Actually, WA kadang-kadang rasa sakit tulang terutama tulang belakang sebab dulu masa tahun 2009 WA pernah jatuh tangga dari atas ke bawah di hostel dan effect dia sampai sekarang terasa kalau angkat benda yang berat sangat. Tapi alhamdulillah, tidak memudaratkan doktor kata sebab kesan terasa tu mungkin sebab faktor jatuh dulu. So, WA tak boleh angkat benda yang berat sangat untuk jaga tulang yang beralih dulu. Hehe.. Sejarah tak akan berulang lagi.

Jadi, WA pilih untuk mengambil minum Botanic Health Citrus ini untuk kesihatan tulang WA. Walaupun WA seorang penggemar susu tapi bukan selalu minum pun. Yelah, susu pun mahal sekarang. Hahaha! So far, WA dan mencuba 5 packs dengan hanya minum bersama air suam.

Bau dia WA not bad kuat sikit sebab yelah kan produk ini untuk kesihatan, bau herba tu kuat boleh tahan tapi tidak mematahkan semangat WA untuk mencubanya. Masa minum, rasa dia macam kelat-kelat mungkin sebab intipatinya yang pekat so WA tambah air lagi sebab tekak tak masuk kalau buat pekat. Rasa dia tawar, ada bau herba masa nak minum. Tapi bila dah minum tu, bagi WA okaylah, not to bad walaupun tawar rasa macam minum soya asli plus herba tak ada gula. Mungkin sebab WA dah biasa minum atau amalkan makan herba atau ubat tradisional dulu. Itu yang tak terasa sangat.

Selama 5 hari WA amalkan, rasa penat tu dah kurang masih boleh buat kerja lagi tanpa mudah letih. Mungkin WA akan rekemenkan produk ini untuk mak cik WA sebab dia sekarang sakit lutut sampai nak bangun pun susah. Mana tahu ianya berkesan selepas amalkan ini.

LYNNITY RELIEF ESSENTIAL OIL

Relief Essential Oil ini merupakan salah satu produk dimana ianya menggunakan 100% gred bahan asli minyak essential bagi membantu menenangkan ketidakselesaan samada ketika sakit kepala, sakit perut dan lain-lain. Minyak ini berupa sejenis roll-on macam perfume saiz kecil dan merupakan minyak campuran tulen di mana ia dapat digunakan untuk memberi tenaga, melegakan rasa tidak selesa dengan menyapu di dahi, hidung, leher dan tempat yang perlu pada bila-bila masa sahaja dengan bauan yang menyenangkan.

Minyak ini sesuai digunakan pelbagai umur termasuklah bayi dan kanak-kanak. Antara kegunaan dan fungsi-fungsi Relief Essential Oil adalah :

1. Untuk lelaki : Sesuai digunakan ketika selepas balik dari gym, setelah berjam-jam menghadap komputer di pejabat/kampus dan harian yang sibuk. Ia memberi rasa segar, sejuk dengan aroma yang menyegarkan dan membuatkan anda aktif selepas itu. Boleh disapu pada pergelangan tangan, bahu, leher dan dahi.

  • Sapukan di lutut, lengan, kaki dan tangan sebelum dan selepas senaman
  • Gosok pada bahu dan otot belakang selepas seharian mengangkat berat di tempat kerja atau semasa bergerak
  • Gosokkan di dada atau pergelangan tangan untuk meningkatkan mood bertenaga dan daya hidup
  • Gosokkan pada hidung atau belakang leher untuk melegakan tekanan selepas bekerja sebelum memandu
2. Untuk wanita : Dapat menenangkan wanita ketika dalam kitaran haid dan loya tekak bagi yang mengandung atau ketika sakit menyerang.
  • Semasa period, tekapkan minyak ini di perut sambil membuat urutan pada perut supaya menenangkan rasa sakit senggugut
  • Ketika cuaca panas, boleh sapu di bahagian yang perlu untuk menenangkan diri
  • Boleh sapu atau hidu sementara ketika loya tekak dan sakit seperti demam atau selsema
3. Untuk bayi dan kanak-kanak : Memudahkan untuk bernafas ketika sakit. Boleh sapu di dada, belakang badan, tapak kaki pada waktu malam untuk menenangkan budak supaya senang untuk tidur lena tanpa gangguan.
  • Sapukan di telapak tangan, dada, leher atau kaki apabila selsema, demam, sejuk dan batuk
  • Sapukan pada waktu tidur untuk mendapatkan tidur yang nyenyak
  • sapukan 1-2 kali pada kaki atau belakang badan sebelum tidur

Kandungan Relief Essential Oil :
  • Minyak Peppermint
  • Minyak Jarum Abies Balsamea
  • Cengkih
  • Minyak Kelapa 
  • Bunga Lavendar
  • Cendana Hawai
  • Bunga Matahari
  • Daun Eucalyptus
  • Cedarwood
  • Bunga Ylang-Ylang
  • Geranium Plant
Feedback Honest by Wawa Ashihara


Sebenarnya WA baru je baik dari demam. Bila dah kena demam ni, macam-macam sakit ada. Dengan selsema, batuk kering sampai rasa tak lena tidur. Mujur ada Relief Essential Oil ini, dapat juga menenangkan emosi WA ketika tidak sihat. Dan sekarang walaupun demam dah kebah, WA masih batuk-batuk dan selsema. Setiap masa WA rasa tak selesa, WA akan hidu atau sapu sikit di hidung, dada dan kadang-kadang, waktu malam ia menjadi peneman WA supaya senang nak tidur.

Selain minyak aroma terapi yang biasa digunakan, minyak ini sangat membantu kerana ianya mempunyai bau yang unik, bukan sahaja terasa sejuk semasa menggunakannya bahkan, rasa selesa sangat. Memang berbaloi kalau anda ada minyak ini.

===============================================================


Mula-mula WA rasa ok ke produk ni? Macam manalah WA nak bagi feedback betul-betul. Kebetulan masa sampai WA tengah demam dan minuman tu sesuai untuk WA yang sering sakit belakang. Memang tak dinafikan, herba-herba cina terpilih ini sangat berguna. Dulu kalau WA batuk kering teruk, ayah WA akan belikan gula-gula ubat di kedai Sing Seng jenama tak ingat (kedai ubat tradisional) dan ianya berkesan. Gunalah gula batuk Strepsils ke apa ke memang tak jalan. Ubat dari kedai itu je berkesan.

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut lagi mengenai produk LYNNITY, bolehlah layari laman yang tertera :

Website : www.lynnity.com/