Saturday, November 4, 2017

ENCHANTEUR Mengeluarkan Perfume Berbentuk Roll Bersaiz Mini !



Enchanteur Petite Perfume | Ramai sudah tahu akan kewujudan jenama Enchanteur sejak dahulu lagi dan memang tidak dinafikan banyak keluaran terbaru dari Enchanteur. Sebelum ini sudah keluar losyen, deodoran, perfume spray dan banyak lagi. Wawa sekarang pun dah jadi pengguna tegar Enchanteur. Best sangat bila guna!

Bercerita mengenai Enchanteur, kini ia berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. Enchanteur juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangin EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


Comel kan packaging dia =)

Enchanteur memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu Enchanteur Paris Petite Perfume dalam bentuk bebuli/roll bersaiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Cantik kan? Cute bekas dia bersaiz mini. Senang sangat nak bawak ke travel atau mana-mana sahaja.

Dilancarkan dalam 4 variasi wangian, para gadis kini mempunyai 2 pilihan aroma paling laris dari rangkaian Enchanteur Paris, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

Enchanteur Paris Petite Perfume dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa solat tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli/roll membolehkan ia dipakai dengan lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Pembungkusan berbentuk padat dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam beg tangan. Ia direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PERFUME


Enchanteur Paris Petite Perfume - Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan atau insan istimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan 'mood' tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.



Enchanteur Paris Petite Perfume - Belle Amour (Beautiful Love)

Ciptaan dari aroma yang menawan mampu membuat jantung berdegup dan merangsang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang.



Enchanteur Paris Petite Perfume - Cheri (Darling)

Buat yang berhati muda remaja, bauan enak dan manis direka untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.



Enchanteur Paris Petite Perfume - Adore (Adorable)

Haruman ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Ia bakal mencipta kesan berpanjangan pada temujanji dan penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

==============================================================

Enchanteur Paris Petite Perfume boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak) di Watsons, Guardians, Aeon Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Website : 

Page : 

Instagram : 

4 comments :

  1. Shad paling suka yang lovely. Bau soft and floral..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.....jolie dgn adore sedap bau... yang lain pun okay,,,hehehe

      Delete
  2. sangat menarik! packaging pun comel!

    ReplyDelete
  3. I suka sangat tengok packaging dia! But for now I'm still with VS punya perfume & was thinking to tukar to other products, & this caught my heart. Thank you for the infos!

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara